Asam Garam Kehidupan: Nak balik ke tak?

Pages

21 Nov 2014

Nak balik ke tak?

Kami bercadang nak balik ke Kuala Terengganu 24/11 ni. Kakak last SPM 25/11, dah tak sabar-sabar nak honey-moon kat rumah. Kami pun belum jumpa mak sedara yang baru balik dari Makkah aritu. Mana tau kot-kot ada buah tangan dari Makkah untuk kami, air zam-zam ke, buah kurma ke, cukup dah.
Tapi bila dapat gambar wasap dari kawan-kawan situasi banjir kat sana, bimbang pulak nak balik. Buatnya tersangkut tengah banjir, aduhaiii.  Mak sedara bagitau kat phone pagi tadi di Dungun pun banjir. Gambar wasap yang kawan kirim tu kat Gong Badak, yang jalan runtuh tu kat Batu Rakit. Memang tak melibatkan bandar Kuala Terengganu, tapi tetap bimbang juga. Lagipun kat sana bila musim hujan cenggini hujannya tak berenti, 'hujang bbegheek' kata orang Terengganu, kesian kzakie tak faham, ha ha ha..maksudnya hujan tak sudah-sudah, hujannya kadang tu tak lebat sangat tapi berpanjangan satu hari. Cuacanya sentiasa mendung. Kalau di Selangor ni, hujan-hujan pun still ada matahari sebelah pagi, hujannya terus lebat dan ada berentinya. Tapi kat Selangor selalu ada banjir kilat terutama kat kajang.
Mungkin kakak kena balik naik bas kot. Barang-barang tinggalkan kat rumah tokma dulu. Bawak balik baju-baju je dulu.
Alhamdulillah Ya Allah..apapun ketentuanMu itulah yang terbaik buat kami, kerana Engkau Maha Mengetahui...

14 comments:

  1. Salam..eh kak orang Ganu kerr..kiter ganu gok..Marangggggg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, laaaa..Ciksiti ganu gok, pah ni kite kecek teganu biar orang laing pakak dok pahang deh..ha ha ha

      Delete
    2. Kak AZie..jgn..jgn cakap ganu!!!!

      Delete
    3. Nok cakak gok, ha ha jm dok pahang

      Delete
    4. hehehe balik ganung molep tuuu jangan wak lari di boh plopp

      Delete
  2. jgn kata kak Zakie, JM pun x pehe bbgheheek tu....ahahaha...festime dgr..kalau mcm tu tak perlu lah balik akak..hujan mmg x menentu skrg ni...dh nama pun musim tengkujuh kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena belajar jm, mana tau jodoh dgn org teganu ke, he he.
      Harini sebenarnya kitorang otw balik teganu ni, tolong doakan ye jm moga tak banjir

      Delete
    2. Dah otw ke kak...pesan sama 'BOS' hati-hati emandu ye..in sHa Allah...semoga selamat pergi dan balik. Allah sentiasa bersama kita aminnnn

      Delete
  3. Replies
    1. Ye farah, cuma sari dua ni elok plak tk hujan-

      Delete
  4. tggu banjir surutlh gamaknya.. kesian kakak tu... nk berhoneymoon blum lgi kut..
    ujian bginilh bila hujung thn.. tpi rasanya lbih dashyat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakak dok merengek minta ibu abah balik, kesian plak, ni nmpk elok cuaca kami gagahkan juga balik, mudah2an tk pa2, doakan ye knor

      Delete
  5. Assalamualaikum sis..salam perkenalan..sy masih baru dalam dunia blog ni..jemput singgah ke blog sy yg masih lg baby..smoga semuanya selamat sis..risau jugk bila tngk gmbr2 yg sis post tu..
    naniarshad.blogspot.com













    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah nnt akk dtg yea, trmkasih follow akk:-)
      Akk pun nk kata lama pun tk juga, kalau nani rajin bw dan tegur kt blog kengkawan, in shaa Allah cepat dpt kawan, pastu rajin buat segmen join segmen, jgn tiru akk ni malas, he he.
      Ni akk otw balik jugak nampaknya.

      Delete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign