Asam Garam Kehidupan: Tak kaya-kaya.....

Pages

3 Nov 2013

Tak kaya-kaya.....

Kami tergolong keluarga sederhana sahaja, tapi cukuplah makan pakai, belanja anak semua..cuma taklah mewah cam orang lain. Hidup di tengah kota raya dengan kos sara hidup yang makin tinggi kadang-kadang menyesakkan nafas juga.

Dulu-dulu masa muda ( sekarang dah tua, hu hu..tapi amalan dok tang tu juga ) aku ghairah juga cuba nak kaya. Sepuluh tahun timba pengalaman kerja dengan orang, aku cuba buka tadika dan taska sendiri, pun cuma mampu bertahan lebih kurang sepuluh tahun juga. Dalam sibuk running bisness tadika, aku join macam-macam MLM, avon, zhulian, dan entah apa-apa lagi..tapi nak maju dan berjaya dalam MLM ni kena rajin join kelas, kelasnya pulak selalu waktu malam. Siang dah penat di tadika, malam nak pergi kelas MLM, tak pergila jawabnya..

So, MLM pun aku tak boleh pergi jauh, larling pun selalu perli, duit banyak habis bayar daftar je, bisnessnya tak ke mana...

Pernah juga nak belajar menjahit, join kelas MARA, pun separuh jalan. Entahla..rasanya aku tak minat lansung jahit-menjahit ni, walaupun Ma sangatlah pandai menjahit. Ma minat dan suka menjahit, tapi aku..bakat tu takde lansung kat aku..

Nampaknya usaha nak kaya, tapi tak kaya-kaya..

Tapi bolehje nak kaya ikut jalan lain..cuma tak sanggupla rasanya..

Larling penolong pegawai di sebuah jabatan kerajaan. Dia cerita kalau tak kuat iman, dah lama dia kaya kot.. apa taknya, kalau dia nak dah macam-macam dia dapat, kereta, rumah, duit.. cuma satu je orang tak pernah tawarkan..perempuan..( larling pakai kopiah, kat mana-mana pakai kopiah, ada orang ingat larling ni ustaz, tak kan ustaz je boleh pakai kopiah ). Pastu dia gurau ( gurau ke...) dia kata, kalau ada orang jumpa dia tunjuk gambar perempuan, bagitau pulak perempuan ni dah 30 lebih, tak kawin lagi, nak tak? Semua kami tanggung, bawak ke Siam. Larling gelak, saya pun gelak juga. Takpe....

Nampaknya susah nak cari kaya kat dunia ni, kena kuat, kena ada ilmu..

 Rasanya nak kayakan hati lagi susahkan? Yelah..tak nak marah-marah, tapi masih marah-marah juga, nak sabar, tak sabar, tak sabar-sabar juga, taknak sombong, taknak hasad dengki, taknak sangka buruk semua tu..tapi susahnya. Senang ke nak senyum kalau hati tengah sakit, senangke nak hulurkan sedekah kalau kita pun tak berapa nak ada, sedangkan Saidatina Aisyah sebelah kurma pun nak disedekahkan.

Nampaknya aku kena setuju nak kayakan hati lagi susah dari nak cari harta dunia. Sebab Rasulullah pun dah kata..jihad menentang hawa nafsu lebih besar dan lebih susah dari jihad di medan perang.Aku kena berjuang sampai ke mati untuk kayakan hati, tak boleh rehat-rehat macam orang cari harta dunia, letih boleh rehat. 
Aku kena kayakan hati untuk bekalku yang kekal abadi...
kerja dengan orang, menimba pengalaman, mana anak-anak muridku yang dalam gambar ni sekarang berada agaknya yea. .mungkin masing-masing dah kaya dan berjaya.



Sekarang aku kerja dengan orang jer.. bisness semua dah gulung tikar...

4 comments:

  1. tak kaya tak apa, janji kita dan keluarga bahgia, itu sudah memadai.. syukur sgt2

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, kalau kaya kotnya jadi sombongkan, lagi susah ( susah di akhirat )

      Delete
  2. Samalah dulu ada sertai Zhulian. Itupun secara terpaksa ikut.
    Samalah saya pun nak cuba banyak bersabar, takmo marah-marah.

    -wina1979-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu marah anak-anak je..tak marah tak jadi juga..

      avon, aveil, zhulian, single level pun ada join sume tak jadi..

      Delete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign