Asam Garam Kehidupan: Tempat yang istimewa di dalam Syurga.

Pages

22 Feb 2014

Tempat yang istimewa di dalam Syurga.


Diceritakan Nabi Allah Musa telah bertanya kepada Allah SWT, " Wahai Tuhanku, apakah tempat yang afdhal ( paling istimewa ) dalam syurga?"

Allah berfirman, "Wahai Musa, tempat itu adalah Haziratul- Qudsi"

" Siapakah yang menghuni tempat itu?" sembah Nabi MUsa lagi.

Firman Allah SWT:

" Mereka itu, apabila Aku jatuhkan bala ke atas mereka, mereka bersabar menanggungnya dan mereka berkata, 'Innalillahi wainnaailai hi rajiun'  ( sesungguhnya dari Allah kami datang dan kepadaNya kami kembali ). Dan apabila Aku kurniakan nikmat kepada mereka, mereka bersyukur menerimanya. Hai Musa, itulah penghuni Haziratul-Qudsi"

* Dengar macam mudah, nak buat tak semudah yang didengar *

6 comments:

  1. Susahnya nk ke syurga ye..

    ReplyDelete
  2. mereka adalah insan terpilih ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terpilih kerana memilih jalan hidup mukmin, jalan kesusahan, jalan org2 bertaqwa semasa hidup di dunia..

      Delete
  3. Arrgghh... Harga tiket itu terlalu mahal...

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign