Hari jumaat memang meletihkan di tempat kerjaku. Kenapa? Sebàb pelajar transit akan balik awal dari sekolah rendah. Kalau hari lain pukul 1.30 tengahari baru sampai, hari jumaat pukul 12.30 diorang dah balik. Aku yang baru habis bergelut dengan pelajar tadika kenalah bersiap sedia untuk 'berkhidmat' kepada diorang plak...." ustazah, ayah saya dah hantar beg saya ke belum, ustazah...mana tuala saya? semalam saya sangkut kat sini, ustazah...ada orang sorok quran saya, ustazah...nak makan....dan seribu satu macam cerita lagi. Letih..letih, tambah lagi hari jumaat selalunya saya sorang je yang tunggu kat bahagian bawah. Tunggu pelajar balik, tengok diorang mandi, makan, solat, mengaji, walaupun taklah ramai sangat pelajarnya, tapi tetap penat sebab kena buat sorang-sorang. Habis semua tu, pukul 3 petang siap sedia untuk kelas KAFA plak. Bukan mengeluh, cuma nak cerita jer.
Semalam sampai rumah dah pukul 7.10 petang. Penat sesangat. Ingat nak masak lepas maghrib.
Kesian plak dengan Muhammad Hilman.." Ibu, lapar, tadi kat sekolah agama makan hotdog je."
Alhamdulillah..sebelum keluar kerja memang beringat turunkan ikan atau ayam ke freezer bawah, jadi taklah lama nak tunggu, tambah lagi tengah ABC..jadi tepat jam 8. 10 makan malam dah terhidang.
Lepas makan, kelopak mata pun dah takleh nak buka. Pengsan atas sofa. Pinggan mangkuk penuh dalam sinki. " Biarlah..esok jelah.."
Bangun pagi, wahhhhh...sinki dah kosong, Nadhrah Hannani kesian kat ibu. Hmmmmm.....lain kali ibu nak buat pengsan lagilah. ( hari jumaat je rasanya dia boleh tolong, hari lain, dia dulu yang pengsan lepas maghrib )
Alhamdulillah sebuah pengertian seorang anak memang mampu buat ibu senyum panjang. Letih dan lesu sebaik melihat semua bersih terus jadi segar-bugar.
ReplyDeleteSeminggu sekali aje ibu 'pengsan' tak apalah kan Nadhrah:)
Anak dara saya tak pandai sangat nolong kat dapur, salah mak dia kot..asyik rasa kesian je nak nyuruh..
Deletetapi sesekali dia nak nolong tu besar rasa hati..:)
Bagusnya nadhrah...
ReplyDeleteAlhamdulillah..
Deleteahahaha...nasib baik ada di Nadhrah tu....rajin orgnya..memahami :-)
ReplyDeletesesekali dia nak nolong jm, takleh harap selalu sebab memanjang banyak homeworknya.
Delete