Tak kisahla apa pun persepsi kawan-kawan pada saya bila tengok gambar ni.. Kalau sempat saya bersihkan sebelum keluar kerja, tapi kalau tak sempat tunggulah sampai selesai masak atau sehabis makan malam. Selalunya sampai rumah sekitar pukul 6.30 petang, buka tudung, tanggal stokin terus bergelut masak untuk makan malam. Saya kena siapkan makan malam sebelum maghrib. Kalau tunggu selepas maghrib macam dulu nanti anak-anak tak sempat makan malam, diorang keletihan. Lepas maghrib je saya bagi diorang makan dulu, kalau tak diorang tertidur. Jadi, walau letih macamana sekalipun, saya kena siapkan masak sebelum mahgrib.. Terharu baca whatsapp ni, tentang pengorbanan seorang isteri,..rasa diri dihargai pun ada, saya nak sharekan di sini.. " Kalau isteri sakitkan hati suami, tandanya derhaka pada suami, tapi bagaimana jika sumai sakitkan hati isteri?" Jawapan ustaz: " Berdosa jugalah, cuma tidak ada istilah suami derhaka pada isteri, tapi suami akan ditanda oleh Malaikat sebagai derhaka pada Allah SWT." Kerana isteri rezekimu bertambah. Kerana isrteri lahirlah zuriatmu. Kerana isteri makan pakaimu terjaga. Kerana isteri tenang hatimu. Kerana isteri, lembut pandangan matamu. Kerana isteri adalah satunya manusia yang boleh melihat cacat-celamu yang tersembunyi dari pandangan matamu dan asih menerimamu seadanya. Janganlah sakiti hati mereka, ingatlah setiap pengorbanan mereka, walau kecil di matamu, besar bagi dirinya. Setiap peluh yang menitik, yang dikerjakan untuk keluarganya, setiap airmata yang menitis untuk anak-anak dan suaminya, dia adalah yang terbaik buat anda wahai yang bergelar suami. Renungan sepintas lalu... Mengapa wanita sering menangis? Jawab ALLAH: Kerana wanita itu unik. Aku ciptakan dia sebagai makhluk istimewa. KU kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya. KU kuatkan hatinya untuk memberi rasa aman. KU kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia. KU teguhkan peribadinya untuk terrus berjuang saat yang lain menyerah. Ku beri dia naluri untuk tetap menyayangi, walau dikhianati, walau disakiti Wanita makhluk kuat. Tapi jika suatu saat dia menangis itu kerana Ku beri dia airmata\untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru. Saya taklah sehebat yang digambarkan dalam nukilan di atas, tapi terasa macam dialirkan semangat baru bila membacanya. Saya tak tahu siapa penulisnya, saya hargai sangat-sangat, dan saya rasa dia juga amat menghargai kita sebagai wanita...jadi buat para wanita semua..letaklah diri kita sesuai dengan fitrah diri kita, jangan sampai maruah dan martabat kita jatuh dihina. |
Pages
▼
Terasa diri dihargai.dan knor tk komplen psl suami..redha,terima seadanya.
ReplyDeletekadang terlepas dalam gurau-gurau, he he
DeleteKlu ada pun knor akn mengomel dlm hati..dn akn ckp dgn suami pd msa yg sesuai
ReplyDeletejgn bgitu jgn begini..tpi bkn dpn anak2..
Rutin kakak juga sebaik sampai rumah terus ke dapur. Tapi sebab ada yg membantu kakak masak saja. Cuci-cuci Mak Zah yg tolong. Kami makan sebelum maghrib sebab selepas maghrib budak-budak mengaji dah berduyun dtg. Kalau masak dah lewat kena masak lebih dan makan dgn mereka semua... ala lauk kakak ala kadar aje Azie janji ada sayur dan lauk 2 jenis sudah..
ReplyDeleteMoga kita mampu menggalas tanggungjawab sebaik yg boleh..
nampaknya ramai yang macam saya. Tapi kalau ada yg tolong poton2 dan cuci mcm mak zah tu, itupun dah cukup membantu meringankan beban kan kzakie.
DeleteIn shaa allah, aminnnn.
rasa tak cukup berkhidmat pula NA
ReplyDeleteanak dah 3 BP, dah cukup berkhidmat tu ..:)
ReplyDeleteSyukur jadi wanita terutama yg telah bergelar isteri. Kpd suami d luar sana hargailah isteri anda
ReplyDelete