Asam Garam Kehidupan: IMPLIKASI MENGISYTIHARKAN KEMATIAN

Pages

30 Mar 2014

IMPLIKASI MENGISYTIHARKAN KEMATIAN

IMPLIKASI MENGISYTIHAR KEMATIAN
Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) PM Najib sudah umum MH370 berakhir terhempas di Koredor Selatan lautan Hindi, dengan bantuan radar satelit dan method tercanggih dari Britain.
2) Bangkai pesawat, serpihan pesawat, atau apa-apa sahaja daripada pesawat, belum ditemui, apatah lagi kotak hitam. Jika ada kematian, mayat dan jenazah, satu pun belum ditemui.
3) Status masih andaian. Andaian dibuat melalui hasil siasatan isyarat ping menggunakan teknik berdasarkan kesan Doppler, yang menerangkan bagaimana gelombang perubahan kekerapan relatif kepada pergerakan pemerhati.
4) Sekonyong-konyong PM Malaysia membuat pengumuman. mengucap takziah dan meminta kita beri ruang kepada waris. Tidak semena-mena fatwa ditagih untuk mendirikan solat jenazah. Tanpa ragu-ragu, Johor kibar bendera separuh tiang, sebagai isyarat berkabung.
5) Bagi umat Islam, ruang empat tahun diberikan kepada waris sebelum mengisytiharkan mangsa itu mati, selagi tidak ditemui jenazahnya atau apa-apa bukti soheh akan kematiannya. Namun tidak salah jika pihak berkuasa mengisytiharnya lebih awal berdasarkan faktor-faktor yg relevan.
6) Apa implikasinya? kenapa perlu ada pengisytiharan kematian dalam hal ini? Kenapa perlunya pengisyitiharan itu dibuat dengan penuh hati-hati dan mengkaji segala faktor kemungkinan?
7) Implikasinya besar, terhadap hukum syariat kepada ahli waris yg terbabit. Contohnya: dari segi hubungan suami isteri, jika si suami diisytihar mati, maka si isteri mesti ber’eddah bermula dari tarikh diisytiharkan mati itu. Pantang larang ‘eddah kematian suami mesti dipatuhi.
8 ) Empat bulan 10 hari selepas tarikh pengisytiharan kematian, yakni selepas selesai tempoh ‘eddah, si isteri itu boleh berkahwin dengan mana-mana lelaki lain yang layak dikahwininya.
9) Andai kata selepas 6 bulan kemudiannya, MH370 sebenarnya ditemui di daratan akibat dihijack (andaian), si suami yg diisytihar mati itu masih hidup dan pulang ke rumah, bagaimana pula halnya dgn isteri itu yg sudah bersuami baru?
10) Para ulamak sudah pun menyelesaikan kes ini seperti yg dihurai dalam kitab-kitab fiqh. Sebaik sahaja suami lama itu sah hidup dan kembali, maka secara serta merta pernikahan dgn suami baru terbatal. malah jika 10 tahun kemudian baru suami yg dianggap mati itu muncul sedangkan si isteri sudah milik anak bersama suami baru, maka pernihakan mereka tetap terbatal dgn pulangnya suami lama yg ‘hidup semula’.
11) Anak-anak bersama suami baru, di-bin-kan kepada suami baru. Bukan anak zina. pernikahan mereka sah, anak-anak mereka sah. Cuma pernikahan mereka terbatal dek kemunculan semula suami lama yg pernah diisytihar mati.
12) Pengisyitiharan mati juga memberi kesan kepada soal solat jenazah, pembahagian harta pusaka, dan beberapa hukum syariat yg lain.
13) Justeru itu, pihak majlis fatwa perlu manilai semua faktor sebelum terus mengeluarkan fatwa dengan hanya bersandarkan pengumuman PM Najib dan data satelit semata-mata.
Sekian.

10 comments:

  1. Komplikasinyaa, penasihat-penasihat pasti ada sebelum pengumuman dan solat istikarah sekurangan.

    ReplyDelete
  2. kan..sepatutnya, bila jadi camni, susah.

    ReplyDelete
  3. Kasihan bila baca kisah-kisah tentang MH370 ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. siapa saja turut sedih dengan tragedi malang begini..hikmahnya hanya Dia yang tahu..

      Delete
  4. 4 thun baru boleh isytihar mati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 4 tahun..tapi ni belum pun sebulan, bukti sahih pun belum ada

      Delete
  5. banyak implikasinya, moga2 cepat la jumpa pesawat ni, baru tenang hati keluarga mangsa..at least nampak mayatnya kalau dah meninggal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga ada keajaiban berkat doa org2 tertentu, Lautan Hindi tu..luas, tapi apa pun tak mustahil kalau Allah dah kata Kun Fayakun

      Delete
  6. selepas 4 tahun ...semoga ada keajaiban drp Allah .

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign