Asam Garam Kehidupan: Kalau kita yang kena....

Pages

4 Jul 2014

Kalau kita yang kena....

Pada suatu hari, Saidina Ali kwh telah dimaki hamun oleh seseorang. Saidina Ali kemudiannya telah menghadiahkan sehelai pakaian dan wang sebanyak seribu dirham kepada orang itu. Beberapa orang yang medengar kisah itu membuat rumusan: " Telah berkumpul pada beliau 5 sifat yang terpuji:

  • Penyantun.
  • Melenyapkan sakit hati.
  • Menyelamatkan orang itu dari kemurkaan Allah azzawajalla.
  • Menyebabkan orang itu merasa kesal atas sikap buruknya dan bertaubat.
  • Mengubah sikap orang itu dari suka mencela kepada memuji pula.

Rasulullah SAW bersabda:

" Sebaik-baik manusia ialha orang yang lambat marahnya dan segera pula redha bila sudah marah. Dan sejahat-jahat manusia ialah yang lekas marahnya dan lambat pula reda marahnya."

......agaknya kalau kitalah yanag berada kat tempat Saidian Ali tu, dah tentu berlaku drama tarik rambut, berguling-guling atas tanah, terjerit-jerit, pastu dendam sampai ke lubang cacing.....Masya Allah...jauhnya peribadi kita dibandingkan dengan para sahabat.......


kalau kita...ihsan google.

18 comments:

  1. saya jenis cepat marah dan cepat sejuk...he he he..marah time tu jer, lepas tu dah habis tu dah lah...tak derlah nak meleret2 dan drag....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengah-tengah lah tu, rasanya ramai antara kita yg macam ni kan, tapi mmg susahla nak tahan marah..

      Delete
  2. Betullah Azi. Kalau kita ni walau tak tarik-tarik rambut pun pasti muka dah masam mencuka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? susah nak mujahadah tak nak marah, terutama dengan anak-anak..

      Delete
  3. Ada yang sudi terima ada yang tak sudi terima

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah nak jumpa orang yang boleh terima teguran..

      Delete
  4. uiii bukan senang nak buat cam ni...

    p/s: terima kasih sudi join. blog ini tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/07/senarai-url-blog-6.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang susah, sebab kita belum ada sifat pemaaf..hu hu..

      terimakasih juga sebab sudi jadi rakan ukhwah akak.

      Delete
  5. Bykkan angkat air sembahyang bila kita marah.InsyaAllah kemarahan akan reda nanti. Salam Ramadhan Al-Mubarak 1435H

    Jalan-jalan bw malam dari segmen blogwalking sis mia liana :)

    Jom Terjah : Buffet Ramadhan Casa Ombak (ˆ⌣ˆԅ)


    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, itu lah cara yang paling mujarab, api disiram dengan air.. Salam ramadhan juga.

      terimakasih sudi datang dan komen.

      In shaa Allah akan terjah.

      Delete
  6. Hapuskan sifat marah atau dendam dengan pemberian. Memang bukan mudah... Hati yang lembut sahaja yang boleh berbuat sedemikian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena mujahadah, lawan nafsu yang selalu mendorong kejahatan.

      Delete
  7. semoga dijauhkan dan diberikan sifat pemaaf seperti saidina ali

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin, amin.

      terimakasih sudi datang dan komen di sini.

      Delete
  8. ya..terimakasih saudara Montana yea.

    ReplyDelete
  9. Terpujinya sifat seorang Saidina Ali. Allahu. Semoga kita pun begitu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin, amin..

      terimakasih sudi datang, tinggalkan komen, datangla lagi..:)

      Delete
  10. wsalam, terimakasih..harap dapat hubungi email saya azie.shukor@gmail.com dan tinggalkan contact no. supaya saya topapkan ( tak banyak ) sbgai cenderahati sbb genapkan follower yg ke-60

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign