Dari subuh tadi aku terfikir-fikir betapa bertuahnya dia. Orangnya sangat sederhana. Wajahnya sentiasa tersenyum. Sangat gigih berjuang sepenuh masa bersama jemaah sebagai staf di bakeri Ikhwan di Country Home, Rawang. Bagaimana kukatakan gigih, masanya, tidur baringnya lebih banyak di bakeri itu berbanding di kediamannya. Dan boleh dikatakan bakeri itu sangat berjaya kerana usaha gigihnya itu.
Khabarnya dia diserang stroke dan menjalani pembedahan di kepalanya minggu lepas. Subuh tadi dari aplikasi whatsapp kuterima khabar kematiannya pukul 3.10 pagi jumaat. Masya Allah....indah sungguh saat pemergiannya dalam bulan Ramadhan di subuh Jumaat. ...
Sebenarnya ada dua tiga pemergian kawan-kawan jemaah berlaku dalam bulan Ramadhan tahun ini...indah kan? ' kepulangan' di bulan pengampunan...semoga aku direzekikan juga 'kepulangan' ku ke kampung halamanku di dalam bulan berkat suatu hari nanti.....
Al Fatihah untuk mak long bakeri...
Pages
▼
No comments:
Post a Comment