Asam Garam Kehidupan: INGATLAH JASA MEREKA.

Pages

30 Dec 2014

INGATLAH JASA MEREKA.

Kalau engkau menghadap hidangan
Fikirkanlah berapa ramai orang yang terlibat
Membuat jasa kepada engkau
Nasi jasa petani, ikan jasa nelayan
Sedangkan mereka kais pagi makan pagi
Kais petang makan petang
Ada makanan dari jasa-jasa buruh kilang
Mereka miskin dan papa dari kita.
Tika mengenakan pakaian
Ingatlah berapa ramai pula yng terlibat menyediakannya
Sedangkan gaji mereka tidak seberapa
Tika menaiki kenderaan mewah milikmu
Ingatlah berapa ramai buruh kasar yang menyiapkannya.
Padahal mereka tidak pernah menaikinya
Begitulah setiap kali makan, berpakaian, berkenderaan
Renunglah sejenak memikirkan
Moga engkau sedar dan insaf
Berapa ramai orang yang telah berjasa  kepada engkau
Mudah-mudahan engkau akan bertimbang rasa kepada mereka.
Engkau akan belas kasihan kepada mereka yang miskin papa.

~~Almarhum mursyid saya akan hadiahkan fatihah setiap kali makan untuk para petani, kerana katanya tanpa jasa petani susahlah untuk makan~~

4 comments:

  1. Tak ramai yg ingat itu semua Azie..
    Kakak pun bila baca baru terfikir walau sebenarnya memang tahu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kehidupan kita nj saling berkait kan kak, oleh itu sikaya tak sah menyombong diri bila semuanya boleh dibeli dgn duit, bila aada rasa saling memerlukan barulah harmoni kehidupan.

      Delete
  2. selalu ingat, selalu jdi modal cerita kt anak2.. tu sbb sntiasa bersederhana dlm segala hal...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..satu pendekatan yg sgt bagus utk anak-anak sentiasa ada rasa berterimakasih pada yg berjasa kan knor :)

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign