Asam Garam Kehidupan: Kenangan puasa

Pages

9 Jul 2013

Kenangan puasa

Rasanya semua orang ada kenangan manis berpuasa zaman kanak-kanakkan?
Aku mula belajar berpuasa semasa darjah satu lagi, tapi biasalah puasa budak-budak. Masa tu kelas aku menumpang di balai raya, nak ke situ kena lalu kebun getah, tapi kebun getah tu taklah semak, jadi selamat walaupun kena jalan sorang-sorang. Jadi selamat jugalah untuk aku curi-curi makan, he he...

Bukan makan apapun, kadang-kadang minum air paip sekolah, atau jambu batu, limau yang kulit hijau tu ( macam limau madu  )
Sampai rumah bila Ma tanya puasa tak? Dengan muka sedih konon letih jawab puasa. Yalahkan mana ada kenyang setakat makan sebiji limau. Time buka bukan main seronok lagi walaupun cuma makan nasi lauk ikan tempoyak ke, pucuk paku goreng. Bezanya buka puasa dulu dengan sekarang, dulu mana ada Bazar Ramadhan, bufe Ramadhan ke..

Tapi itulah antara kenangan terindah bersama Ma.

No comments:

Post a Comment

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign