" Dulu bila?"
" Dulu, masa ibu kecik-kecik."
" Ooo, dulu ibu mandi sungai, panjat pokok." Memang itulah aktiviti masa kecilku di sekolah rendah.
" Bestnya panjat pokok, nak panjat jugak."
" Panjatla, lagi ibu pancing ikan, masuk hutan."
" Ala, kenape ibu tak ajak BB?" dia membahasakan dirinya, asal perkataan 'baby' jadi BB. Saya pun masih memanggilnya 'baby', kakak-kakak, abang-abang dia pun panggil dia camtu. Tapi saya cuba nak biasakan panggil dia dengan nama penuhnya, selalu tak jadi kecuali time nak marah...
" Masa tu baby belum ada lagi."
" BB kat mane?"
" Baby masih kat alam roh."
" Alam roh tu ape?" Alamak, camane nak jawab ni..
" Alam roh, ermmm...masa tu baby belum ada lagi, ibu pun belum kawin dengan abah." Lari dari topik nampaknya.
" Masa tu abah kat mane?" Hmmm..dia tanya abah pulak dah..
" Abah kat kampung dialah, kat rumah wan."
" Ooo, ala...kenape ibu dengan abah tak ajak BB, BB pun nak mandi sungai jugak, nak panjat pokok jugak."
" Ok, nanti ibu ajak yea."
Apakah saya dah ajar anak berbohong? Sebab janji dengan anak kalau dimungkiri seperti mengajar mereka berbohong. Mudah-mudahan suatu hari saya benar-benar dapat ajar dia panjat pokok...
Di rumah arwah tokma, muka monyok baru siap mandi, rambut pun belum sikat |
bermuslihat dpt elakkan berbohong .
ReplyDeletehaah kan, sbb nak terangkan dia tak faham-faham, saya yg maknya ni pun tak berape reti nak psiko dia
ReplyDelete