Asam Garam Kehidupan: Menghormati tetamu.

Pages

4 Mar 2014

Menghormati tetamu.

Diceritakan pada suatu hari seorang lelaki datang menemui Baginda Rasulullah SAW dan memberitahu Baginda bahawa dia dalam kelaparan. Tetapi Baginda sendiri tiada apa untuk diberikan kepada lelaki itu sebagai makanan. Lalu Baginda berpaling kepada para sahabatnya dan bertanya adakah di antara mereka yang sanggup memberi lelaki itu makan.

Seorang sahabat Baginda dari golongan Ansar bangun dan menyatakan kesanggupannya untuk menjamu lelaki itu makan, walaupun dia belum pasti apakah di rumahnya ada makanan atau tidak. Dia pulang ke rumahnya bersama lelaki itu.

" Hormatilah tetamu Rasulullah itu," ujar si sahabat kepada isterinya lalu bertanya, " Adakah apa-apa makanan untuknya?"

" Tidak ada wahai suamiku, hanya ada sedikit untuk anak-anak kita pada malam ini sahaja." jawab si isteri.

" Hidangkan makanan itu untuk tetamu kita. Anak-anak kita biarlah mereka tidak makan malam ini. Sekali-sekala tidak makan tidak mengapa, tidurkanlah mereka. Lagi satu, apabila aku dan tetamu kita itu menghadap hidangan nanti, padamkanlah pelita, supaya dia menyangka aku juga sedang makan bersamanya."

" Baiklah wahai suamiku." ujar isterinya yang setia itu.

Pada malam itu, sahabat Rasulullah itu, isterinya dan anak-anaknya tidur dalam kelaparan.

* Hebatnya hati mereka, ajaibnya iman mereka...sehingga kesusahan hidup tidak menjadi kudis dalam membela Allah dan Rasul, aku.....????*

8 comments:

  1. apa pun keadaan kita, kita wajib menghormati tetamu kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah yang sebaiknya yang dianjurkan oleh nabi kita

      Delete
  2. Demi tetamu, itulah yg sepatutnya dilakukan kerana esok mungkin Allah akan memberi kita yg lebih baik dari hari ini....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Jay Ar, janji Allah kan..apabila jita memberi Dia akan membayar balik 10 kali ganda

      Delete
  3. saya pernah berkunjung ke rumah seseorang . beliau telah menhidangkan kepada kami nasi bersama beberapa mangkuk yang hanya tinggal kuahnya sahaja . kami mkn mcm biasa wpun sekadar berlaukkan kuah . menggermbirakan hati tuan rumah yg niat menjamu tetamu tu juga pahala .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, betul juga, dia dah sedaya upaya menjamu kita kan, wajib pula kita mengembirakan hati dia, moga rahmat dan kasih sayang Allah melimpahi kita

      Delete
  4. Subhanallah..
    Begitulah akhlak para sahabat...yg di didik secara direct oleh baginda SAW
    Kita patut contohi sedaya mungkin kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhanallah

      First nak ucapkan terimakasih kerana DZ sudi jadi teman ukhwah saya di sini

      Memang beruntung para sahabatkan? Tetapi di akhir zaman ni Nabi dah janjikan sesuatu untuk para ikhwan pula.

      Delete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign