Asam Garam Kehidupan: Takut Tua Takut Mati

Pages

7 Aug 2013

Takut Tua Takut Mati

Ada dua ketetapan,
yang manusia selalu cuba melarikan diri daripadanya;
iaitu tua dan mati.

Banyak orang yang
takut menempuh tua,
dan takut kelihatan tua.
Takut hilang kecantikan,
hilang tenaga dan segalanya
mereka mengambil berbagai jenis petua
dan ubatan,
sanggup melalui penderitaan pembedahan
semata-mata untuk kelihatan muda.
Walhal usianya tetap berlanjutan menjadi tua.

Begitu jua dengan kematian,
manusia sering melupakannya,
sedangkan dia tidak punya secalit kuasa pun
untuk menetapkan tarikhnya,
apalagi untuk menghindarinya.
Saatnya akan tiba.
Bila-bila masa, tanpa pemberitahuan.
Mengapa kita tidak berusaha membaiki diri
sebagai persediaan untuk menghadapi saat itu?
Yang muda tidak perlu membuat alasan:
'tua esok baru beramal'
sedangkan bayi dalam rahim ibu juga
tiba-tiba dijemput maut.
Apalagi yang tua...
Lalu, tunggu apa lagi?
Bukankah lebih baik menjadi
Hamba Allah yang taat 
yang kemudiannya mati
dalam keredhaan Tuhan
daripada menjadi si penderhaka,
bertangguh-tangguh untuk bertaubat
tetapi kemudiannya terpaksa mati
dalam kemurakaan-Nya

Firman Allah SWT:
كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ
"Tiap-tiap jiwa pasti merasai mati."
(Ali Imran: 185)

Kembalilah kepada ketetapan:
إِنَّا لِلهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
"Bahawasanya kami datang daripada Allah dan kepada-Nyalah kami kembali."

No comments:

Post a Comment

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign