Asam Garam Kehidupan: Persediaan iman menyambut hari raya.

Pages

22 Jul 2014

Persediaan iman menyambut hari raya.

Ramai orang yang tertipu bila tibanya hari raya. Pada mereka hari tersebut adakah untuk bersuka-ria dan bergelak-ketawa. Lebih malang lagi, bila menjelang hari raya tempat-tempat maksiat menjadi tumpuan. Panggung wayang, night club, meja judi akan penuh dikunjungi orang melayu yang mengaku beragama Islam. Betapa ruginya jika kita adalah salah seorang daripada mereka.

Di hari yang mulia ini, ramai wanita yang dilalaikan dari mengingati dan membesarkan Allah. Malam-malam terakhir menjelang hari raya disibukkan dengan periuk belanga, ketupat, rendang dan segala macam hidangan yang berlebihan untuk menjamu nafsu yang telah dikekang selama sebulan Ramadhan dulu.

Sepatutnya malam-malam terakhir menjelang raya ialah waktu kemuncak kita dalam usaha mendekatkan diri pada Allah, dengan meresapkan rasa syukur di hati kerana telah diberi kekuatan oleh Allah dalam menjalani ibadah puasa. Ucaplah rasa kesyukuran dan berdolah agar Allah menerima segala ibadah yang kita lakukan, dan diampunkan segala dosa kita yang tak terhitung.

Moga kita dapat mencontohi akhlak dan kehidupan wanita-wanita solehan seperti isteri-steri Rasulullah, para sahabat dan orang-orang soleh dalam meraikan hari raya. Malam-malam terakhir Ramadhan ini jugalah Allah turunkan suatu malam yang penuh berkat iaitu Lailatul Qadar, yang mana siapa yang beribadah di malam itu pahalanya menyamai seribu bulan.

Semoga berlalunya Ramadhan dan beradanya kita di bulan syawal ini memberikan kita kekuatan hasil dari ibadah dan perjuangan melawan hawa nafsu agar apa yang kita usahakan selama sebulan Ramadhan tidak sia-sia.

No comments:

Post a Comment

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign