Asam Garam Kehidupan: Dari kekasih agung.

Pages

4 Sept 2014

Dari kekasih agung.

Aku berpesan kepadamu:


  1. Banyakkan berselawat kepadaku, dari mengingati manusia.
  2. Banyakkan mengingati akhirat dari cinta dunia.
  3. Banyakkan mengingati kejahatan dirimu dari pada hal orang lain.
  4. banyakkan ingat akan mati daripada lalai dengan dunia.
Tersebut di dalam hadis Qudsi sabda Rasulullah yang bermaksud " ENAM perkara dari Aku, ENAM perkara dari engkau "

  1. Syurga dariKu, taat atas taatmu.
  2. Ketuhanan dariKu, kehambaan daripadamu.
  3. Perkenan hajat dariKu, atas permintaan daripada kamu.
  4. Bala dariKu, sabar atasmu.
  5. Rezeki dariKu, syukur daripadamu.
  6. Keampunan dariKu, taubat daripadamu.

"wahai Tuan yang begitu mulia, tinggi darjatmu di sisiNya, kami yang kerdil ini, moga dikau sudi pandang, sudi juga Tuan syafaatkan kami di sana nanti, hari di mana ibubapa tidak lagi mampu membela kami, mahupun amal ibadah kami belum tentu menjamin keselamatan kami".

2 comments:

  1. marilah kita sama2 laksanakan seperti mana yg di pesan oleh kekasih agung kita itu..JM ada juga buat pesanan tu tetapi kekadang lalai :(

    ReplyDelete
  2. biasa la tu, sebab tu kita kena saling mengingatkan.

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign