Tersebut kisah di zaman nabi Musa seorang lelaki yag telah lama berkahwin tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Lalu terlintas di hatinya untuk bernazar....sekiranya dikurniakan anak dia akan minum air kencing anjing hitam. Maka nak dijadikan cerita isteri lelaki itu mengandung, dan genap sembilan bulan, mereka pun mendapat sorang cahaya mata....
Susah sungguh hati lelaki tadi. Tak tergamak hatinya untuk melakukan
nazar tersebut. Air kencing anjing hitam...oh...jijiknya, hinanya...terdetik penyesalan di hatinya, tapi apa kan daya...
Syariat di zaman nabi Musa berbeza dengan syariat di zaman nabi Muhammad. Di zaman nabi Musa, nazar yang haram tetap wajib dilaksanakan, tetapi di zaman nabi Muhammad nazar yang haram tidak wajib dilaksanakan, cuma dikenakan denda atau dam sahaja.
Dengan susah hati lelaki tadi pergi menemui nabi Musa dan menceritakan masalahnya. Apa agaknya penyelesaiannya...alangkah terkejutnya lelaki itu apabila disuruh menadah air hujan dari cucuran atap rumah orang yang meninggalkan solat dan meminumnya!!! Nabi Musa mengatakan air itu lebih hina dari air kencing anjing hitam. Dengan perasaan yang lega lelaki itu melakukannya.
Jadi, itulah...tengok betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sehingga dikatakan air hujan yang menyucur dari atap rumahnya lebih hina dari air kencing anjing hitam, jadi bayangkan air tangan seorang ibu atau isteri yang yang saban hari menyediakan hidangan untuk keluarganya....
ngeri membayangkannya..kalau macam tu lagi jijik dari anjing kan..aduh..mohon kita dijauhkan dari lalai bersolat...sedang anjing itu jg makhlukNya
ReplyDelete1. usahlan bernazar ke atas sesuatu yg x mampu kita lakukan
ReplyDelete2. Solat itu amat berat bagi org yg tidak beriman, Sedih kerana masih ramai org melayu yang mengaku beragama Islam meniggallkan solat tanpa rasa bersalah. JM ke pasar hari bersebelahan masjid, hari jumaat ada beberapa lelaki tanpa segan silu tak pergi solat. Pastu 10 min lagi nak azam maghrib masih ada lagi parent bawak anak2 ke pasar malam bukan ke masjid