Pada suatu hari Allah memerintahkan malaikat Jibril menemui seekor kerbau dan meminta dia bertanya satu soalan kepada kerbau itu. Malaikat Jibril segera pergi mematuhi perintah itu.
Pada waktu siang yang panas itu, si kerbau sedang berendam di sungai.Malaikat Jibril mendekatinya lalu bertanya, " Hai kerbau, apakah engkau selesa Allah jadikan engkau sebagai seekor kerbau?"
Si kerbau menjawab, " MasyaAllah! Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau. Ini sangat berbeza jika aku dijadikan seekor kelawar yang mandi dengan air kencingnya sendiri."
Mendengar jawaban kerbau Malaikat Jibril segera menemui seekor kelawar yang pada ketika itu sedang tidur bergantung di dalam sebuah gua.
Kemudian dia bertanya, " Hai kelawar, apakah kamu selesa dijadikan Allah sebagai seekor kelawar?"
" MasyaAllah, Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelawar daripada dijadikan aku seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah dan berjalan menggunakan perutnya," jawab si kelawar.
Mendengar jawaban itu malaikat Jibril segera menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah. Lalu Jibril bertanya kepada si cacing, " Wahai cacing yang kecil, apakah kamu selesa dijadikan Allah sebagai seekor cacing?"
Si cacing menjawab, " MasyaAllah, Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing daripada dijadikan aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal, ketika mereka mati, mereka akan disiksa selama-lamanya......"
Ya Allah..sekiranya tidaklah kerana kurnia dan rahmatMu kepada kami semua, nescaya tidak seorang pun daripada kami yang bersih dari perbuatan keji dan mungkar, namun lantaran kelembutan dan penyantunMu ya Allah, Kau masih mengasihani kami..Oleh itu rezekikanlah kepada kami yang sedemikian itu wahai Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani..
No comments:
Post a Comment