Asam Garam Kehidupan: Shopping pun dapat pahala..

Pages

8 Jul 2014

Shopping pun dapat pahala..

Rasanya sekarang ni orang dah start shopping raya. Tapi ada juga yang dah awal-awal shopping sebelum puasa, tak kesahla. Jom kita shopping sambil kita kaut pahala dari shopping tu nak tak. Eh, shopping pun dapat pahala ke? Camana tu?

Banyakkan pahala dengan:

  • Berdoa ketika keluar, meminta perlindungan dari fitnah dan gangguan manusia dengan doa yang bermaksud.." Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah. Tidak ada daya upaya melainkan dengan pertolonganNya."
  • Memasang niat yang baik, contohnya niat membeli-belah untuk memenuhi keperluan keluarga dan meringankan beban suami.
  • Meminta keampuanan Allah dengan beristigfar untuk mengelak hati dari lalai.
  • Memberi salam kepada waniat islam yang ditemui, murahkan senyum kepada yang bukan islam.
  • Bercakap dengan teratur, suara yang jelas dan terang serta berhikmah ketika membuat tawar-menawar harga barang.
  • Membantu jika ada yang memerlukan.
  • Peruntukkan sedikit dari barang yang dibeli sebagai hadiah kepada jiran, atau kepada pengasuh anak-anak kita.
  • Mengingati Allah selalu supaya kita tidak lalai atau merasa mampu membeli dengan apa yang kita ada. Ingat semuanya milik Allah.
  • Datangkan pula rasa syukur dengan rezeki yang dikurniakan sehingga kita mampu membeli itu.
  • Jangan sampai meninggalkan ibadah yang wajib.

Pahala boleh kurang atau hilang juga bila:
  1. Meninggalkan ibadah yang asas seperti sembahyang fardu dan puasa. Jangan shopping sampai terbarai puasa.
  2. Tidak merancang apa yang hendak dibeli hingga berlaku pembaziran.
  3. Tidak membawa  teman muhrim. Kalau tempat yang hendak dituju itu kurang dari dua marhalah ( 48 batu ), anak-anak boleh dijadikan teman.
  4. Tidak menutup aurat atau menutup aurat tapi tidak sempurna, seperti pakai tudung tapi berseluar ketat, pakai tudung tapi baju lengan pendek atau pakai tudung tetapi baju ketat hingga menampakkan bentuk badan.
  5. Berjalan melenggang-lengguk hingga menarik perhatian orang lelaki.
  6. Banyak bergurau-senda dan bergelak ketawa hingga menarik perhatian orang lain.
  7. Sengaja bersesak sehingga bertembung dengan orang yang bukan muhrim.
  8. Sengaja menunjukkan perhiasan yang dipakai, seperti gelang kaki berloceng sehingga menarik perhatian orang.
  9. Memakai minyak wangi sehingga jelas dihidu oleh orang lain.
  10. Bertegur-sapa dengan lelaki atau perempaun yang bukan uhrim tanpa keperluan yang munasabah.
  11. Bermegah-megah kerana mampu membeli barangan berjenama.
  12. Boros sehingga berhutang.
  13. Berniat untuk menunjuk-nunjuk dan berlumba-lumba dengan jiran.
  14. Menimbulkan gangguan seperti membuat double-parking.
  15. Bertengkar dalam tawar-menawar.  
Haa, kawan-kawan, rupanya dalam berseronok pun kita boleh kumpul pahala, asalkan niat dan pelaksanaannya hendaklah betul. Maha Baiknya DIA kepada kita...
ihsan google.


10 comments:

  1. saya tanya en hubby dia nak pakai baju warna apa tahun ni, nak pakai tshirt ka atau kemeja :) baru dia ajak shopping :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. samala. selalunya kita yang kena tanya dulu, barula dia ajak..

      Delete
  2. Replies
    1. saya blum shopping lagi, yg penting nak settlekan keperluan anak-anak je..

      Delete
  3. paling penting..jangan shopping sampai tertinggal solat. ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah semestinya, kena cari tempat shopping yag ada ruang solat

      Delete
  4. sehari sblm puasa pun giant dah penuh org mcm nak raya . la ni mmg x sanggup lah klu pi shopping . kat mana2 pun sesak ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa tu QV, org kita ni raya sapa-sapa pun tetap org kitala memenuhi ruang shopping tu.

      Delete
  5. belum shopping lg..biasa tgh2 puasa bru cari...

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign