" saya tinggal di Makkah selama tiga tahun lamanya dan adalah seorang lelaki ahli Makkah yang selalu datang ke Baitul Haram setiap waktu zohor dan dia bertawaf di kaabah dan solat, kemudian dia memberi slam kepada saya dan terus pulang sehingga saya kenal baik dengan dia dan saya pun dia pun kenal baik dengan saya.
Pada suatu hari dia menderita sakit dan memanggil saya serta berkata, kalau saya meninggal dunia, mandikanlah saya, sembahyangkalah saya dan kebumikanlah serta jangan engkau tinggalkan saya sendirian di dalam kubur pada waktu-waktu malam. Bermalamlah di dekat kubur saya serta ajarkanlah saya kalimah tauhid ketika mulai ada pertanyaan Mungkar Nakir.
Tatka akau kerjakankan apa-apa yang diperintahkan dan aku bermalam di kuburnya sedang aku dalam keadaan tidur dan jaga tiba-tiba aku mendengar suara..Hai Sufyan Ats sauri, tidak perlulah bagi mayat ini engkau jaga dan engkau ajar tauhid.
Maka aku bertanya: " Mengapa demikian?"
Suara itu menjawab.." Sebab dia telah berpuasa di bulan Ramadhan dan kemudian berpuasa pula enam hari di bulan syawal sesudah ramadhan."
Aku terbangun dan tiada siapa pun di situ, aku terus ambil wudhuk dan tidur semula. Aku bermimpi seperti itu sampai tiga kali, fahamlah aku bahawa mimpi itu dari Allah Yang Maha Rahman dan bukan dari syaitan terkutuk. Aku terus pulang dari kuburnya sambil berdoa..
Ya Allah kurniakanlah aku pertolongan untuk mengerjakan puasa bulan ramadhan dan mengikut sertakannya dengan enam hari pada bulan syawal.
Seorang wali Allah, Abdul Wahab pula berkata:
Rahsia di dalam perintah puasa pada enam hari iniialah kerana sesungguhnya nafsu itu mungkin kemahuannya telah menemukan sasaran syahwatnya di hari raya, sehingga telah terjadilah kelengahan dan tertutup hatinya, enam hari puasa itu seakan-akan penebusnya terhadap apa-apa yang kurang dalam pelaksanaannya dan cela-cela ( yakni meninggalkan perkara sunat ) di dala puasa.
Cara puasa enam hari.
Seeloknya dibuat berturut-turut. Kata ulama " Yang lebih utama puasanya enam hari itu berturut-turut tidak berpisah, kerana berturut-turut itu lebih mendekatkan terangnya hati daripada berpisah-pisah.
Dengan melakukan berturut-turut juga lebih mendekatkan rasa seakan-akan masih di bulan ramadhan. Namun tidak ada salahnya jika tidak dapat melakukan berturut-turut. Ada juga yang nak sertakan puasa enam dengan puasa qadha yang wajib, jadi kena niatkan yang wajib dahulu seperti ini.." sahaja aku puasa qadha ramadhan wajib ke atasku berserta puasa sunat enam syawal kerana Allah"
Mudah-mudahan ada manfaatnya. In shaa Allah.
ihsan google |
Insya-Allah kalau tak ada halangan esok kakak last utk 6 hari berturut tu Azie.
ReplyDeleteMoga kita semua diberi kekuatan iman selagi hayat di badan..
saya belum dapat mula, first week biasala beraya, minggu kedua ABC la plak..
ReplyDeleteJm pun belum start lg in sha allah selepas Allah bg cuti :-)
ReplyDelete