Asam Garam Kehidupan: Makna di sebalik kepahitan itu.

Pages

11 Apr 2014

Makna di sebalik kepahitan itu.

Nun di sebalik sebuah hutan, hidup seorang lelaki tua yang bijaksana.Suatu hari, datanglah seorang anak muda. Wajahnya murung, langkahnya longlai. Kepada lelaki tua itu diceritakan pelbagai masalah hidupnya.

"Hidupku sering ditimpa masalah.. Aku kecewa, sedih tak dapat hidup bahagia. Mengapa hidupku sentiasa dirundung malang?" Soal anak muda itu.

Lelaki tua itu hanya tersenyum. Dia kemudian mengambil segelas air. Dikautnya segenggam garam dan ditaburnya ke dalam gelas itu, lalu dikacau. " Cuba kamu minum, beritahu apa yang kau rasa." Katanya sambil menghulur air yang sudah sebati dengan garam tadi.

" Huh, masin! terlalu masin...mana mungkin aku mampu minum air ini." getus anak muda itu setelah cuba minum seteguk air dalam gelas tersebut.

Lelaki tua itu mengajak anak muda itu mengikutnya menuju ke sebuah telaga di sebelah rumahnya. " Ini garam yang sama seperti yang dicampur ke dalam minuman mu tadi." kata lelaki tua itu sambil mengeluarkan plastik kecil berisi garam. Lantas lelaki tua itu mengambil segenggam garam dan ditaburkan ke dalam perigi itu. Sebatang kayu panjang dicapainya, lalu dikocak air dalam telaga itu.

" Cuba kau ambil sedikit air telaga ini dan minum." arahnya. Anak muda itu hanya menurut. Diceduknya sedikit air telaga itu dan dihirupnya " Apa rasanya?"

"Sejuk dan nyaman." balasnya. " Adakah kamu merasa masinnya?" tanya lelai tua itu lagi. Sambil menggelang kepala, anak muda itu menjawab, " Tidak, sedikitpun tidak masin."

Lelaki tua itu tersenyum sambil menepuk-nepuk lembut bahu anak muda  tadi dan berkata, " Itulah jawabannya." Anak muda itu terpinga-pinga, tidak faham dengan maksud kata-kata lelaki tua itu. Apakah kaitan garam apakah kaitan garam dan air telaga itu dengan hidupnya yang dilingkari masalah.

" Wahai anak muda, pahit maung kehidupan yang dilalui umpama segegnggam garam, tidak lebih tidak kurang. Masinnya segenggam garam itu tetap sama, tetapi kepahitan yang akan kita rasai bergantung daripada wadah yang kita miliki. Dimanakah kau akan mencampakkan segenggam garam itu, ia bagi menjadi penentu apakah hidup yang akan kau lalui itu masin atau menjadi sesuatu yang menyenangkan."
" Apabila kau merasakan kepahitan atau kegagalan, lapangkah dada dan hatimu untuk menerimanya. Jangan jadikan hatimu seperti gelas, tetapi bukakanlah ia seluas mungkin laksana telaga yang mampu menenggelamkan kemasinan itu menjadi suatu yang segar dan menenangkan." beritahu lelaki tua itu lagi.

Anak muda terpana dengan kebijaksanaan kata-kata lelaki tua itu. Selama ini hidupnya sentiasa dirundung malang. Sekarang barulah anak muda itu tahu, di sebalik kepahitan itu ada kehidupan yang lebih indah menantinya...


SUMBER: MASTIKA November 2012.
ihsan google.

No comments:

Post a Comment

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign