Asam Garam Kehidupan: Si abang yang berdikari dari darjah 1.

Nuffnang

Pages

14 Jan 2018

Si abang yang berdikari dari darjah 1.

Dari darjah 1 dah menggosok baju sekolah sendiri budak ni. Dia ni pendiam, sepatah ditanya sepatah dia jawab. Dalam kelas pun kata cikgunya dulu la, takdelah nak angkat2 tangan respond macam kengkawan yang lain, tapi bila cikgu tanya personal boleh je jawab. Ingat masa dia nak pereksa upsr dulu, takde pun nampak dia study, dua minggu lagi nak pekse, dia lambak semua buku depan tv, konon nak ulangkaji, adalah lima belas minit kot nampak dia serious, pastu hanyut. Nasiblah otaknya Allah bagi lebih.

Trobek plak masa dia kecik dulu, umur setahun dua camtu, kalo belikan mainan, kereta mainan fevret dia, danlah dua minit bertahan mainan tu, pastu dia bukak tayar, bukak atap, kekunun nak pasang semula, tapi mana ke ada. Apa aje mainan yang beli semua diproses balik, baiklah ibu belikan kete dua ringgit je, takdelah ibu terasa sangat kalo rosak pun.

Yang ni solatnya kita kena peringatkan selalu. Liat sikit. Pernahlah masa darjah 4, ibu kejut solat subuh, taknak bangun, ibu tarik dia sampai depan bilik air. Sampailah sekarang kalo dia ada Kat rumah, waktu subuh memang pintu biliknya kena ketuk, pastu ibu kena dengar ada tak bunyi air, haa..sampai camtulah dengan abang sorang ni.

Hari ni kami hantar dia ke asasi UIA Gambang, tempat yang sama dengan kakaknya dulu, sambung lagi 5 bulan selepas habis di PJ, PJ tu bangunannya dah lama benar, dah nak dipulangkan kepada tuannya semula. Tapi lepas 5 bulan sok patah balik ke KL sambung kat UIA Gombak plak. Kakak sekarang ni di UIA Kuantan.
Sedang mengemas Kain baju, setiap kali pindah, setiap kali kena beli hanger..
Pilih katil tepi tingkap, sayangnya kipas slow, 5 pun macam 1, tu yang dia duk meninjau2, agaknya dia memikio camane nak ditukangnya kipas tu supaya laju...Kan?


14 comments:

  1. Wahhh terrernya abg..

    Jgn ditukangnya kipas, terus tak berpusing.. 😀😀😀

    ReplyDelete
  2. Nasiblah kalo ditukangnya juga, hihi

    ReplyDelete
  3. Ni akak yang sulung ke? Oh, dah besar anak akak. Huhu. Wah hebat ya masuk UIA tu. Terbaik kak. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni yg no 2 adik GV, yg sulung perempuan, dah 20 umurnya, Tak lama dapek menantu, hehe

      Delete
  4. kejap je masa berlalu kan..
    tang kena kejut subuh tu sama dgn yg no 2 i.
    kena ulang tgk kot2 tido dalam bilik ayor.. heeee.. anak..anak ...

    ReplyDelete
  5. anak2 ni semuanya ada kerenah masing2 kan kak, itu mau dia repair kipas tu nanti gamaknya tu kan

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, dua2 dapat belajar di UIA..

    ReplyDelete
  7. Nampak gaya boleh jadi engineer ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kikiki, mmg dia amik Kos engine tu PH

      Delete
  8. Wah bgga knor
    Semakin mmbesar dh anak2 bijak dn pndai belaka

    ReplyDelete
  9. Setiap anak mmg mempunyai peelnya sendiri mak. Biasalah tu... lebih kat situ kurang disini....
    Tapi tak pe sikap kan boleh diubah cuma kena sabar je. Eh aku ni pandai je nasihatkan orang, diri sendiri lum tentu mampu sabar hihi

    ReplyDelete
  10. ada anak berdikari ni jadi mudah..semua dia nk uruskan sendiri

    ReplyDelete
  11. Haha suka tukang ye.. sgt berdikari darjah satu dh pandai gosok.baju sendiri Tu.. all the best Abang

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign