Asam Garam Kehidupan: Merokok itu bagus! Boleh mendatangkan ilham dan idea..katanya..

Pages

6 Jan 2015

Merokok itu bagus! Boleh mendatangkan ilham dan idea..katanya..

Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang membaca blog ini sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Saya doakan anda kaya dan berjaya.

Bertemu Sahabat Lama
Baru baru ini, saya berjumpa dengan beberapa sahabat lama saya. Mereka semua kawan saya di sekolah rendah dahulu.

Semasa bersembang di kedai makan, kawan saya A menyalakan lighter beliau. Beliau duduk disebelah kiri saya.

Saya rasa beliau tahu kot saya tak suka bau asap rokok.

So, beliau pun pegang rokok dengan tangan kiri agar ia jauh daripada saya.
Ada sikit sikit angin yang datang ke saya, saya terbau jugalah asap rokok tu sikit.
Saya cover la sikit sikit hidung saya dengan tangan. Tak nak sedut asap tu.

Pendek kata, ok la.. Ada angin yang menolak asap tu menjauhi saya.



Asap rokok yang dilepaskan boleh membahayakan kesihatan orang lain.

Tidak lama selepas itu, rakan disebelah kanan saya pula yang hisap rokok.
Fuh....kali ni saya agak tersentap. Sebabnya, asap rokok datang ke arah saya.


"Ko ni Z, bila nak berhenti merokok?"

Hehe... Terus kami semeja semua bercakap pasal rokok.
Kata mereka yang merokok, bukan mereka tak nak berhenti tetapi dah jadi ketagihan. Tak leh nak berhenti.

Selepas itu, seorang lagi sahabat saya menceritakan pengalaman beliau memberi tazkirah kepada bapa saudaranya yang merokok.

"Rokok ni haram.. Bla bla bla....."

Semua dalil dikeluarkannya kepada bapa saudaranya. Tapi, bapa saudaranya berhujah merokok ni bagus sebab boleh bagi idea dan ilham ketika nak buat kerja.

Bila merokok, idea yang mantap akan datang.

Pendek kata, merokok satu amalan yang bagus dan perlu diteruskan.

Tiba tiba, ayah kawan saya ni terdengar perbincangan mereka.


Terus dia sound, "Kalaulah hang kata merokok ni bagus, la ni tok sah cakap banyak. Hang suruh anak hang yang kecil tu hisap rokok. Bagi kat dia. Baru otak dia jadi bagus. Baru idea dia datang banyak. Kalau merokok tu bagus, tolong galakkan anak hang hisap rokok."

Perghhh......

Satu hujah yang sangat power dan dah tak boleh nak dilawan lagi. Tersenyap mereka yang mempertahankan hujah merokok tu bagus.

Kesian kan... Bagi saya.... Kesian mereka yang merokok.

Allah bagi rezeki kemudian pi bakar. Then berdoa kat Allah minta murahkan rezeki. Allah pun malas nak bagi rezeki kat orang macam ni yang tak tahu nak menghargai rezeki yang Allah bagi.
Tak tahu nak bersyukur.

Sanggup beli rokok sehari RM13. Tetapi rasa takut nak menderma bila masuk ke dalam masjid. Seminggu derma RM1. Itu pun bila tabung Jumaat lalu masa solat Jumaat. Itu pun kalau tak tidur. Kalau tak,'selamat' duit tak menderma.

Agak agaklah kan... Allah nak bagi rezeki banyak tak kat orang macam ni?

Cakap kat orang sebelah, "Memang tak lah kan !!!!!"

Kepada rerakan yang membaca entri ini, jika anda merokok dan merasakan ia bagus. Jangan bertangguh lagi, sila galakkan anak anda hisap rokok.

Jika anda rasa ia tindakan yang bodoh, cadangan saya berazam lah untuk berhenti merokok.

Ingat yer, merokok itu HARAM.

Semoga apa yang saya kongsikan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk berhenti hisap rokok.


Wassalam


Copy paste je tau, tengah belajar kat blog HH tentang teknik SEO tu, so taknak peningkan kepala..hi hi

9 comments:

  1. woahhhh ini dah masuk ilmu SEO ni buat title pun sensasi gitu hihi..berusaha kak!

    ReplyDelete
  2. Samalah dgn akak, cukup pantang dengan asap rokok..

    ReplyDelete
  3. Amboi bukan main lagi azam ber SEO ye Azie.
    Bila dah betul-betul masak kena ajar kakak pulak..
    Nasib baik abang tak hisap rokok:)

    ps: lupa lagi nak ws address. aduh!

    ReplyDelete
  4. fatwa dh keluarkn kata hukumnya haram merokok..
    knor ckp sng jer.. babi tu haram sama jer korang merokok dgn mkn babi..
    diam terus...
    sanggup ke mkn babi... tk ada beza pun dgn merokok tu.. sound tepat...

    ReplyDelete
  5. Semoga dapat iktibar..saya tetap hormat orang merokok..dengan doa moga dapat ilham untuk berhenti. Paksa berhenti memborontak tu..tak apa, bersangka baik ya.Terima kasi Allah Engkau jaga Etuza ni hambaMu ini tak merokok. Alhamdulillah...tak apa..kita usah sisihkan mereka..sentiasa bersangka baik.Inshaallah akan baik ya..

    ReplyDelete
  6. Etuza cakap kat atas tu begitu ..sebab kita tak mampu..memaksa, tapi cara berhikmah..lembutkan kata..hormati mereka.

    ReplyDelete
  7. Nasiblah Pak Jilap tak merokok NA...hihi....
    Memang power sungguh statement ayah kawan awak tu NA....... Pokok pangkalnya hati, kalau hati nak berhenti boleh jer tuuu

    ReplyDelete
  8. Bau asap rokok boleh selseme ;(

    ReplyDelete
  9. bab yg kata merokok tu beri iade tu JM setuju sbb ada kawan di opis ni bila dia buntu x boleh teruskanan kerja dia stop pegi merokok sekejap after 5min dia datang idea datang mencurah2..itulah.susah sbenanya semua dari dalam diri antara nak dan tak nk tu org lain x boleh paksa

    Ye..merokok itu HARAM tapi still org tetap 'mkn; tapi bila cakap cadburry tu x halal semua org melenting..hurmm...x leh komen byk2

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign