Asam Garam Kehidupan: Ilmu yang beri manfaat

Pages

17 Feb 2014

Ilmu yang beri manfaat

Menurut Imam Al Ghazali iaitu:

1.   Yang makin menambah rasa takut kepada Allah SWT.

2.   Yang makin menambah kenal kecelaan diri sendiri dan terdorong untuk memperbaikinya.

3.   Yang menambah kenal akan ibadah kepada Tuhan.

4.   Yang mengurangkan gemar dan cinta kepada dunia.

5.   Yang menambah gemar dan cinta kepada Akhirat.

Ya Allah,..hamba yang hina ini datang kepadaMu, ingin memohon belas kasihanMu wahai Yang Maha Rahim, sesungguhNya hanya Engkau yang layak dipuji walaupun Engkau tidak perlukan pujian itu..

Selawat dan salam buat KekasihMu yang sangat menginginkan keselamatan buat kami sekelian umatnya, jadikanlah kami pandai mengasihi dan merindui beliau ya Allah..juga buat seluruh pejuang kebenaran, moga Allah beri kemenangan yang dijanjikan bila tiba masanya nanti..

Wahai Tuhan, Engkau telah menguji kami dengan berbagai ujian, sesungguhnya sebagai hamba itulah yang selayaknya buat kami, berikanlah kami kekuatan untuk terus menghadapinya, moga kami tidak termasuk ke dalam golongan yang berkeluh-kesah terhadap ujianMu. Cuma ya Rahim..kasihanilah kami..turunkanlah rahmat buat kami, bumiMu ini sudah gersang ya Allah..

Kami tau ujian yang Engkau datangkan ini adalah kerana dosa-dosa kami, ampun Ya Allah...pandanglah kami dengan rahmat dan kasih-sayangMu...

4 comments:

  1. Assalamualaikum, duluon the way pergi keja berzikir Subhanalaah dalam kereta, happy ja tapi kalau berzikir istigfar, macam2 ujian, mungkin Tuhan ampunkan dosa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seeloknya begitulah..sentiasa bersangka baik pada Allah, kerana Dia memberi mengikut apa yg kita sangkakan...

      Delete
  2. Amin ya robb... (kakak nak aminkan dulu segala doa tersebut)

    Sebenarnya memang mendengar tazkirah yg membuat kita lebih dekat pada Allah itu lebih berkesan. Betul kata Imam Al-Ghazali..

    ReplyDelete
  3. Aminn..moga diperkernankan...

    Imam Al Ghazali memang ilmuan hebat kan kzakie..

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign