Asam Garam Kehidupan: Jadilah Bunga Penyeri Taman Syurga...

Pages

18 Mar 2014

Jadilah Bunga Penyeri Taman Syurga...

Wanita sering diibaratkan sebagai bunga. Bunga lahirnya melambangkan suatu yang indah, cantik, wangi dan berseri. Begitulah wanita. Hadirnya Hawa mengisi kesunyian Adam di syurga. adanya wanita menjadi penyambung zuriat di mayapada ini. Wanita solehah ibarat bunga yang berkembang mekar, harum dan bersinar. Menjadi idaman untuk penyeri hidup, alangkah beruntungnya menjadi wanita solehah, di dunia lagi telah dimuliakan Allah.

Wanita tholehah pula ibarat bunga yang layu, kering tiada seri. Kalau cantik pun ia umpama bunga plastik yang tidak harum, kaku dan mudah berdebu.

Wanita solehah di zaman Rasulullah seperti Siti Khadijah, Siti Aisyah, Siti Fatimah dan lain-lain telah lama meninggalkan kita. Dengan peribadi dan akhlak mulia mereka untuk dijadikan contoh. Tugas kita kini sebagai wanita akhir zaman adalah untuk mengulangi sejarah yang telah mereka lalui.

Islam hanya memberi 4 syarat untuk wanita menempah tiket ke syurga., iaitu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,  taat pada suami dan menjaga maruah. Hanya wanita yang beriman dan memiliki sifat taqwa mampu melaksanakannya. Ganjarannya kelakakan Allah berikan di akhirat di mana mereka ibarat bunga penyeri taman syurga......


Ihsan google



8 comments:

  1. Sungguh sebenarnya terlalu mudah utk menjadi bunga penyeri kalau benar kita mahu.
    Terpulang diri sendiri mendidik diri sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam Al Quran kata, wanita solehah utk lelaki yg soleh..jadi suami juga kena jadi pendorong kpd isteri supaya berusaha menjadi isteri yg solehah..

      Delete
  2. taat pada suami , saya blum ada ...

    ReplyDelete
  3. taat pada suami...In Shaa Allah... terima kasih kak atas peringatan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...moga farah jadi isteri yg solehah...

      Delete
  4. Replies
    1. Alhamdulillah... banyak jalan, banyak cabang utk kutip pahala sebagai isteri solehah..

      Delete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign