Asam Garam Kehidupan: Suami yang ingkar, bagaimana nak hadapi?

Pages

8 May 2014

Suami yang ingkar, bagaimana nak hadapi?

Selalunya suami-isteri adalah sekufu, suami baik, isteri baik, suami jahat dapat juga isteri jahat. Tapi berlaku juga suami baik isteri derhaka atau isteri solehah suami pula kaki maksiat dan jahat. Jika terjadi begitu, sebenarnya tujuan Allah adalah untuk mendidik suami atau isteri tadi agar kuat tauhid dan jiwanya serta tabah menghadapi kerenah suami atau isteri tadi.

Kita bercakap bagi pihak isteri lah ye..

Isteri yang ditakdirkan mendapat seorang suami yang pemarah, kaki judi, kaki perempuan memang sangat menguji kesabaran dan satu ujian yang sangat berat sebenarnya. Tapi yakinlah Allah tidak akan menguji kita dengan sesuatu yang kita tidak mampu menerimanya.

Menghadapi ujian ini, kita amat perlu kembali kepada Allah, mengadu-ngadu dan meletakkan sepenuh pergantungan kepada Allah. Ada seorang kawan yang diuji begini. Perkahwinan pertama yang diaturkan oleh keluarga tidak bahagia kerana suaminya kaki judi dan sangat pemarah, mujur juga akhirnya dia diceraikan. Perkahwinan keduanya juga diatur oleh keluarga. Suami keduanya ada bisnes sendiri yang boleh dikatakan berjaya.

Awal perkahwinan mereka bahagia. Suaminya baik dan penyayang. Dari perkahwinan ini mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata ( perkahwinan pertama yang bertahan selama 3 tahun mereka tidak dikurniakan anak ). Tapi nampaknya mendung hitam belum berlalu..

Allah menguji, bisnes si suami mula menemui jalan buntu dan tidak dapat bertahan. Rakan kongsi bisnes melarikan diri dengan keuntungan syarikat. Suami jadi hilang arah, jadi pemarah, jadi kaki perempuan, pantang silap kawan ni jadi macam punch bag dia, tak buat silap pun sering kena marah juga. Rumahtangga dah jadi macam tempat tukar kain baju je, lama juga kawan ni bertahan sabar.

Bila suami balik, dia tetap layan dengan baik, bertanya dengan lemah-lembut, sabar dia menghadapi kerenah suaminya. Keperluan batin suami dia tidak menolak, dia tetap melayan dengan sepenuh hatinya, biarpun dia tahu suaminya di luar dengan bermacam-macam perempuan. Ibubapanya tahu hal ni, mereka suruh juga dia minta cerai dari suaminya, tapi dia menolak.

Akhirnya suaminya berubah insaf. Alhamdulillah..

Bila ditanya kenapa dia tidak mahu bercerai dengan suaminya, jawapannya..

" Saya patut berterimakasih pada suami saya tu, disebabkan dia saya dapat Tuhan"

Rupa-rupanya kawan ni bila suaminya buat perangai dia mula muhasabah diri, memperbaiki hubungan dengan Tuhan, setiap malam dia akan bangun bertahajud mengadu-ngadu dan merayu-rayu dengan Tuhan agar diberi kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi ujian itu.

Parut luka ditangannya masih berbekas, tapi kini dia mampu tersenyum kerana hatinya sudah penuh pergantungan kepada Tuhan, dan suaminya juga sudah berubah.

Kalau suami kita jahat, ingatlah bagaimana Allah kurniakan kemuliaan kepada Siti Asiah yang bersuamikan Firaun kafir. Dia dimuliakan kerana akhlaknya yang mulia di depan suami meskipun suaminya itu musuh Allah yang nyata.

Sabda Rasulullah:

Barangsiapa yang sabar atas budipekerti suaminya yang jelek, maka Allah akan memberikannya pahala sama sperti pahala Siti Asiah isteri Firaun.

6 comments:

  1. bila ada rasa cinta dan sayang yang ikhlas , wpun suami ingkar ,si isteri tetap sabar menghadapinya .

    ReplyDelete
  2. biar isteri nampak yang baik ja tentang suami, inshaAllah ia jadi kesyukuran dan bertambah lagi kebaikan dariNya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, jangan kita tengok buruk dia, nanti jadi sakit hati, padahal kita pun banyak kelemahan

      Delete
  3. alhamdulillah makin tua 2ni..sama2 cari jalan lurus..
    rasanya suami jarang nak tgok marah2 atau moody..buka pintu semua anak2 serbu..nak kucup tgn..biasanya suami bg salam n senyum..

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign