Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang Mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara, " Pergilah berjumpa dengan para nabi". Maka mereka pun pergi mencari para abi. Pertama sekali sekumpulan manusia ini berjumpa dengan nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana nabi Adam as menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan manusia yang besar itu berjumpa dengan nabi Nuh as, Nabi Musa as, Nabi Isa as ( semuanya memberikan sebab seperti nabi Adam as ) dan akhirnya mereka berjumpa dengan nabi Muhammad SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan nabi yang lain adalah 1000 tahun perjalanan ( tak terbayang berapalah lamanya ).
Lalu berdolah baginda nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
Selepas itu terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat sehingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu langit terbelah, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar ( besarnya sejarak perjalan 20000 tahun ) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga arasy itu tiba di bumi.
Arasy ialah jisim nurani berbentuk kubah ( bumbung bulat ) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai 1000 bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan arasy yang juga dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz Kursi lebih kecil dari Arasy umpama cincin di tengah padang. Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang erletak di hadapan istana.
Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab Amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemilinya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga dipanggil pemiliknya untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat hafadzah/ Raqib dan Atid/ Kiraman Katibin.
Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir dan munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tandanya tersendiri untuk dibezakan.
Umat yang pertama sekali dihisab adalah umat nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama sekali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama sekali diputuskan adalah pertumpahan darah.
Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri bagp orang bukan mukmin.
Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan dua daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammmad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan seluruh amalan buruknya akan ditimbang. Ketika dihisab mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak dalik dan hujah tipuan. Semua akan diadili oleh Allah SWT dengan Maha Bijaksana.
Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkan menyeberangi titian sirat.
Sangat menakutkan.rasanya org2 islam yg soleh dan solehah tak akan rasa hari kiamat..tapi bg org2 kafir dan org2 yg islam yg kufur akn merasainya w'hualm....
ReplyDeletePsssss...masih salah mgenai n3 knor tu...
kita btanggungjawab menyampaikan ilmu knor, moga jadi peringatan...
ReplyDeletesalah lagi? alamak susah juge ye, nmpk cam senang..