Dunia berdukacita dengan kematian beramai-ramai yang sering berlaku pada akhir-akhir ini. Peperangan di Syria, pergolakan di Mesir, terbaru kita berkabung dengan khabar duka MH370 yang disahkan terhempas di Lautan Hindi...dari Allah kita datang dan kepadaNya kita kembali.
Atas kejadian yang menyayat hati ini tentu tiada siapa yang mahu ianya terjadi. Tetapi mengapa Allah jadikan juga? Apa Allah tidak kasihan pada hamba-hambaNya hingga diarahkan laut untuk menelan mereka itu? Tidak bolehkah Allah memaafkan salah mereka atau pa maksud Allah sebenarnya dengan mentakdirka itu semua?
Maha Suci Allah dari bersifat tidak berbelas kasihan, tidak memaafkan dan suka menyeksa hambaNYa. Tidak! Allah Maha Penyayang, Maha memaafkan dan sangat lemah-lembut terhadap setiap hambaNya. Kejadian-kejadian dahhsyat itu adalah gambaran betapa baiknya Allah pada semua hambaNya. Kita hayati sabda Rasulullah ini:
" Tidak akan ditikam kaki anak Adam oleh satu duri kecil sekalipun, melainkan mempunyai salah satu dari dua maksud: iaitu pengampuana dosa, yang mana tidak akan terampun dosanya melainkan dengan cara demikian itu. Atau untuk mendidik dan mengangkat darjatnya di sisi Allah."
Manusia tidak terlepas dari melakukan dosa, samada dosa dengan Allah atau dosa sesama manusia. Dosa lahir atau dosa batin. Setiap dosa itu pula dicatit oleh malaikat. Ia akan disimpan untuk diadili di akhirat nanti. Dosa-dosa yang tidak diampunkan di dunia, pasti akan dihukum di akhirat nanti. Maka bagi seseorang yang memohon keampunan, bertaubat dari dosanya, atau seseorang yang Allah mahu membersihkan dosanya, maka hukuman dosa itu dilakukan di dunia ini lagi. Hukuman itu sepadan dengan dosa yang dibuat..
Bersambung....
Allah juga yg maha mengetahui Azie..
ReplyDeleteBerita terbaru hukuman mati dijatuhkan ke atas lebih 500 org penyokong Muhammad Morsi. Sedihnya... kerana ini juga melibatkan ramai akan mati. Bersama kita berdoa moga penyokong Ikhwanul Muslimin ini terselamat dan ada kuasa miracle membantu para syuhada ini...
mendoakan saudara kita sesama muslim, mudah-mudahan ada di antara kita yang Allah dengar rintihannya...
Deletesedih terharu...
ReplyDeleteterima kasih Allah kerana Engkau jua yang Maha Mengetahui
Ya, padaNya segala rahsia..
DeleteAdakah ini suatu petanda..Ya-Allah..Sesungguhnya Engkau yg maha mengetahui apa yg ada dilangit dan bumi...Semoga kita sama2 ambil ikhtibar atas kejadian2 akhir2 ini...
ReplyDeleteteringat program agama yg berlangsung di al hijrah bertajuk dajjal . ustaz mengatakan dajjal akan keluar di Syiria . Subhanallah !
ReplyDeletecara meletakkan iklan 8share di blog ...
http://harumankasehvee.blogspot.com/2014/03/assalamualaikum.html
kak Eye-nee dan QV..
ReplyDeletesori tak dpt jawab komen personally..tenet bermasalah.
BTW..thnks QV, InsyaAllah cuba buat.