Asam Garam Kehidupan: BUAT ROZITA CHE WAN DAN ZAIN SAIDIN

Pages

27 Nov 2013

BUAT ROZITA CHE WAN DAN ZAIN SAIDIN

HAKIKAT PERKAHWINAN: MENCARI REDHA DAN AMPUNAN TUHAN

 Keinginan untuk mempunyai pasangan hidup adalah fitrah semulajadi setiap manusia. Fitrah ini telah wujud bersama terciptanya manusia yang pertama iaitu Nabi Allah Adam di dalam syurga. Kerana kesunyiaan, Baginda telah berdoa kepada Tuhan memohon seorang teman sebagai penghibur dari kesunyian. Maka erciptalah Siti hawa.

Fitrah yang lahir bersama kejadian manusia ini, adalah suci dan bersih. Bersama fitrah yang dibekalkan ini, Allah juga menyediakan jalan keluar yang paling baik dan selamat. Keinginan lelaki terhadap wanita dan wanita terhadap lelaki disalurkan melalui ikatan perkahwinan. Fitrah yang disalurkan dengan cara yang baik ini, akan memberikan keuntungan yang besar di dunia bahkan di akhirat. Bukan saja perbadi dapat mengecap nikmatnya, tetapi masyarakat turut mendapat keselamatan dan berkatnya. Namun bagi para pencinta Tuhan, di sebalik segalanya ini ada sesuatu yang lebih besar yang menjadi buruan dari sebuah perkahwinan. Itulah KEREDHAAN DAN AMPUNAN TUHAN.

Sabda Rasulullah SAW:
" Wahai para pemuda, barangsiapa di antara kamu telah mampu menanggung beban rumahtangga hendaklah segera kahwin, kerana hal itu lebih dapat memejamkan mata ( yakni tidak memandang wanita) dan lebih dapat menjaga kesucian diri ( dari perbuatan zina )."

Hadis Muttafaqun Alaih.

Manusia yang memburu keredhaan dan ampunan Tuhan, tentu cara hidup, cara berfikir dan tindakannya jauh berbeza dari orang lain. Segala yang diusahakan semuanya diharapkan mendapat keredhaan dan keampunan Tuhan. Kerana hanya itulah jaminan kebahagiaan manusia untuk kehidupan yang kekal di Akhirat kelak. Perkahwinan dilakukan semata-mata untuk merebut keredhaan Allah sekaligus dapat mengelakkan kemungkinan terjerumus ke lembah dosa. Takutnya pada dosa berserta harapnya pada kasih sayang Tuhan, dapat mencorakkan langkah dan tindakannya dalam kehidupan.

Fitrah inginkan pasangan jika disalurkan mengikut landasan syariat akan terdiri dengan mudah. Keinginan anak-anak akan disambut dan diusahakan dengan cara yang baik oleh ibu bapa. Apatah lagi bila anak perempuannya dipinang oleh lelaki beriman. Rasa syukur pada Tuhan, menyebabkan pinangan lelaki diterima dengan baik dan diraikan.

Sabda Rasulullah SAW:
 " Keberkatan tersebar di dalam perkahwinan ialah perkahwinan yang paling ringan bebannya."

Urusan perkahwinan dipermudah dan tidak disusah-susahkan. Ibu bapa meletakkan hantaran atau mas kahwin yang berpatutan. Mereka bimbang pada keupayaan anak perempuan mereka untuk menjadi isteri yang baik dan taat lalu diberi panduan agama yang cukup. Kerana itu mas kahwin yang diminta dipastikan tidak akan membebankan bakal menantunya.

Manakal hantaran pula, dipulangkan kepada kemampuan pihak lelaki. Pihak perempuan akan menerimanya dengan baik bukan didorong oleh nafsu tetapi atas keperluan sebenar. Keperluan itu boleh juga disampaikan kepada pihak lelaki sekiranya difikirkan munasabah. Tetapi keputusan pada jumlah sebenarnya, tetap pada pihak lelaki. Masing-masing memikirkan keutamaan yang dituntut oleh Allah. Sikap bantu membantu dan ringan meringankan beban bakal keluarga jika dibuat atas dasar menuntut keredhaan Allah, akan melahirkan suasana yang harmoni dan kasih sayang.

Bagi calon pengantin lelaki pula, apabila pinangannya diterima, rasa syukur menyebabkan dia rasa terhutang budi kepada bakal ibu dan bapa mentuanya. Dari sini akan timbul rasa hormat dan kasih kepada mereka kerana kepercayaan mereka memberikan tanggungjawab memperisterikan anak mereka. Si lelaki pula berazam akan membantu keinginan keluarga perempuan untuk membuat kenduri kesyukuran. Wang hantaran yang diberikan, adalah hasil pertimbangan antara keperluan pihak perempuan dan dengan kemampuan yang dia ada. Ia diberikan bukan kerana paksaan, tetapi dengan hati yang rela dan lapang dada. Ia diberikan atas nama hadiah, bukan paksaan.

Pemberian ini diterima oleh keluarga pengantin perempuan dengan penuh syukur. Jika nilainya besar, banyaklah manfaat yang akan dilakukan. Peluang itu diambil antaranya mengadakan kenduri untuk menjamu para fakir miskin dan juga sahabat handai dan saudara mara bagi meraikan kegembiraan dan rasa syukur atas perkahwinan anak mereka. Kedatangan para tetamu yang membawa rahmat diharapkan akan menambahkan berkat perkahwinan tersebut. Tidak terlintas niat untuk bermegah-megah dengan kenduri besar-besaran yang diadakan.

Tetapi jika nilainya tidak besar, pihak perempuan tidak pula berkecil hati. Ia diterima sebagai rezeki yang memang telah ditentukan oleh Allah. Mereka juga sedar, tanggungjawab pihak lelaki hanya menyediakan mas kahwin. Lelaki tidak diwajibkan memberi  apa-apa keperluan selagi belum berlaku perkahwinan. Pemberi itu jika ada, hanyalah hadiah yang wajib disyukuri walaupun kecil jumlahnya.

Jika mereka berhajat membuat kenduri besar supaya dapat menjamu lebih ramai orang, maka segala perbelanjaan ditanggung sendiri. Jika tidak, maka cukuplah dengan apa yang ada. Tidak terlintas di hati mereka untuk menyusahkan bakal menantu samalah seperti membebankan bakal menantu samalah seperti membebankan dan menyusahkan anak sendiri. Sedangkan amanah yang bakal dipikul oleh bakal menantu itu saja sudah cukup besar dan berat.

Sabda Rasulullah SAW:
  " Keberkatan lebih baik baginya dan bagi anak perempuan daripada semua emas yang ada di muka bumi dari memberatkan lelaki ( soleh ) yang meminang. Sesungguhnya ada yang telah ditentukan oleh Allah dalam kebenaran, dan Allah menunjukkan jalan yang lurus."

Walaupun pelbagai pandangan serong masyarakat akan ditempuhi, mereka tetap tabah menghadapinya. Dihina kerana berbuat sesuatu yang baik itu jauh lebih baik dari mempertahankan kebatilan semata-mata kerana takut pada cercaan manusia.
Apalah ada pada kata nista manusia, jika dibandingkan dengan kemurkaan Tuhan yang Maha Keras.

Bagi bakal pengantin perempuan harga dirinya tidak akan sanggup diletakkan pada nilai wang ringgit yang bersifat sementara. Wanita yang diberkati adalah wanita yang rendah maharnya.

Bagi bakal pengantin lelaki pula, keinginan  untuk mencorak suasana rumahtangga bermula dari majlis perkahwinan itu lagi. Lelaki beriman akan berusaha memastikan majlis perkahwinannya berjalan dalam batasan syariat. Walau mempunyai kemampuan untuk mengadakan majlis yang besar, kenduri kahwin tetap diadakan mengikut keperluan yang sepatutnya.

Hanya dengan iman, seorang lelaki akan dapat bertanggungjawab dan berperanan. Ini lebih penting dan utama bagi seorang wanita, melebihi wang hantaran walau setinggi mana sekalipun nilainya.

Hanya lelaki yang beriman sahaja yang akan dapat mendidik dan membawa isterinya untuk turut menjadi insan beriman. Kerana itu, jika kurang berkampuan dia akan rasa terhina. Seperti firman Allah SWT:

   " Janganlah kamu merasa hina dan bersedih, sesungguhnya kamu yang tertinggi kalau kamu beriman."                                                            - Ali Imran: 139.


Dan langkah indahnya lagi jika masyarakat turut berperanan, turut sama-sama berusaha agar majlis yang dijalankan mengikut landasan syariat dan kasih-sayang. Sudah cukup kekusutan hidup masyarakat yang mengambil kebendaan sebagai jalan mencari kebahagiaan. Mereka ingin kembali kepada apa yang digariskan oleh Tuhan sebagai jalan selamat dan tepat dalam mendapatkan bahagia.

Bermula dari ibu bapa, bakal pengantin dan juga masyarakat, semuanya berperanan dan berusaha untuk membaiki keadaan yang ada, semata-mata kerana mengharap redha dan ampunan Tuhan.

Bila ini dilakukan semata-mata untuk mengharap redha dan ampunan Tuhan, lihatlah buahnya nanti dalam rumahtangga yang dinina. Keindahan dan esenangannya nanti bukan pada kecukupan atau kesempurnaan material, tetapi pada hati yang tenang dan puas dengan apa yang telah diberikan oleh Allah.

Firman Allah SWT lagi:

    " Dialah Allah yang menurunkan ketenangan kepada hati orang mukmin dengan iman."

Inilah syurga dunia sebelum Syurga kekal yang bakal diberikan oleh Allah di Akhirat kelak.



8 comments:

  1. SALAM ZIARAH

    info yg sangat menyentuh hati nurani.

    bagaimana reaksi ibunya,ayahnya,anaknya dn keluarganya..?

    ReplyDelete
  2. SALAM KASIH SAYANG

    kita cuma jalankan sedikit tanggungjawab memberi peringatan, moga ada yang sudi mengambil iktibar

    ReplyDelete
  3. Allah hu robbi. Kakak dulu Azi kan... bapak kakak kata ikut suka hati nak bagi berapa. Kakak masa tu macam tak terima tau (minda masih tertutup - darah muda hihi...) tapi bapak kakak tahulah dia bukan pandang semua tu. Yg penting nikah selesai jamu sikit saudara-mara-jiran sudah..

    N3 Azi ini buat pengajaran kita kelak bila nak menikahkan anak (berangan pulak kakak ni - anak masih mentah lagi hihi...).

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kita kalau kita ikut yg digariskan syariat, InsyaAllah semuanya selesai dengan mudah

      Saya pun ada anak perempuan, InsyaAllah, kita ikut 'jalan mudah'....

      Delete
  4. IM tak ada anak perempuan. kalau ada,mungkin IM kata... berapa yang kau ada yang tu lah pakcik terima...

    ReplyDelete
  5. sy tak pandang semua itu, penting dpt menantu & besan yang baik & bertolak ansur cukup le sbb ikatan kekeluargaan yang paling utama, insya allah.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..moga ramai lagi yang akan mendapat kesedaran sebegini..kita mudahkan yang wajib supaya masalah sosial dapat diselesaikan, InsyaAllah

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign