Asam Garam Kehidupan: April 2015

Pages

30 Apr 2015

Ke mana lepas ni?


Hari ni khamis, esok jumaat cuti 1 Mei..yey...cuti 4 hari tu, sampai hari isnin. Ramailah yang plan nak bercuti ke mana- mana tu, balik kampung ke, ofkosla kan, biar plan betul-betul ye..kang lari sebulan bajet, naya..

Hari ni last kakak keje kat sini, keje kat tadika bersama ibu. Kakak assisten tecer kat sini, tugasnya sambut budak, masak, keje-keje admin kat pejabat. Uishhh...bole la dah masak lauk-lauk simple cam sup, kurma ayam, asam rebus, jadilah. Jadilah, dari tak pandai lansung. Hari-hari kena beduk, kena leter dengan ibu, sabo jelah ye kakak, ibu ni memang cengil.

Ada dapat tawaran sambung matrik di Penang, aduhaiiii....jauh gak tu. Kalau jadi pegi, In shaa Allah 24 Mei bertolakla kitorang. Tapi dia tak berminat nak sambung matrik sebenarnya. Kalau tunggu UPU lambatla sikit. Abah suruh pegi tu, hrmmmm...saya as mak ni, tak berani nak cakap banyak, sebab tak sompek masuk U pun, he he..

Sompek kau hapdet entri maso ni yo, curi tulang apo? Eh, idok le, menyambil ni ha, sambil print kojo sekolah bebudak ni ha..



28 Apr 2015

7 keturunan baru habis..ha ha


Ni cerita sebelah abah. Arwah tokki ( atok ) Cina masuk Islam.Nama asalnya Lam Koi, tapi saya tak tau nama penuhnya. Arwah tok pulak keturunan Cina Yunnan. Jadi kami ni dah generasi ketiga ataupun sepupu-sepapat pun masih kuat trade mark mata sepet kulit putih. Kalau yang ikut arwah tok kulitnya putih melepak bak telur dikupas, tapi yang ikut arwah tokki putih cina dah campur melayu lah.

Ceritanya kami sepupu-sepapat ni dah terpisah lama. Cam saya dengan sorang sepupu ni memang tak pernah jumpa sejak lahir hinggalah sekarang, dah 40 tahun. Kami terpisah sebab adik-beradik abah saya masing- masing merantau, ada yang di Pahang, di Kelantan ikut suami, di Johor, jadi terputus hubungan cam tu jer.

Alhamdulillah dengan aplikasi  whatsapp baru dalam dua minggu ni kami terkumpul. Sampai jenuhla saya mendelete massage yang kadang tu sampai dekat 200 semalam. Saya memang tak layan wasap memalam..letak silent mode, kalo tak, tak lenalah saya. Pagi tengok tu diaa, sampai lenguh tangan mendelete. Diorang rakam voice note lah, berwasap dalam dialek kelantan, pahang yang saya tak faham.

Cadangnya 30/31 Mei nanti nak berkumpul di Jerantut, Pahang..family gathering gitew...nak jumpa sebab ramai yang tak pernah jumpa. Yang tak sangka ada sorang sepupu saya ( yang pakai cermin mata dengan anak perempuan dia kat bawah ni )  rupanya duduk kat Semenyih juga. Masya Allah, entah pernah berselisih kat mana- mana, cuma tak kenal je.
Sabtu lepas saya buat makan- makan. Jemput sepupu saya kat Semenyih tu. Puasla juga nyembang, al maklum tak pernah jumpa.

Kat bawah tu gambar sepupu-sepupu saya, tapi takdelah semuanya, jenuh nak sumbat semua kat sini. Cer kengkawan peratikan mata kitorang..hi hi.
Norbaiti
Wan Suzailah.
Ni baru tau duduk kat Semenyih juga. Ilham Juhada.
Wan Norhazyan..bujang lagi.
Ada rupa Felixia Yip tak? Cik su Wawa..bujang lagi juga
Yang ni..dah terlajak laris daaa..hi hi
Makan-makan dengan sepupu..first time jumpa.
Norani.
Muhd Zaki...kawan bermain masa kecik...baru jumpa
kat Cini kenduri kawen adik dia tahun lepas.

27 Apr 2015

Mari fikirkan kata-kata ini...




google imej
Ramai orang boleh memperkatakan penyakit batin tetapi gagal mengesannya.Lantaran itulah ada orang waktu menceritakan penyakit sombong, pada masa yang sama dia sedang memakai sifat itu...

termasuk akukah ya Allah...bimbang hatiku, kerana aku pun kurang ilmu..mohon pimpinanMu selalu....


Sesuatu perkara atau benda yang kita suka, sangat sukar untuk kita tadbir dan mengurusnya. Biasanya selalu saja kita melakukan kesalahan di dalam mengurusnya..

Hrmmmm...gembira, best, seronok sebab naik pangkat..tapi ia juga datang dengan tanggungjawab yang lebih besar...bukan saja di dunia dipertanggungjawabkan...malah di akhirat akan dipersoalkan..oh ya Allah........

25 Apr 2015

Nikmatnya ada SUAMI...




Image result for gambar kartun suami istri muslim
google imej

TERIMA KASIH ALLAH ATAS KURNIAAN MU MEMBERI PINJAM NIKMAT SUAMI

Jom belajar berterima kasih kepada insan bergelar suami...

6 ALASAN, MENGAPA REDHA SUAMI ADALAH SYURGA BAGI PARA ISTERI

1. Suamimu dibesarkan oleh ibu yang mencintainya seumur hidup. Namun ketika dewasa, dia memilih mencintaimu yang bahkan belum tentu kamu mencintainya seumur hidupmu, bahkan seringkali rasa cintanya padamu lebih besar daripada rasa cintanya kepada ibunya sendiri.

2. Suamimu dibesarkan sebagai lelaki yang ditanggung nafkahnya oleh ayah-ibunya hingga dia dewasa. Namun sebelum dia mampu membalasnya, dia telah bertekad menanggung nafkahmu, perempuan asing yang baru saja dikenalnya dan hanya terikat dengan akad nikah tanpa ikatan rahim seperti ayah-ibunya.

3.Suamimu redha menghabiskan waktunya untuk mencukupkan keperluan engkau dan anak-anakmu. Padahal dia tahu, di sisi Allah, engkau harus dihormati tiga kali lebih besar oleh anak-anakmu berbanding dirinya. Namun tidak pernah sekalipun dia merasa cemburu, disebabkan dia mencintaimu dan berharap engkau memang mendapatkan yang terbaik daripadanya di sisi Allah.

4.Suamimu berusaha menutupi masalahnya dihadapanmu dan berusaha menyelesaikan sendiri. Sedang engkau terbiasa mengadukan masalahmu padanya dengan harapan suamimu mampu memberi solusi, padahal boleh saja pada ketika itu, dia sedang memiliki masalah yang lebih besar. Namun dia tetap mengutamakan masalahmu berbanding masalah yang dihadapinya sendiri.

5.Suamimu berusaha memahami bahasa diam mu, bahasa tangisanmu. Seddangkan engkau kadangkala hanya mampu memahami bahasa verbalnya saja. Itupun apabila dia mengulanginya berkali-kali.

6.Apabila engkau melakukan maksiat, maka dia ikut diseret ke neraka, kerana dia bertanggung jawab terhadap maksiatmu. Namun apabila dia bermaksiat, kamu tidak akan pernah diheret ke neraka. Kerana apa yang dilakukannya adalah hal-hal yang dipertanggungjawabkan ke atas dirinya sendiri.

Lapan pintu surga terbuka bagimu dan engkau boleh masuk dari mana-mana pintu yang disukai. Cukup dengan mendapat "Redha" daripada suamimu, sedangkan suamimu tidak mendapat kemuliaan seperti itu, kerana itu taat dan bersabarlah terhadapnya.

(Habib Amri hafizahullah)

22 Apr 2015

7 Perempuan bertanya, seorang lelaki menjawab.

Image result for gambar kartun 7 perempuan dan seorang lelaki
google imej


Sekumpulan wanita sedang berhimpun berbincang tentang pelbagai permasalahan. Secara tanpa disedari, timbul persoalan dari setiap wanita itu mengenai kekurangan pada wanita yang dirasakan sukar dan tidak adil. Setiap dari seorang mereka menyuarakan persoalan masing-masing.

Keluhan wanita pertama:
“Aduh, situ tutup, sini tutup, semua nak kena tutup. Susah la camni. Apasal laki-laki mudah saja? Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya kiri kanan atas bawah depan belakang.”

Keluhan wanita kedua:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami pulak? Padahal suami nak keluar ke mana-mana pun, tak bagitau kami takpe pulak.”

Keluhan wanita ketiga:
“Jika kita ikut faraid (pembahagian harta pusaka mengikut Islam), ikut surah al-Nisa dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sikit rasanya berbanding harta yang anak lelaki dapat. Itukah keadilan?”

Keluhan wanita keempat:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak? Suami kita senang saja, masa buat anak cari kita. Masa nak beranak, kita yang tanggung sendiri!”

Keluhan wanita kelima:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami kita, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan wanita keenam:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak boleh ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan wanita ketujuh:
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat kita perempuan ni suka ke tak solat dan puasa? Dahlah lepas tu kena ganti pulak.”

Kemudian datanglah seorang lelaki kepada mereka lalu ditanya, mengapa mereka mengomel tentang kejadian wanita dan kekurangan-kekurangan tersebut. Setelah disoal dengan soalan-soalan di atas, lelaki itu lantas memandang setiap wanita itu sambil tersenyum, seraya menjawab setiap satu daripadanya.

Pada wanita pertama, lelaki itu menjawab:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang paling aman dan terbaik, kan? Emas dan permata pun tak sanggup kita nak letak terdedah di tepi laluan lalu lalang, sebaliknya kita simpan di rumah atau dalam peti selamat kan? Jika anda letakkan perhiasan tadi di kalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut, tapi anda? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan!! Mahalnya harga anda untuk seorang lelaki.”

Pada wanita kedua, lelaki itu menjawab:
“Memang, isteri perlu taat pada suami. Tapi, bagaimana pula lelaki? Seorang suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri pula tidak perlu lagi. Taatnya hanya pada suami. Kenapa anda perlu taat pada suami? Kerana suami andalah yang menanggung SEMUA dosa yang anda lakukan.”

Pada wanita ketiga, lelaki itu menjawab:
“Benar wanita menerima warisan pusaka sedikit berbanding lelaki, tetapi harta itu menjadi hak mutlak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Tak perlu dikongsi dengan sesiapa walaupun suami. Lelaki pula, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasalah dia.”

Pada wanita keempat, lelaki itu menjawab:
“Tahniah dan terima kasih kepada wanita kerana dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali anda begitu, anda akan didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat. Subhanallah,beruntungnya anda!! Andaikan anda meninggal pula masa beranak tu, percayalah, itu mati syahid dan ganjarannya syurga!!”

Pada wanita kelima, lelaki itu menjawab:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain di dunia ini akan diminta bertanggungjawab ke atas empat orang wanita. Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu apa maksudnya? Maknanya, anda nanti di akhirat akan dibantu oleh empat lelaki. Siapa mereka? Mereka ialah suami anda, ayah anda, anak lelaki anda dan adik lelaki/abang anda.”

Pada wanita keenam, lelaki itu menjawab:
“Nak beribadat macam lelaki beribadat? Agaknya kenapa Rasulullah SAW lebih suka wanita beribadat di rumah saja berbanding di masjid? Kami lelaki perlu beribadat siang malam untuk mendapat syurga. Anda sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang anda sukai, tanpa perlu susah payah. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula, hanya dengan empat cara. Solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan taat pada suami anda. Itu saja.”

Pada wanita ketujuh, lelaki itu menjawab:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Anda, seorang wanita jika taat akan suaminya, dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka anda akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. Itu janji Allah pada kamu.”

Kemudian lelaki itu bertanya mereka pula:
“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata, “Masya’Allah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

KREDIT: DI SINI

21 Apr 2015

Ibu rindu Umar Zikri dulu-dulu.

Saya rindu Umar Zikri masa dia umur 3 ke 4 tahun dulu, waktu tu dia baru belajar meneroka alam, selalu tanya benda- benda lucu yang buatkan saya tergelak sakan, macam kuda tidur camane, ikan tidur tak, kucing beranak ke bertelur, kenapa upin-ipin tak besar-besar...ataupun dulu saya tanya dia bila dia besar nanti nak jadi apa, dia jawab nak jadi robot, masih buatkan saya tersenyum bila mengenangnya.

Bila masuk umurnya 5 tahun dia dah tak banyak bertanya soalan-soalan lucu, dah masuk umur 6 tahun ni lagilah, suka sangat melukis dan mewarna. Dah takde dah soalan 'cerdik-bodoh' dia tu..
Dah boleh jadi imam solat di tadika, walaupun kat rumah masih manja dan makan pun masih nak bersuap, katanya ibu suap makan sedap.

Cuma maghrib semalam dia tanya satu soalan.
" Ibu, sembahyang dhuha tu sembahyang sunat kan?"
"Haah, kenapa?"
" Yelah sembahyang sunat, tapi bb ( dia membahasaka dirinya ) belum bersunat lagi..."
Saya segera alihkan muka dan menahan gelak..
( catatan kenangan untuk anakandaku Umar Zikri, moga suatu hari nanti dikau dapat membaca catatan kasih ibumu ini..)
lawatan ke Rabbit Fun Land, Semenyih..diberi peluang
memerah susu lembu.

19 Apr 2015

Istighfar si penguli roti.




Image result for gambar orang tengah uli roti
google imag


Semua orang melakukan kesalahan dan kesilapan. Nabi-nabi dan para Rasul sahaja yang maksum dari dosa dan kesalahan. Sebagai manusia biasa, kita akan tersilap dan tersalah. Kita lakukan dosa dan kemungkaran. Memang Allah cipta kita dalam keadaan lemah.

وخلق الانسان ضعيفا

Manusia dicipta dalam keadaan lemah. Allah yang ciptakan manusia begini. Allah Maha Mengetahui sebab apa dicipta manusia begini. Allah tak pernah menzalimi kita. Allah tak bermaksud jahat pada kita. Allah tahu kita lemah. Allah beri jalan keluar, setiap kali bersalah, memohon ampunlah. Setiap kali berdosa, mengakulah, menyesallah, meminta ampun bersungguh-sungguh. Tebus dengan kebaikan-kebaikan.



Sabda Nabi SAW:

كل ابن آدم خطاؤون و خير الخطئيين التوابين

Setiap manusia adalah orang yang melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang bersalah ialah orang-orang yang bertaubat.

Bagaimana kita bersungguh-sungguh menghindar dari dosa, kita tetap akan terjebak juga. Tetapi kasih sayang Allah tetap berlaku. Allah minta kita mengaku salah, mengaku lemah dan kembali kepada-Nya@bertaubat. Lalu nanti kita akan dilayan dengan sebaiknya walhal kita hanyalah pelaku-pelaku kesalahan dan dosa. Maha Baiknya Allah. Allah Taala bukan sahaja menyayangi para kekasih-Nya tetapi juga menyayangi orang-orang yang berdosa, orang-orang yang berdosa lalu bertaubat dan membersihkan dirinya.

إن الله يحب التوابين ويحب المتظاهرين

Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang menyucikan diri.

Kalau begitu, kita kita kena perbanyakan taubat kerana Allah sedang menunggu-nunggu kita kembali kepadaNya. Alangkan Rasul yang maksum beristighfar setiap hari lebih dari 60 kali, betapalah kita yang banyak dosa dan kesalahan.

Mari kita ambil iktibar kisah orang yang sentiasa bertaubat di zaman Imam Ahmad sebagai motivasi dan pendorong untuk istiqamah bertaubat.

Imam Ahmad bin Hanbal dalam perjalanannya menuntut ilmu, akhirnya beliau terpaksa bermalam di sebuah masjid. Malang sekali apabila penjaga masjid menghalang beliau daripada bermalam di situ.

“Ini bukan tempat untuk tidur!” katanya.

Bukan salah penjaga masjid itu yang tidak mengenali Imam Ahmad. Beliau pula tidak memperkenalkan diri. Jika penjaga itu mengenali beliau, pasti dia tidak menghalang Imam Ahmad menumpang tidur. Walaupun beliau memujuk penjaga masjid tersebut untuk dibenarkan tidur untuk hanya beberapa jam, namun tidak berhasil.

Kemudian, Imam Ahmad mengambil keputusan berbaring sahaja berdekatan pintu masjid. Namun, di situ pun si penjaga masjid menghalangnya.

Pada masa itu, seorang pembuat roti menyaksikan peristiwa tersebut. Dia merasa simpati kepada beliau. Lantas, dia mengajak Imam Ahmad yang tidak dikenali itu untuk bermalam sahaja di kedainya. Lelaki ini adalah pengusaha sebuah kedai roti. Setelah menunjukkan Imam Ahmad tempat tidurnya, si pembuat roti meneruskan kerjanya.

Imam Ahmad tidak terus tidur. Dia memerhatikan sesuatu yang menarik pada perlakuan lelaki itu. Setiap gerakan tangannya menguli roti, diiringi istighfar yang tidak henti-henti. Imam Ahmad kagum dengan amalan pembuat roti tersebut. Beliau ingin sangat mengetahui rahsianya.

“Sejak bila engkau beristighfar seperti ini? tanya Imam Ahmad.
“Alhamdulillah tuan, sejak lama dahulu.”
“Adakah engkau mendapat keuntungan dengan sentiasa beristighfar?”
Pantas dia menjawab, “Ya! Setiap hajat & permohonan saya sering dimakbulkan Allah. Cuma ada satu sahaja hajat yg belum dimakbulkan, wahai tuan.”
“Apakah itu?”
“Saya berdoa agar dapat melihat Imam Ahmad bin Hanbal tetapi belum dipertemukan dengannya lagi.”

Terkejut Imam Ahmad mendengar jawapannya itu. Lalu Imam Ahmad berkata, “Wahai saudara. Akulah Imam Ahmad bin Hanbal. Allah telah membawa aku untuk bertemu denganmu.”

Begitulah bukti kelebihan istighfar sehingga Allah merakamkan dalam surah Nuh ayat 10-12. Dalam ayat ini, Allah menceritakan bahawa Nabi Nuh menggalakkan umatnya beristighfar kerana ganjarannya banyak, antaranya:

1-Allah menurunkan hujan lebat yang dapat menyuburkan tanah-tanah mereka, sehingga menghasilkan tanaman & buah-buahan yang mendatangkan kebaikan kepada mereka.

2-Allah akan menganugerahkan kepada mereka harta kekayaan yg banyak & beraneka rupa & ragam.

3-Allah menganugerahkan zuriat yang akan melanjutkan keturunan mereka sehingga mereka tidak pupus.

4-Allah mengalirkan sungai yang berperanan mengairi kebun-kebun mereka, sehingga tanam-tanaman hidup subur & menghijau.

Walaupun wasiat ini berkaitan dengan perutusan Nabi Nuh tetapi sesuai dengan perutusan al-Quran yg manfaatnya bersifat kekal. Lihatlah, walaupun si penguli roti mempunyai hajat yang dia tidak tahu bagaimana untuk mencapainya iaitu bertemu seorang imam besar sedangkan dirinya sibuk dengan perniagaan membekalkan makanan kepada umat Islam, tetapi Allah memakbulkannya, berkat istighfar yg diamalkan. Tanpa meninggalkan urusan fardhu kifayah umat Islam, Allah datangkan Imam Ahmad yang menemuinya. Maha Suci Allah. Memang Allah sangat mencintai orang yang bertaubat… Ya Allah, jadikan kami orang-orang yang sentiasa bertaubat, bertaubat dan bertaubat sehingga kami menemui-Mu. Amin…

KREDIT: DI SINI.

18 Apr 2015

Anak kuda laut dalam ikan bilis.

Larling beli ikan bilis buatan melayu kat Kedah bulan lepas masa dia out station ke sana. Petang ni nak buat cekodok bilis buat juadah minum petang. Dah lama tak makan cekodok panas-panas lawan dengan air teh. Larling saya tu cukupla suka cekodok bilis panas-panas. Sepinggan untuk dia sorang jer. Tengah siang bilis jumpa benda nih.
Kesian anak kuda laut ni. Jadi bilis gak dia.
( Jangan marah haaa...takdak idea punya pasal )

15 Apr 2015

Entah bila nak sambung.

Dah hampir sebulan ni. Entah bila dapat saya siapkan. Dengan kesibukan dalam kelas..dapat curi masa sebelum balik kul 2.30 tu..itupun kalau ada mood, tapi bila dah penat..ermmm..tak kuasa dah nak capai berus, kaler sume tu. Nampaknya kena tunggu cuti sekolah hujung bulan 5 nantilah..kot.

Masalahnya..saya ni hanya suka melukis..tapi tak suka mewarna..itupun salah satu sebab yang melambatkan lagi proses nak siap nih!

...In shaa Allah...kalau ada umur yang panjang yea pn. Aida( my boss ).

14 Apr 2015

Riang gembira kanak-kanak ribena.

Lihatlah aksi comey bebudak ni. Wajah polos, suci, tanpa dosa..riang gembira..tanpa ada rasa duka nestapa..taunya meminta, tanpa tau betapa ibu ayah berjuang untuk hidup dan menghidupkan mereka, mencukupkan keperluan mereka..

Wahai anak..engkau adalah amanah dari Allah untuk kami, supaya kami didik menjadi hamba Allah dan khalifah Allah untuk memakmurkan seluruh alam ini. Sungguh berat tanggungjawab ini sebenarnya..tapi akan kami galas jua hingga ke akhirnya, in shaa allah..

13 Apr 2015

Tak Nak Ibu..


Suami Miskin Mahu 'Suprise' kan Isteri Tapi Yang Dia Dapat .. [Sediakan Tisu Sebelum Baca!]




“Abang, laptop saya kena curi. Habis semua dokumen penting saya dalam tu. Dahlah nak guna minggu ini urgent pula tu.”

Berkerut kening lelaki berumur 35 tahun itu. Meletakkan fonnya. Panggilan tadi dari isterinya. Isterinya yang jarak umur 7 tahun darinya itu sedang menghabiskan penulisan tesisnya di peringkat sarjana di universiti.


Nak tak nak, pasangan itu terpaksa berjauhan. Berjumpa sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Si suami buka gerai makan kecil saja di kampungnya. Kerja sendiri. Oleh kerana isterinya ada degree, dia pula hanya sampai di peringkat diploma, lelaki itu mencadangkan isterinya sambung belajar. Peluang untuk isterinya itu mendapat kerjaya yang lebih baik mungkin lebih cerah. Itu yang terbaik pada hematnya.

“Ibu nak balik?”

Anak tunggal perempuannya yang berumur 5 tahun menyentuh tangannya. Tersentak seketika dari lamunan.

“Tak, ibu sibuk study. Sibuk baca banyak buku. Minggu depan, kita pergi jumpa ibu ya?”

Senyum sambil membelai rambut anaknya itu. Mujurlah anak kecil itu tidak banyak kerenahnya. Seolah-olah memahami ibunya bertungkus lumus berjuang menimba ilmu. Demi masa depan keluarga mereka.

“Mana aku nak cari duit seribu dua dalam masa satu minggu ni? Aduh.”

Kepalanya kusut seketika. Sudahlah jualan di gerainya itu akhir-akhir ini makin perlahan. Lokasi kedai dalam kampung pula tu. Sejak cukai dalam negara dinaikkan, semua barangan naik mendadak harganya. Secara tidak langsung, kos dan modal meningkat. Peniaga kecil sepertinya terbeban. Mundar-mandir sendiri dalam rumah. Sekejap ke kanan, sekejap ke kiri.

“Abah, peninglah tengok pusing-pusing. 
Anaknya mengomel. Mengusik hatinya.

“Abah exercise ni. Nak jadi hensem kenalah bersenam. Nak abah yang hensem tak?”

Dia mencubit manja pipi tembam anaknya. Geram. Comel sangat. Anaknya gelak-gelak sambil melarikan diri dari ayahnya itu.

Dalam kekalutan fikiran, mujurlah Allah anugerahkan si kecil itu menyejukkan hati dan perasaan. Dia melemparkan pandangannya ke halaman rumah. Matanya fokus pada motosikal EX5 miliknya. Hatinya berbisik, jualkan saja. Itu saja caranya untuk dapatkan wang segera. Nak harapkan duit dalam bank, memang tak mencukupi. Beberapa ratus saja yang ada. Nak pinjam dengan orang, segan pula rasanya. Lagipun, masih ada sebuah kereta Kancil untuk berulang-alik.
Lelaki itu membulatkan tekadnya.
Tunai sudah ada dalam tangannya. Tolak saja di kedai cina berhampiran. Mujur masih lekat harga dalam dua ribu. Cukuplah tu untuk beli sebuah laptop baru.

“Kita buat surprise kat ibu, nak? Jom kita gi jumpa ibu hari ini!”

Si kecil itu terlompat-lompat riang bila dengar nak jumpa ibunya. Pagi-pagi lagi, dua beranak itu dah siap-siap. Anaknya senyum saja dengan gaun merah jambunya. Duduk di seat sebelah ayahnya dengan tali keledar kemas dikenakan. Langsung tidak dimaklumkan pada si isteri, mereka akan pergi menemuinya di kampus. Perjalanan dalam empat jam merentasi negeri.

Dalam kereta, si ayah berborak dengan anaknya.

“Kamu nanti, kena jadi rajin macam ibu ya. Ibu pandai. Tak macam abah sekolah pun ponteng-ponteng. Belajar pun sekadar lulus saja.”

Anaknya tengok saja wajah ayahnya yang sedang memandu sambil berceloteh. Senyum dengan bibir mungilnya.

“Abah nak kamu jadi solehah macam Fatimah az-Zahra.”

Anaknya bertanya,

“Siapa tu?”
Ayahnya membalas lembut,

“Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, “Fatimah sebahagian daripadaku, dan barangsiapa yang menimbulkan kemarahannya juga menimbulkan kemarahanku.” Fatimah adalah anak Nabi s.a.w. yang paling bongsu. Nak tahu kenapa Rasulullah s.a.w. sayang sangat padanya? Sebab beliau perjuangkan Islam sebagaimana Rasulullah perjuangkan. Sayang kepada agama lebih dari segalanya. Sayang sekali sama ayahnya.

Pernah ketika Nabi s.a.w. dihina, dimaki hamun, malah diletakkan najis binatang ketika Nabi s.a.w. sedang sujud menyembah Allah SWT, dengan menangis sedih Siti Fatimah membersihkan tubuh Nabi sa.w. daripada kotoran yang ditaburkan oleh kaum Quraisy.”

“Fatimah seorang yang suka belajar. Rajin menuntut ilmu dari ayahandanya. Apa yang ayahnya tak suka, dia benci sama. Apa yang ayahnya suka, dia turut cinta.”

Anaknya tersengih saja melihat ayahnya bercerita. Ayahnya mengerling geli hati melihat telatah anaknya yang sedikit terlopong. Entah faham, entah tidak.

“Sayang abah tak?”

“Sayang sangat!”

Hari sudah petang ketika kereta mini itu tiba di perkarangan asrama universiti. Si suami mendail nombor isterinya. Tanya isterinya di mana. Tanpa maklumkan mereka berdua telah sampai di sana. Isterinya membalas,

“Saya outing hari ini, bang. Pergi perpustakaan universiti. Tak ada di asrama.”

Suaminya itu sedikit hampa. Alang-alang dah datang, tunggu sajalah di garaj kereta. Berhampiran saja dengan asrama isterinya.

Seketika, anaknya melambai-lambai tangannya dari dalam kereta. Dia menjenguk sama.

“Ibu, ibu!”
Anaknya menunjuk-nunjuk jemarinya ke arah seorang wanita yang sedang berdiri di hadapan asrama. Tak lama, tiba sebuah kereta Honda Civic Type-R berhenti betul-betul di sebelah isterinya.

Hatinya mulai berdebar-debar. Keluar seorang lelaki lagaknya seperti orang kerja pejabat. Segak bergaya. Buka pintu untuk isterinya masuk ke dalam kereta. Berlalu dari situ.

Suami tidak tunggu lama. Hidupkan kereta. Follow kereta tadi dari jarak agak jauh supaya tidak disedari. Dia cuba call isterinya. Oh. Fon si isteri telah dimatikan. Menyebabkan debaran jantungnya hampir tergendala.

Kedua-dua kereta itu telah pun sampai ke Genting Highland.

“Library apa di Genting Highland?!” Bentak hatinya yang sedang berkecamuk.

Parking jauh sikit sambil matanya tidak berkelip sikit pun dari mengintai sang isteri. Hatinya masih berharap, ini semua cuma sangkaan buruk hatinya. Mungkin isterinya ada kerja di situ.

Lelaki itu keluar dari kereta. Isterinya juga keluar sama. Si lelaki meraih tangan isterinya. Berpegangan tangan. Seperti pasangan kekasih. Isterinya memaut lengan lelaki, melentokkan kepalanya sedikit di bahu.

Saat itu juga, jatuh menitik air mata si suami semahunya. Hanya Tuhan yang mengerti segala!

“Ini ke perpustakaan awak tu?!”

Pasangan sejoli itu berpaling ke arah suara yang menengking. Detik itu juga, tumbukan padu singgah di muka lelaki tak guna. Namun, tumbukan itu dibalas kembali bertubi-tubi. Lawannya itu lelaki sado. Lelaki sasa yang masih muda. Akhirnya yang rebah terkulai adalah dirinya sendiri.

Anak perempuannya berlari mendapatkan ayahnya. Menangis-nangis. Dalam terketar-ketar, si suami bersuara.

“Abang datang untuk berikan laptop yang awak minta. Datang dengan anak nak surprisekan awak, nak happykan awak, tapi tak sangka abang yang terima surprisenya!”

Isterinya itu membalas bongkak,

“Aku tak suruh pun kan datang hari ni?! Dahlah, aku dah tak nak kau lagi. Kita berpisah saja. Kau hantar aku masuk universiti, sebab nak aku yang sara keluarga lepas keluar universiti nanti? Eh, aku tak bodohlah.

Buat apa aku hidup dengan lelaki yang harapkan gaji isteri?! Kau sedarlah diri sikit. Lelaki yang kau serang ni yang banyak tolong aku di sini. Dia baik hati, tak kedekut macam kau. Kau hantar tiga empat ratus sebulan mana cukup? Kau ingat aku budak sekolah ke? Duk kat bandar tak macam kat kampung! Nak pakai duit banyak!

Laptop tu bukan kena curi pun. Aku sengaja nak kau bank-in duit, sebab alat kosmetik, supplements aku dah habis. Aku tak suruh pun kau belikan laptop baru. Lurus bendul la kau ni. Sudahlah. Jangan buat hal sini. Kita jumpa saja di mahkamah!”

Hancur lebur hati si suami mendengar kata-kata isteri kesayangannya. Berubah terus. Baru dia perasan isterinya sudah pandai bergaya, pakai cantik-cantik tak pernah pula dipakai sedemikian di depannya.

“Anak tu hak aku! Aku akan tuntut hak penjagaan anak.” Wanita itu menuding jarinya ke arah si kecil.

Anaknya itu tidak bergerak dari sisi ayahnya. Mendakap erat. Tak mahu lepaskan. Menangis-nangis sambil berkata pada ibunya,

“Tak nak ibu! Tak nak ibu! Nak sayang abah macam Fatimah sayang Nabi!”

Ibunya tergamam. Tak menduga sebegitu jawapan anak kecil itu.

Ayahnya juga turut terkesima. Bagai disuntik kekuatan baru, sang suami bangun. Perlahan-lahan berlalu dari situ dengan memimpin tangan anaknya. Tanpa berpaling langsung ke arah pasangan sejoli di belakangnya.
Hatinya tawar sehabis tawar. Dalam hatinya pasti, bukan kerana dia tidak pandai mendidik isteri.

Bukan kerana berjauhan memisahkan dua hati. Bukan kerana dia tak cuba sedaya upayanya atau kerana tidak ikhtiar seikhlas hati. Ini semua ujian Tuhan. Untuk buatnya lebih tabah hadapi kehidupan.

Bila hati dah tak sayang. Bila setia dah hilang bisanya.
Apa saja yang dihamburkan isterinya tadi, itu semua alasan.

“Katalah apa yang kau ingin, selagi kau dapat berkata!”

KREDIT: DI SINI

Kita siapa...?

Tolong benci diri sendiri, mampu? Mengarut je. Patutnya diri sendiri nak kena sayang, kena jaga, kena belai, dapat gaji beli suppliment, barang mekap, hand bag, baju, kasut baru, baru betul...BETUL KE?

Ok..bacalah dulu..jangan cepat buat penilaian.
Macam ni..tolong bencikan diri,tolong cabutkan rasa sombong, rasa diri hebat, rasa berkuasa, rasa istimewa.

Kena ingat selalu, dalam diri kita ni Allah berikan benda busuk dan kotor supaya kita dapat rasa diri kita ni hina, kita hamba, takde lebihnya kita dari orang lain, PM ke kita, bergelar Dato' ke, kaya raya hingga tandas pun bersalut emas, apa yang keluar dari jalan belakang tu sama je dengan orang lain, busuk, jijik..kita sendiri tak sanggup nak tengok,apatah lagi nak pegang..

Siapa yang tidak bencikan dirinya dia bukan hamba Allah, bukan pengikut Rasulullah...
Siapa yang tidak boleh terima teguran, dia bukan hamba Allah, bukan pengikut Rasulullah..
Siapa yang sombong, rasa diri hebat, berkuasa...dia bukan hmba Allah, bukan pengikut Rasulullah...

Bukan mudah untuk kekalkan rasa hamba, sebab dalam hati kita ni ada nafsu yang sentiasa jadi penghalang...
Sebab tu kena kenang, kena ingat selalu...yang kita ni tidak ada lebih atau kurangnya dari orang lain...walau siapa pun kita...

Sebab kita hanyalah HAMBA..

11 Apr 2015

Anak bujang saya..

Semalam abah amik Dari SMAP Bentong untuk terima anugerah salah seorang pelajar cemerlang PT3 dengan keputusan 8A, pagi ni di sekolah lamanya SAMTEN Langat. Alhamdulillah.

Rahsia isteri kekal bagai bidadari sampai bila-bila.


بِيسمِ اللَّهِ الرَّحمَنِ الرَّحِيم


Seorang suami mengadukan apa yang dirasakannya kepada seorang Syeikh. Dia berkata:

1. Ketika aku mengagumi calon isteriku, sewaktu itu seolah-olah dalam pandanganku, Allah tidak menciptakan perempuan yang lebih cantik darinya di dunia ini.

2. Ketika aku sudah meminangnya, aku melihat ramai perempuan seperti dia.

3. Ketika aku sudah menikahinya, aku lihat ramai perempuan yang jauh lebih cantik dari dirinya.

4. Ketika sudah berlalu beberapa tahun pernikahan, aku melihat seluruh perempuan lebih manis dari isteriku.

Syeikh berkata, "Apakah kamu mahu aku beritahu yang lebih dahsyat daripada itu dan lebih pahit?"

Suami menjawab,"Ya, mahu."

Syeikh: "Sekalipun kamu mengahwini seluruh perempuan yang ada di dunia ini, pasti anjing yang berkeliaran di jalanan itu juga akan nampak lebih cantik di matamu jika dibandingkan dengan mereka semua."

Si suami tersentak, dan bertanya, "Kenapa tuan Syeikh berkata demikian?"

Syeikh: "Kerana masalahnya bukan terletak pada isterimu. Tetapi masalahnya adalah bila manusia diberi hati yang tamak, pandangan yang menyeleweng, dan kosong dari rasa malu kepada Allah,
tidak akan ada yang bisa memenuhi pandangan matanya kecuali tanah kuburan."
Rasulullah bersabda:

"لَوْ أَنَّ لِابْنِ آدَمَ وَادِيًا مِنْ ذَهَبٍ أَحَبَّ أَنْ يَكُونَ لَهُ ثَانِيًا، وَلَنْ يَمْلأَ فَاهُ إِلا التُّرَابُ، وَيَتُوبُ اللَّهُ عَلَى مَنْ تَابَ "
"Andaikan anak Adam itu memiliki lembah penuh berisi emas pasti ia akan menginginkan lembah kedua, dan tidak akan ada yang bisa memenuhi mulutnya kecuali tanah. Dan Allah akan menerima taubat siapa yang mahu bertaubat".

Jadi, masalah yang kamu hadapi sebenarnya adalah kamu tidak menundukkan pandanganmu dari apa yang diharamkan Allah.

Sekarang, apakah kamu menginginkan sesuatu yang akan mengembalikan kecantikan isterimu seperti pertama kali kamu mengenalnya? Ketika ia menjadi wanita tercantik di dunia?"

Suami itu menjawab: "Ya, tentu sekali."

Syeikh: "TUNDUKKAN PANDANGANMU."

KREDIT: DI SINI

9 Apr 2015

Kehidupanku dalam Al Arqam III.

Saya sambung.

Dalam kisah sebelum ni saya sebut kisah perbualan seorang anak gadis dengan maknya yang sama-sama ikut kursus kesedaran Islam di Sg. Penchala. Masa tu kumpulan nasyid Nada Murni sedang buat persembahan di malam penutup kursus tu. Gah sungguh diorang dengan jubah merelit-relit dan serban Turki tu. Ahlinya ramai, muda-muda dan hensem belaka...usahkan orang luar yang berkunjung, kami ni anak-anak dara jemaah pun pakat berangan nak kawen dengan diorang. Tapi kami mana boleh suka-suka pilih sendiri. Nanti saya citer lebih lanjut.

So..balik pada kisah anak dara dan maknya tadi..." Mak, nak kawen dengan diorang la"
" Diorang hensem la mak, bolela mak,"
" Nak kawen dengan diorang kena pakai cam diorang" jawab si Mak.

Saya tak dapat dengar perbualan seterusnya sebab bising. Lagipun saya tengah menghayati persembahan nasyid tu juga. Yalah...bagi kami itulah hiburan yang ada, hiburan yang berlandaskan syariat. Lagu-lagu artis, majalah hiburan memang tidak ada lansung. Bukan tu saja, tidak seorang pun para jemaah lelakinya yang merokok, siapa yang join in shaa Allah otomatik dapat berenti merokok. Kalau tanya saya, yang saya dapat jawab mungkin sebab berkat tuan guru kami..pada sayala..

Pernah dengar Pak Ku Syadat? Dia ni terkenal dengan lagu-lagu dikir barat, kerap jugak dia datang dan buat persembahan bersama kumpulan Nada Murni.

Malam ahad cukup meriah di Sg. Penchala. Malam ahad adalah malam Fardhu Ain terbuka untuk semua tak kira para ahli jemaah mahupun orang luar. Kadang-kadang sampai ada rombongan bas terutamanya dari pusat pengajian tinggi. Penuhla dataran Al Arqam dengan pengunjung dan gerai-gerai jualan. Gerai jualan diusahakan oleh para muslimah yang bertungkus- lumus di kawasan berdindingkan zink. Ya..kawasan muslimah ni ada asrama pelajar, dapur, bengkel jahitan, taska khusus untuk anak-anak para jemaah dan ada rumah tamu. Rumah tamu ni plak khusus untuk para tetamu, kadang-kadang tetamu jauh dari luar negeri pun ada, datang untuk melihat sendiri cara kehidupan di dalam masyarakat Al Arqam..mbik kau...masyarakat Al Arqam...haah..boleh kot gelar masyarakat Al Arqam sebab kat kampung tu memang ada orang berserban jubah dan berpurdah je. Tapi sekarang, selepas lebih 20 tahun pengharaman, kampung ni dah lebih terbuka, dah ramai orang luar yang turut berkampung di situ. Dah banyak sangat perubahan dan pembangunan di sana. Dinding zink, surau tu semua dah takde.

Mengimbau kenangan surau tu. Surau tu bukan saja tempat solat berjemaah untuk seluruh ahli, tapi di situ juga dewan kuliah kami. Kami didisiplinkan berada di surau setengah jam sebelum masuk waktu. Setengah jam sebelum masuk waktu tu seluruh kampung bergema dengan selawat badawi oleh para jemaahnya. Meriah. Waktu subuh kalau kebetulan arwah Ustaz Asri atau Munif Hijjaz ada, mendayu-dayulah suara diorang mengalunkan tarhim. Kami para pelajar sangat dianjurkan berpuasa sunat isnin khamis...tapi kadang ada yang naik lambat dari surau, waktu sarapan plak seawal 7 pagi, hrmm...sarapan dah habis..puasa jelah walaupun bukan hari isnin khamis.

Malamnya sebelum tidur kami buat halaqah hafalan terutama 10 ayat awal dan 10 ayat akhir surah Al Kahfi. Tidur reramai atas lantai beralas tilam nipis, atau tak bertilam pun ok je..lantai papan. Pukul 4.30 atau 5 dah bangun, basuh baju, mandi, sape lambat kang kena mandi dengan air kolah yang berkeladak...ki ki ki..

Teringat kat sorang kakak pelajar UPM, saya panggil kak Ummu Masakin..saya dah tak ingat nama betul dia..kat mana agaknya akak seksi yang boleh berubah pakai purdah walaupun baru seminggu duduk di Sg. Penchala, kat mana dia sekarang...?

Kat bawah tu kedai daging halal yang baru diambil alih oleh GISB di Australia...GISB...nama baru..jenama baru mini sangat diterima masyarakat.

8 Apr 2015

Senang atau sihat?

Sikit plak yang bawak bekal camni hari ni. Kalau tak boleh kata hampir semua yang bawak bekal...isi bekalnya inilah dia...nuget, sosej, nuget, sosej, kentang goreng...sampai ada antara anak-anak diorang tak pandai makan nasi, cekodok, bubur kacang lagilah, bukan aje tak reti makan, tapi tak kenal.

Antara kesukaan anak, kesibukan dan kesuntukan masa, kesihatan anak-anak...pandai-pandailah kita sebagai ibubapa mengimbangkannya.

7 Apr 2015

Anak-anak berhati bersih.

Pernah dulu ada kawan mengsyorkan supaya saya mengajar kelas KAFA secara serius, maksudnya mohon dengan JAIS dan ikut kursus under JAIS, saya menolak, saya lebih suka mengajar budak tadika. Lebih santai, dan yang bestnya kalau bebudak ni nakal, saya acah dengan cerita-cerita balasan api neraka, diorang dah terdiam. Kalau dengan budak sekolah rendah/KAFA ni diorang dah cerdik, nak bercerita pun kena 'cerdik' kalau takat-takat biasa tu tak mau didengarnya. Betul. Saya dah ada pengalaman ngajar bebudak besar ni, dah cerdik, tak makan saman kalau takat cerita biasa je.

Budak tadika ni hatinya bersih. Kalau ajar sesuatu cepat je dapat. Pagi tadi ajar doa masuk rumah, ajar dengan berlagu lagilah cepat dapat..jom share, doa masuk rumah, jangan lupa baca supaya syaitan Dasim yang duduk atas muka pintu tu tak dapat masuk rumah kita...
بسم الله ولجنا و بسم الله خرجنا وعلى الله ربنا توكلنا.

Dengan nama Allah kami masuk, dengan ama Allah kami keluar dan kepada Allah Tuhan kami, kami bertawakkal.

Haa...senang je kan doanya.

3 Apr 2015

Kehidupanku dalam Al Arqam II.

Dalam cerita sebelum ni.. Kehidupanku di dalam Al Arqam...saya ada ceritakan yang saya terjumpa satu iklan perguruan peringkat tadika di Al Arqam Sg. Penchala...so...agaknya kengkawan boleh teka kot apa yang saya buat.

Sebelum ke Sg. Penchala tu pun saya selalu ke markaz Al Arqam di Kuala  Terengganu. Kadang pegi dengan mak, kadang dengan kawan, kadang pegi sendiri. Saya seronok sebab seorang yang saya panggil ummi kat situ sangat baik, memang pada saya mereka baik-baik belaka, tak sombong. Bila bukak purdah terserlah wajah yang tenang, air muka yang berseri walaupun tanpa secalit mekap. Saya bagitau ummi saya nak ke Sg. Penchala. Ummi senyum je..sambil nasihatkan saya supaya berbincang elok-elok dengan keluarga.

Tanya mak. Awalnya mak tak bagi. Yelah...anak sulung, tentulah dia letakkan harapan anak dia ni will be somebody one day. Tapi saya ni jenis keras kepala, mana boleh dihalang. Mak mengalah. Abah? Uishhh...dia sampai tak mengaku saya anak. Dia kata...Ustaz Ashaari sesat, nak ikut buat apa? Sesat? OK...lagilah saya nak pegi, nak tengok sendiri sesatnya camane, mana boleh percaya melulu tanpa siasat. Tak kira..lagipun saya dah jatuh cinta dengan orang pakai serban jubah, nampak hensem je. Nampak wibawa. Cer tengok Ustaz Don bila pakai serban jubah..kan hensem..kalau tak, dia biasa je.

Saya naik bas sorang-sorang pegi KL. Tapi saya dah tak ingat camane saya sampai ke perkampungan Al Arqam Sg. Penchala. Dalam usia 19 tahun di tahun 1990 tu, berani kan saya...

Yang saya ingat sangat perkampungan tu waktu tu masih dikelilingi bukit dan hutan. Sangat tenang, sangat damai. Sejuk. Ada anak sungai. Dekat dengan surau. Ramai anak kecil pun berserban jubah yang suka sangat tolong susun selipar para jemaah jika ada yang tak disusun dengan teliti oleh pemakainya. Anak- anak perempuannya pulak kecik- kecik lagi dah berpurdah juga. Tentulah satu pemandangan yang amat menarik dan asing sangat bagi saya.

Ada juga kedai runcit dipenuhi barang-barang keluaran Al Arqam cam kicap, cili sos, tomato sos, sabun mandi, shampu... boleh kata Al Arqamlah pelopor barang keluaran bumiputera waktu tu. Ada sekolah sendiri, bakeri, bengkel kereta, bengkel jahitan, restoran, ada Klinik di desa Minang Gombak, ada syarikat penerbitan majalah diorang sendiri, ada studio rakaman...kumpulan nasyid Nada Murni yang dianggotai oleh arwah Ustaz Asri Ibrahim, Munif Hijjaz dan kumpulan The Zikr yang dianggotai Nazri Johani Raihan...kenangan yang tak boleh saya lupakan ada satu masa tu kumpulan Nada Murni tengah buat satu persembahan dalam satu kursus kesedaran Islam di Sg penchala...saya terdengar satu perbualan antara sorang ibu dan anak gadisnya yang turut ikut kursus tu...

Alamak..banyaknya benda nak kena ingat balik...nantilah saya sambung lagi.

Kat mana agaknya kengkawan yang bersama saya dalam gambar kat bawah tu...

Lawan juga.

Masya Allah...ngantuk gila. Bangun kul 4...baring semula..nasib baik tak terlajak, kalau tak jadi cam semalam, anak-anak sarapan dengan air black current dan biskut tiger..tapi semalam tu kes habis gas, Sib baik gak habisnya ngam-ngam siap masak makan malam.

Sampai kat tadika kul 6. Nak sambung tidur..tak..sambung...tak..
Rasa cam nak sambung sebab tengah ABC ni..takpe kot...ke kira tidur lepas subuh gak?

Eishhh...takleh jadi nih..kalo ikut rasa memang mau lelap semula.

Haaa...dengan mata separuh tertutup sambil bw dok print worksheet untuk bebudak sambil sarapan nasi goreng yang sempat buat subuh tadi.3 dalam 1 sekaligus.

2 Apr 2015

Tetamu itu berkat.

Kisah ini berlaku di zaman Rasulullah saw..mengisahkan seorang lelaki yang sangat suka menerima tetamu berkunjung ke rumahnya. Malangnya isterinya tidak suka dan membantah. Setiap kali tetamu datang beliau bersikap tidak wajar sehingga sering memalukan suaminya.

Sesal dengan apa yang berlaku beliau kemudiannya berjumpa dengan Rasulullah dan mengadukan  hal tersebut.

Lalu Baginda berkata..." Beritahulah kepada isterimu bahawa Rasulullah dan para sahabat akan datang bertamu ke rumahmu. Perhatikanlah saat tetamu memasuki rumahmu dan saat tetamu keluar.."

Lelaki tersebut pulang dan memberitahu isterinya apa yang telah dikhabarkan oleh Baginda.

Alangkah gembiranya wanita tersebut saat melihat tetamu yang datang membawa berbagai jenis buah-buahan dan daging. Tetapi alangkah terkejutnya saat melihat tetamu keluar...
Apa yang dilihatnya....?

Hampir dia tidak percaya bila diperlihatkan secara batin tetamu yang keluar dengan membawa ular dan kala jengking dan sampah-sampah yang busuk dan menjijikkan...

Barulah dia menyesali sikapnya selama ini.
Tetamu yang membawa rahmat..perginya penghapusan dosa..

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign