Asam Garam Kehidupan: Islam muliakan kita.

Pages

27 Sept 2013

Islam muliakan kita.

Pada suatu hari, Khalifah Umar Al Khattab, berangkat menuju ke negeri Syam. baginda menunggang seekor unta ditemani oleh seorang pembantunya.

Sebelum memulakan perjalanan, beliau berkata kepada pembantunya itu bahawa mereka berdua akan menunggang unta secara bergilir-gilir, masing-masing untuk satu jarak yang sama. Jika Khalifah berada di atas unta, pembantu itu akan berjalan mengiringinya. Dan begitulah sebaliknya jika tiba giliran pembantu itu di atas, maka Khalifah pula yang akan berjalan mengiringinya.

Sebagai seorang ketua negara, Khalifah telah disambut secara besar-besaran oleh pembesar-pembesar dan orang ramai yang menunggu di luar kota Syam dengan dipimpin oleh Gabenor Abu Ubaidah Al Jarrah.

Tidak lama kemudian, dari jauh nampaklah berbalam-balam mereka bergerak menghampiri kumpulan orang ramai yang sedang menunggu itu. Alangkah terperanjatnya para penyambut tetamu agung itu tatkala melihat khalifah berjalan kaki di tengah padang pasir yang panas terik itu sambil menarik tali unta, sedang pembantunya berada di atas. Rupa-rupaya sewaktu memasuki kota itu bertepatan dengan giliran Khalifah mengiringi unta dan pembantunya berada di atas....

Melihat kejadian yang tidak sepatutnya dan 'menjolok mata' itu, maka Gabenor Abu Ubaidah segera datang mendapatkan Khalifah Umar AL Khattab seraya berbisik kepada beliau, " Ya Amirul Mukminin! tidak baik pada pandangan rakyat melihat peristiwa begini."

" Kita telah dimuliakan oleh Allah SWT  dengan dikurniakan agama Islam serta melenyapkan perbezaan darjat di antara kita. Oleh kerana itu tidak perlulah kita hiraukan cakap-cakap orang ramai...." Kata Saidina Umar membetulkan pandangan Gabenornya. Begitulah seorang pemimpin hebat yang tinggi rasa hamba, sanggup hina di mata manusia, asal tidak di mata Penciptanya....

2 comments:

  1. Mencari yg begini tidak mudah dlm dunia kita hari ini Azi... muhasabah diri bila baca ini kan..

    ReplyDelete
  2. ya kakzakie..mana kita nak cari insan berperibadi begini dalam dunia yang manusia rata-rata mengejar nama dan kemegahan hari ini

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign