Asam Garam Kehidupan: Kejar dunia VS kejar Akhirat.

Pages

18 May 2014

Kejar dunia VS kejar Akhirat.

*  Wahai Tuhan, susahnya nak kejar akhirat..harta terkorban, badan letih, orang hina, kehilangan kawan, aku tak mampu ya Allah....
-   Mana lebih susah, nak sembahyang subuh atau nak jadi nelayan? Sembahyang subuh tu kan untuk kejar akhirat, jadi nelayan pulak untuk cari kehidupan dunia. Rasanya lebih susah jadi nelayan, terpaksa turun ke laut sebelum subuh, dilambung dihempas ombak, adakalanya ditelan laut atau ditelan ikan. Berhari-hari, berminggu-minggu, berbulan-bulan, tinggalkan anak isteri, sedangkan kalau nak sembahyang subuh rasanya taklah sesusah itu.

*   Tapi kalau buat ibadah susah nak lawan nafsu. Beratnya lah nak tinggalkan katil dan selimut waktu subuh tu...
-   Benar, tapi taklah sesusah nak buru dunia, buru nama, buru glamor, buru pangkat. Rasanya buat kerja tu semua lebih menderita. Terkorban harta, hilang privacy bahkan terpaksa berdepan dengan kata nista orang juga.

*   Orang yang kejar akhirat pun dikata juga. Kononnya ketinggalan zaman, buang dunialah, tak campur oranglah..
_   Kalau nak ikutkan apa yang orang kata, rebut dunia lebih-lebih lagi orang kata, ada yang hasad dengki bila tengok orang lain lebih dari dia, silap haribulan orang usaha nak jatuhkan pula, rebut dunia ni kalau silap pertimbangan orang sanggup berbunuhan, kejar dunia kerana nama, nakkan glamor, kerana negara, kerana bangsa jauhla lebih susah, tapi kalau kita buat sembahyang malam, takde siapa pun yang dengki. Ada tak orang nak bunuh kita sebab kita bagi sedekah ke, puasa sunat ke......?

*   Kejar dunia seronok, sebab nampak ganjarannya, kejar akhirat tak nampak ganjarannya.
_   Tapi kejar akhirat taklah sesusah mendaki Gunung Everest, nak naik ke angkasa, naik basikal keliling dunia,ehhh, susahnya, penatnya, Kejar akhirat, rasanya tak sebanyak mana masa yang perlu dikorbankan, duit pun rasanya taklah habis sebanyak mana, fikiran, tenaga kadangkala untuk urusan dunia pun jenuh nak dikerahkan....

Yang sebenarnya bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seeribu dalih. kalaulah manusia tahu , sedar dan faham tentang kehidupan akhirat yang bakal ditempuh kelak tentu kelu lidah untuk berhujjah. Manusia akan sanggup lakukan apa saja untuk kembali ke dunia bila tiba di border akhirat itu, tapi waktu itu sudah terlambat...tidak mungkin dia kembali ke dunia lagi walaupun untuk sesaat....( peringatan khusus buat diriku yang selalu terlupa...)

Ampun maaf ya kawan-kawan, buat masa ni tak dapat balas kunjungan atau balas komen, tenet dah habis kuota, In Syaa Allah saya akan balas kunjungan bila bil dah disettlekan oleh 'sidia'  he he....

6 comments:

  1. semakin kita mengejar akhirat..dunia makin mengejar kita dengan rapat..
    diri berperang dengan nafsu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih ANIM dating sini

      Betul apa yang anim kata tu

      Delete
  2. Kejar dua-dua utk bahagia di dunia dan akhirat.
    Tapi jgn sampai dek kerana dunia yg sementara lupa akhirat yg kekal abadi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ambil dunia untuk jadi jambatan ke Akhirat

      Delete
  3. kejar dunia untuk teruskan kehidupan , kejar akhirat untuk bekalan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadikan dunia sebagai ladang yang hasilnya dituai untuk bekalan ke Akhirat

      Delete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign