Asam Garam Kehidupan: Inilah pendinding api neraka.

Pages

5 Nov 2014

Inilah pendinding api neraka.

Diriwayatkan seorang pemuda yang sedang bermusafir telah sampai ke kota Madinah dalam keadaan lapar yang amat sangat. Dia mengambil keputusan untuk berhenti di sebuah rumah, kalau-kalau di situ ada rezeki untuknya.

Dengan penuh harapan dia mengetuk pintu sebuah rumah. Sebaik saja terkuak, keluarlah Rasulullah menjawab salamnya. Rupanya itu rumah Rasulullah SAW. Baginda lantas bertanyakan hajat pemuda itu. Apabila Baginda mengetahuinya, Baginda terus masuk ke dalam dan mengambil dua keping roti. Sesudah menerima pemberian Rasulullah itu, pemuda itu terus berlalu.

Siti Aisyah yang memerhatikan kejadian itu merasa hairan kerana lazimnya Baginda melayan tetamunya dan menjemputnya masuk ke rumah, tapi kali ini pemuda itu hanya dilayan di luar. Siti Aisyah memberanikan diri bertanya, " Ya Rasulullah, mengapakah engkau tidak menjemput tetamu itu masuk?"

Baginda lantas menjawab, " Aku dikhabarkan oleh Jibril bahawa pemuda itu termasuk ahli neraka, jadi dia melarang aku menjemput pemuda itu masuk."

Berbalik kepada pemuda itu tadi, setelah mendapat roti pemberian Rasulullah, dia terus menyambung perjalanannya. Bekalan itu disimpan separuh. Sedang dia berjalan di padang pasir yang kering kontang, tiba-tiba dia mendengar tangisan kanak-kanak. Dia mencari punca tangisan itu dan akhirnya bertemulah dia dengan seorang ibu bersama anaknya yang tidak henti-henti menangis.

Melihatkan keadaan yang sangat mengharukan itu, pemuda itu bertanya, " Wahai ibu, mengapakah anak ini menangis?"

" Aku janda yang kematian suami, anakku ini sudah berhari-hari tidak makan dan sekarang aku sedang mencari-cari kalau-kalau ada secebis roti untuk makanannya hari ini."

" Nah, ini ada bekalan roti yang diberikan Rasulullah kepadaku. Aku juga memerlukannya, tapi aku rasa kamu berdua lebih memerlukannya,"

Berita mengenai pemuda tersebut sampai kepada Rasulullah SAW. Baginda gembira sehingga terukir senyuman di bibirnya. Perubahan pada raut wajah Rasulullah disedari oleh Aisyah lalu dia pun bertanya, " Wahai kekasih Allah, apakah telah datang kepadamu perkhabaran dari Allah?"

" Ya Aisyah, sesungguhnya aku diberitahu oleh Jibril bahawa pemuda yang datang ke mari tempohari telah ditukarkan menjadi ahli syurga disebabkan sifat pemurahnya."

Sifat pemurah membawa manusia untuk dekat dengan syurga dan jauh dari neraka. Sebaliknya orang yang kikir atau kedekut akan jauh dari Allah malah tidak akan disenangi sesama manusia. Rasulullah SAW bersabda:

" Orang bodoh yang pemurah itu lebih Allah kasihi daripada orang alim tetapi kikir, dan penyakit yang paling merbahaya ialah kikir. "

Sabda Baginda lagi: " Kemurahan itu adalah daripada kemurahan Allah Taala. Maka bersifat pemurahlah kamu, nescaya Allah bermurah kepadamu. Ketahuilah bahawa Allah Azzawajalla menjadikan sifat pemurah. Lalu Ia menjadikannya dalam bentuk seorang lelaki. Dan dijadikannya kepala orang itu sebatang pokok kayu yang baik. Dahan-dahannya diikatkan dengan dahan Sidratul Muntaha. Sebahagian dahannya dikulaikan ke dunia. Maka barang siapa yang bergantung dengan suatu dahan daripadanya, nescaya dimasukkan orang itu ke syurga. Ketahuilah sifat pemurah itu serengah daripada iman dan iman itu dalam syurga.

Allah menjadikan sifat kikir ( kedekut ) dari kemarahanNya. DijadikanNya kepala kekikiran itu melekat pada pokok zaqum lalu dikulaikan sebahagian dahannya ke dunia. Maka siapa yang bergantung satu dahan daripadanya, nescaya dia dimasukkan ke neraka. Ketahuilah bahawa kikir itu daripada kufur dan kufur itu di dalam neraka."

Marilah kita jadikan sifat pemurah itu pakaian peribadi kita. Mudah-mudahan ia menjadi pendinding dari azab neraka yang maha pedih.

ihsan google.





12 comments:

  1. Betapa Allah itu sangat rohman dan rohim pada hambaNya
    Sedikit memberi banyak ganjaran dan balasannya
    Moga kita pun mampu menjadi pemurah - ala... tak perlu banyak mana pun sekadar apa yg termampu apa salahnya bukan susah sgt pun kan Azie...

    ReplyDelete
  2. Allah Maha Pengasih dan Allah Maha Penyayang, Allah juga Maha Mengampuni dosa hamba-hamba-Nya. Berbuat baik sama ada kpd manusia mahupun binatang pasti akan mendapat ganjaran pahala drp-Nya.

    Pada zaman Bani Israel dahulu, ada seorg pelacur yg menyelamatkan seekor anjing yg dahaga dgn memberi minum kpd anjing tersebut. Kesudahannya pelacur itu diampunkan dosa dan dimasukkan ke syurga.

    Bersifat pemurah tidak memerlukan kita menjadi jutawan atau hartawan, tapi sekadar yg terdaya dan sekudrat yg mampu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, setuju..nak bersifat pemurah ni tak perlu tunggu kaya, tapi ada yang kaya menjadi semakin bakhil pula, wal iyazubillah..

      Delete
  3. yelah kite kena ade sifat pemurah ni..

    ReplyDelete
  4. kekadang terfikir, mudahnya seorang yang bakal ahli neraka bertukar menjadi ahli syurga dengan amal yang sedikit sahaja tapi besar ganjarannya di sisi Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikhlas tu yang Allah pandang, mgkn spt Imam Al Ghazali masuk syurga kerana ikhlas biarkan seekor lalat hisap dakwat pennya semasa beliau sedang menulis, bukan kerana hebatnya dia sbg seorang hujjatul islam..

      Delete
  5. Masyaallah......dpd ahli neraka bertukar menjadi ahli syurga hanya kerana sifat pemurahnya....Moga Allah memilih kita untuk tergolong dlm golongan ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin, amin, sama-sama kita beramal dengan ikhlas

      Delete
  6. Moga kita semua tergolong dalam golongan tersebut..

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign