Asam Garam Kehidupan: Hepy Besday 'baby"

Pages

6 May 2014

Hepy Besday 'baby"

Kakak tepon ibu semalam, dah pukul 11.30 malam, lamalah juga kami sembang, pasal exam, pasal pertandingan archery kat Perak aritu, pasal kengkawan kakak..dan satu yang ibu hampir-hampir terlupa, aduhai, bolehlah nak terlupa pasal hari ni 6/5/2014...Umar Zikri genap lima tahun, Alhamdulillah, terimakasih kakak kerana ingatkan ibu. Cuma ibu rasa ibu akan raikan besday baby bersama besday kakak pada 29/5 nanti, bukan apa 'sep bajet'..he he..
Gotong-royong menyikat rambut adik mereka yang dah berusia genap 5 tahun hari ni..
Selamat Ulang tahun 'baby', Umar Zikri masihlah 'baby' ibu
yang ibu rasa sekejap sangat besarnya, padahal
ibu belum puas membelai dan memelukmu
erat sambil ibu bertubi-tubi mencium pipi
halusmu, atau mendengar 'comel'nya tangisan
manja dan derai tawamu bila diagah.

Beruntung jadi si bungsu ni, kakak-kakak, abang-abang dulu seawal umur
4 tahun dah kena mandi sendiri, belajar lap badan, sikat rambut sendiri,
ni abang, kakak dalam sibuk bersiap nak ke sekolah pun
 sempat lagi memberikan  kehangatan kasih-sayang
buat adik (
tahan je kepala dia dikerjakan siabang sebab matanya
yang masih mengantuk, kalau tak boleh je sikat rambut sendiri
)

Semoga Aishah Humairah, Muhammad Danish, Muhammad Hilman, Nadhrah Hannani dan Umar Zikri sentiasa berada dalam rahmat dan kasih-sayang Allah walau di mana jua anak-anak ibu berada, jadilah anak-anak yang membahagiakan ibu dan abah dengan akhlak mulia dan perbadi seteguh para pencinta Allah dan Rasul, InsyaAllah..., aminnn..

4 comments:

  1. Alhamdulillah.... moga kasih berpanjangan.

    Sanah Helwa buat anakanda Umar Zikri.. Biasa kan Azie kita rasa anak kita macam baru aje melahirkan tahu-tahu dah besar:)

    ReplyDelete
  2. hu hu, kzakie..kalau boleh nak dia sentiasa jadi baby..

    adik tu pun masih manja kan kzakie, biasa anak bungsu camtu, kadang dia tak manja pun ,tapi kita plak nak manja-manjakan dia..
    Terimakasih kzakie, terubat rindu 5 hari kzakie menyepi

    ReplyDelete
  3. aloooo sweetnya... nmpk sangat kasih sayang abg & kakak pada si adik... moga Allah memberkatimu umar...

    ReplyDelete
  4. terimakasih NK kerana dtg ke sini, gitulah mereka..dalam dok sayang-sayang tu, bergaduhla juga..:)

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign