Tiap-tiap hari kakak menelefon. Bila adik-adik berpeluang bercakap dengan kakak guna loud speaker sembang reramai 3 lawan 1 macam-macamla keluar..." Kakak, bila nak balik, kakak, semalam Ibi nangis rindu kakak, kakak dah makan ke belum, kakak makan apa? Kakak belajar apa..?"
Terhibur, sayu, gelihati, pilu dalam hati saya, bercampur- baur. Baru beberapa hari kakak pegi, adik-adik dah rindu, ibu pun balik keje selalu ada kakak sambut, sekarang ni sunyilah terasa, kosong je rumah kita.
Ermmm..mak orang lain pun mesti rasa cam ibu, tak kisahlah..inikan catatan kenangan ibu, satu hari bila ibu tua nanti, bila ibu dah takde nanti, mesti catatan ibu ni jadi berharga untuk anak-anak ibu..kan?
Kadangkan ibu rasa cepat sungguh masa berlalu, sedar-sedar korang dah besar, dah pegi belajar jauh tinggalkan ibu, sedar-sedar nanti kakak dah nak keje, nak kawen, dan ibu pun sedar tak sedar dah jadi nenek..alamak..jauhnya ibu berimaginasi, eh! betul apa. Itu kan sunnatullah..
Cuma ibu tak tau samada ibu sempat atau tidak merasai dan meraikan hari-hari bahagia anak-anak ibu semuanya. Tapi ibu memang mengharapkan Allah yang Maha Baik sentiasa merahmati dan meredhai anak-anak ibu dunia Akhirat. Ibu ngeri teramat bila melihat kerosakan dan kebejatan remaja hari ni, takut sesangat, nauzubillah...jauhkan anak-anakku semuanya dari kesesatan dan kemurkaanMu ya Allah.
Untuk anak ibu Muhammad Danish, bila kau nak berubah nak? Mungkin kaulah anak ibu yang Allah hantar sebagai ujian kepada ibu. Ibu sedih, dan tak tau macamana nak 'mendekati' mu. Ibu rasa ibu yang salah sebab kurang bijak berdiplomasi denganmu. Ibu tak bijak memahamimu.
Ya Allah, jangan Kau biarkan aku menjadi putus asa dengan anakku yang seorang ini, berikan daku jalan, kurniakan kepada kekuatan dan ketabahan untuk terus mendidiknya kerana aku tau dia anakku yang akan Kau persoalkan di sana nanti,
aku takut ya Allah...
Ibu tau semua yang bergelar ibubapa sentiasa diuji. Bertabahlah duhai hati..Allah kan ada...
Moga anak2 kita kuat berhadapan dengan rutin dan cabaran yang mendatang..
ReplyDeleteAminn, amin.. Ya Allah..sebagaimsna aku mengharapkan keselamatan dunia akhirat utk ank2 ku, begitulah aku mengharapkan keselamatan buat kaum muslimin semuanya
DeleteSaya sendiri pun risau dgn masa depan cucu saya bila mengalami sendiri masaalah disiplin anak ke 3 yg agak kronik
ReplyDeleteSetiap ibubapa akan ada seorg anak yg Allah beri sbg ujian, saya juga..
DeleteSaya sendiri pun risau dgn masa depan cucu saya bila mengalami sendiri masaalah disiplin anak ke 3 yg agak kronik
ReplyDeleteSaya juga satu ketika dulu bermasalah dgn ank bongsu. Tapi kini alhamdulillah. Perancangan Allah meletakkan dia jauh di bumi Amerika Utara mengubah dia menjadi anak yg seperti akak harapkan. Terimakasih Allah. Muga anak anak kita semua sentiasa dipayungi rahmat Ilahi
ReplyDeleteYg penting doa kita terhadap mereka tk putus2.
DeletePerasaan biasa bg yg bernama ibu, NA.....rindu....
ReplyDeleteOkje sampai sekarang masih nangis lagi kalau hantar SA hihi.....terukkan...
Kenapa si Danish tu NA....namanya pun budak lelaki ...biasalah panjang akal sikit kan....sama jer ngan SA dulu dulu.....
Tula kan kita mak ni, saya ni depan ank tk suka nk tunjuk nangis tu, bila jauh sikit je mulalah meleleh, hu hu..
ReplyDeleteErmmm entahla okje, tu yg saya ckp nilah ank yg Allah htr sbg ujian kpd saya, ....tumpang bahagia tau tgk okje ngn SA tu..