Asam Garam Kehidupan: Macam-macam hal..

Pages

6 Feb 2014

Macam-macam hal..

Baru hari Isnin lepas anak saya Muhammad Hilman bukak cerita kawan dia kat sekolah agama selalu minta duit belanja dia, atau rampas, atau seluk sendiri dari poket Iman amik duit. Tak bagi nanti kena marah. Saya kata kenapa tak bagitau ustaz, dia sekadar mengangkat bahu dan menjawab 'entah'. Tak boleh jadi ni, ni dah jadi kes buli. Ni kat sekolah rendah, esok kat sekolah menengah camana la pulak.

Rupanya budak tu duduk di rumah pengasuh yang sama dengan Iman. Ok..fine, senang cerita, saya hubungi cik Su ( pengasuh ) cerita hal ni dan minta dia buat sesuatu. Saya bimbang hal ni akan berterusan. Menurut cerita anak-anak saya dan cik Su sendiri budak ni memang tak makan saman, berani dia melawan cik Su. Pastu saya jadi bimbang kalau-kalau dia kerjakan Iman di sekolah pulak. Tapi cik Su dah bagi amaran dan bila tanya Iman budak tu tak buat apa-apa, so Alhamdulillah..

Budak ni menurut cerita cik Su memang selalu buat hal. Dia jadi camtu sebab maknya lembut sangat dengan dia. tak berani marah bila anak buat salah. Ayahnya pulak terlalu garang, so mak takut anak kena bantai dengan ayah, mak selalu sorok kesalahan anak, tak cerita kat ayah. Kat rumah kalau ayah takde anak berani maki hamun dan marah mak, kalau ayah ada semua jadi cam tikus, senyap je. Hmmm..patutla anak jadi camtu...

Petang semalam, di rumah ustazah yang ajar anak-anak saya mengaji ( kat kafa, saya ajar anak orang ngaji, tapi anak saya pun ngaji dengan orang, camana tuh, bukan takleh ajar sendiri, tapi selalu terlupa bila sibuk nak masak makan malam dan diorang sibuk dengan homework ) saya dipanggil ustazah tu, pelik juga apasal yea, rupanya budak tu pun ngaji kat situ, dan sedang menangis tersedu-sedan lagi, rupanya ustazah pandai nasihat budak tu, agaknya nasihat ustazah jatuh ke hati dia, dia minta maaf dengan saya. Saya kata, " Jangan buat lagi yea, bukan kat Iman je, kat orang lain pun jangan buat."

Moga anak itu sedar kesalahannya, dan keluarganya terutama mak dan ayah dia menyedari kesilapan masing-masing. Memang bukan mudah nak mendidik anak-anak ke arah kebaikan, kat rumah kita boleh juga kontrol mereka, tapi pergaulan dengan rakan sebaya yang jika mereka tersalah memilih kawan sangat buruk kesannya kepada anak
-anak kita, Wal'iyazubillah..
Ya Allah, tolong peliharalah anak-anakku dan seluruh keturunanku dari maksiat dan kejahatan.

2 comments:

  1. masa muhammad tadika selalu juga kena buli..merah2 dahi..
    jumpa terus bdak tu..tak marah pun..nasihat je..knor selalu ckp dgn muhammad lelaki kena kuat..

    budak2 tu mungkin kurang kasih sayang kut..atau lebih sgt manjanya..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..anak-anak saya setakat ni tak suka cari pasal dengan kawan, cuma diorangla selalu kena buli, tapi kalau tak teruk takdelah saya nak kisah, takat-takat gaduh tu biasala kan, tapi kalau selalu sangat minta duit anak kita, geram jugak saya. Saya memang pesan kat anak-anak, jangan cari pasal, buat hal kita je, jangan campur hal orang, pilih kawan baik-baik...

    ibu ayah yang terlampau sibuk patut pandai cari quality time utk anak2 kan knor, macam solat jemaah dan usrah pagi cam keluarga knor buat tu.

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign