Asam Garam Kehidupan: Rumah Berbendera Merah dimasuki cahaya iman.

Pages

7 Feb 2014

Rumah Berbendera Merah dimasuki cahaya iman.

Sewaktu Rasulullah berhijrah ke kota Madinah bersama para sahabat untuk mengembangkan Islam, orang Yahudi dan seorang tokoh pemimpin yang bernama Abdullah bin Ubay tidak senang hati dengan kedatangan Islam. Mereka tahu Islam akan mengajak penganutnya meninggalkan perbuatan maksiat dan mungkar.

Rasa tidak senang hati pada Islam membuatkan Abdullah bersekutu dengan puak yahudi. Mereka menggunakan pelbagai tipu helah, cara nifaq atau perang tersembunyi menentang Islam dan kaun muslimin.

Abdullah bin Ubay atau lebih dikenali dengan panggilan Ibnu Salaul juga adalah 'bapa ayam' yang terkenal di Madinah. Dia mempunyai rumah-rumah kecil untuk pelacur berbagai bangsa, terutamanya bangsa yahudi. Di hadapan rumah-rumag itu dikibarkan bendera merah sebagai simbol pengenalan. Segala usahanya itu bertujuan merosakkan pemuda-pemudi mukmin agar berpaling dari jalan kebenaran yang dibawa oleh nabi Muhammad dan melalaikan pemuda-pemudi Madinah daripada dipengaruhi oleh Islam.

Sebelum kedatangan Islam ke Madinah, perniagaan Ibnu Salul cukup maju, rumah-rumah kecilnya sering didatangi tetamu-tetamu kenamaan mahupun rakyat biasa terdiri dari orang Yahudi dan bangsa Arab sendiri. malah musafir-musafir dari Bani Tamim juga tidak ketinggalan singgah di pondok-pondok itu. Namanya cukup terkenal ketika itu kerana menyediakan gadis-gadis yang comel yang pandai melayan kehendak lelaki.

etapi setelah kedatangan Islam dan menyebarkan cahayanya ke seluruh pelusuk Madinah, perniagaan Ibnu Salul mula merosot. Inilah antaranya yang menyebabkan Ibnu Salul benci dan marah pada Islam dan pada Nabi Muhammad. Ibnu Salul telah menawarkan hadiah istimewa pada 'anak-anak ayam' sekiranya mereka berjaya memujuk salah seorang dari penganut Islam ke lembah maksiat dan perzinaan.

Di antara wanita-wanitanya itu ada seorang yang bernama Masikah, beliau cukup terkenal di klangan orang kenamaan Yahudi kerana rupanya yang cantik dan tubuhnya yang menggiurkan siapa saja yyang melihat. Ibnu Salul memaksa Masikah melakukan pekerjaan terkutuk itu sejak beberapa tahun sebelum kedatangan Islam ke Madinah.

Masikah terpaksa akur kepada majikannya yang merupakan tuannya, walaupun hati kecilnya menolak untuk melakukan kerja hina itu, tapi apakan daya dia tak berupaya menolak..Masikah rasa pelik dan hatinya tertanya-tanya kenapa Ibnu salul begitu benci dan irihati pada Islam dan kaum muslimin hingga memaksanya menggoda mereka ke tempat yang kotor dan menjijikkan itu. Sungguhpun dia telah berusaha mempengaruhi mereka tetapi usahanya itu sedikitpun tidak berjaya. Para pemuda muslim begitu teguh iman mereka.

Sebaliknya pemuda-pemuda yang bertaqwa itu telah memberitahunya tentang Islam, kemanisan iman, tentang syurga dan neraka, alam akhirat dan kehidupan selepas mati nanti, membuatkan Masikah tertarik dan ingin mengetahui lebih lanjut lagi. Dan dia bermaksud cuba menyingkap rahsia yang membuatkan tuannya sangat irihati dan memusuhi Islam.

Secara sembunyi-sembunyi Masikah mulai mendekati muslimah-muslimah untuk berkenalan dan beramah-mesra. Dia menyaksikan betapa lembut dan jernihnya wajah-wajah mereka yang menampakkan betapa indahnya didikan Rasulullah sehingga mereka dapat beriman, taat, patuh, berkasih-sayang, pemurah, baik sangka, berkorban, berjihad, bermaaf-maafan, berbuat baik pada orang yang berbuat jahat pada mereka, bertolong-bantu, tidak meminta-minta apabila susah, tidak sombong, tidak mudah putus asa, berlumba-lumba menegakkan kebaikan  dan lain-lain yang sam sekali tidak ada pada dirinya.

Masikah rasa kagum dan malu sendiri. Dia benar-benar tertarik dan ingin menyertai mereka. Tapi bagaimana? Masikah sedar dirinya menanggung dosa syirik setiap hari bergelumang dengan noda. Dirasakan dosanya memenuhi langit dan bumi, sedangkan Islam adalah agama yang suci. Sudikah Tuhan menerimanya, seorang hamba yang penuh berbalut dosa dan noda. 

Keluhan dan rintihan hatinya seolah-olah didengar oleh Allah lalu didatangkan seorang wanita Ansar dan dibacakan sebuag firman Tuhan yang bermaksud"

     " Katakanlah: Hai hamba-hamba yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." 
                                                                                                                          Az Zumar: ayat 53.


Apakah yang akan terjadi seterusnya, tunggu yea...kisah yang sangat menarik dan penuh pengajaran..

4 comments:

  1. salam jumaat kak and great piece of sharing...

    ReplyDelete
  2. salam jumaat buat farah juga, tq

    Salam sayang untuk si bucuk-bucuk acam ash tu ( jangan marah yea, akak dulukan masa diorang masih baby la..diorang bangun tidur pun terus dicium, bucuk acam baunya tapi nak cium juga, rindu la saat2 tu )

    ReplyDelete
  3. terima kasih ye..kongsi2 kat sini...

    ReplyDelete
  4. sama2, mudah-mudahan jadi ibadah

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign