" Kenapa umat Islam tak maju-maju, sedangkan orang kafir, tak beriman pun maju? " Tanya seorang sahabat pada shabatnya.
" Kerana orang Islam belum ' mendirikan solat', Jawab sahabatnya, pendek.
" Mananya pulak, sekarang ni waktu sembahyang masjid penuh, surau kat mana-mana pejabat pun penuh. Itu bukti ramai orang yang sembahyang, ni kan dah zaman kesedaran Islam." Sahabat pertama tak puas hati.
" Ialah,orang tu baru setakat sembahyang, tapi belum 'mendirikan sembahyang'," Jawaban sahabat kedua menyebabkan muka sahabat pertama berkerut.
" Apa maksud awak? Saya tak nampak apa-apa perbezaan." Sahabat pertama sungguh inginkan penjelasan.
" Dalam Al Quran, Allah sebut....' Dirikan sembahyang' dan dalam hadis Rasul sebut ' sembahyanglah kamu sebagaimana kamu lihat aku sembahyang.' Dirikan sembahyang tu maknanya luas. Nak dirikan sembahyang mesti ada kain untuk tutup aurat. Untuk dapat kain mesti ada benang. Dari benang dibuat kain, kemudian kain dijahit untuk buat pakaian. Kemudian perlu ada masjid untuk sembahyang jumaat dan sembahyang berjemaaah. Untuk dirikan masjid, mesti ada simen, kayu, batu, kapur, kaca, besi dan macam-macam benda lagi."
" Ertinya, dirikan sembahyang itu dirikan juga perkara-perkara yang perlu untuk sembahyang. Dengan kata lain, umat Islam kena ada kilang benang, kilang jkain, kedai jahit, kilang simen, kilang kayu, kilang kaca dan lain-lain keran kita dilarang bergantung dengan orang kafir dalam segala hal. Kecuali dalam darurat. Itupun tak boleh lama-lama." Panjang lebar penjelasan sahabat kedua, membuka sedikit mindanya yang tertutup...
" Secara tak lansung, siapa 'dirikan sembahyang' ertinya dia telah mendirikan pembangunan material." Sambungnya lagi.
" Apa pula makna 'sembahyanglah' seperti dalam hadis tadi?" Soalnya semakin berminat..
" Sembahyanglah... itulah yang selalu kita buat selam ni. Apa yang dibaca dalm sembahyang, macamana nak rukuk, sujud, qiam dan sebagainya yang berkait dengan perlakuan sembahyang. Setakat ni, baru itu sajalah yang umat Islam mampu buat, sebab itulah kita tak mampu bangunkan pembangunan material ataupun kemajuan macam yang awak tanya tadi........."
------nampaknya lebih mudah sembahyang dari mendirikan sembahyang...kan????--------
ihsan google |
ihsan google |
Assalamualaikum, Info yang bagus, terima kasih.
ReplyDeletewsalam, betulkan kita umat Islam hari ni baru setakat sembahyang, belum mendirikan sembahyang..
DeleteSembahyanglah di belakang imam sebelum disembahyang di depan imam....
ReplyDeletewow IM.. dalam tu, InsyaAllah semua faham maksudnya kan...
ReplyDeleteyang mudah itu dipermudahkan . bersembahyanglah kerana Allah . Tak perlu fikir yg lainnya ...
ReplyDeletesembahyang pun tak mudah sebenarnya, sembahyang yang ada kualiti, yang ada roh, yang jadi nilaian di sisi Allah..apalagi mendirikan sembahyang..
ReplyDelete