Semalam aku terkena lagi. Niat baikku disalah faham. Sebab tu bila pn Aida meminta aku menegur kesilapan mereka aku terasa amat berat hati. Tapi bila keadaan tak berubah aku terpaksa juga menegur.
Sebenarnya aku menegur tu ekoran dari rasa bimbang kerana kejadian pecah rumahku baru-baru ni. Rumahku yang tinggi lagikan boleh dipanjat dan dipecah, inikan plak tadika yang bertangga tu. Ambil kayu panjang tekan je dari luar. Kalau pintu kayu kat atas tu tak berkunci senang-senang je orang masuk.
Aku kesiankan dia., sebagai balu anak sorang, kata pn Aida dia bekas asnaf yang perlu kami bantu, pn Aida benarkan dia tinggal di tadika, yelah at least ada juga orang yang diharapkan boleh membantu menjaga kebersihan di tadika.
Dalam tempoh sebulan dia tinggal di tadika, aku perhatikan jarang benar dia lock grill tu dengan mangga. Lock yang kat grill tu pun tak dilock juga( ishhh...apabenda aku cakap ni, harap korang dapat imagine lah yek ), takkan boleh macam tu kan, kalau jadi apa- apa aku dan pn Aida juga yang susah nanti. Kot nak tawakkal pun kenalah berusaha dulu.
Jadi bila dah selalu sangat macam tu, suamiku pun asyik menegur juga, akhirnya semalam aku sampai jam 6.10 pagi,aku ambil gambar masukkan dalam gruop wasap tadika kami, tapi sebelum buat macam tu aku dah tegur dia beberapa hari sebelumnya. Nampaknya dia tak ambil perhatian.
Marah sungguh dia bila aku buat macam tu, kemarahannya diluah dalam grup tadika, memaksa pn Aida dan suaminya datang dan kami dipanggil untuk mesyuarat tergempar.
Alhamdulillah, pn Aida dan en Azahir faham tujuanku. Aku tidak disalahkan, sebaliknya dia diminta lebih terbuka menerima teguranku. Dalam mesyuarat tu juga mereka menegaskan yang aku dipertanggungjawabkan di atas segala kelancaran perjalanan tadika, segala urusan staff adalah melalui aku dan aku yang akan perpanjangkan kepada mereka, memandangkan mereka tidak dapat selalu berada di tadika.
Sebenarnya selepas kena semalam, aku jadi tak bermaya juga, bila dia cakap cikgu-cikgu lain pun tak puas hati denganku. Puas aku memikir- mikirkan apa yang tak kena yang telah aku buat. Perut lapar, tapi aku tak lalu makan, dah masuk angin, sampai hari ni rasa masih sebu. Aku bercerita di sini bukan untuk menagih simpati kengkawan, tapi kot ada yang nak kesiankan aku, Alhamdulillah juga, uhuk..uhuk...
Tak mengapalah, aku dah maafkan dia, walaupun sebenarnya hatiku masih sedih juga. Cuma bagiku sebagai muslimah berfurdah dia patut lebih menjaga adab dalam berbicara, jangan sampai orang menilai buruk terhadap pakaian muslimah, lebih- lebih lagi di tadika kami sekarang ada seorang guru India beragama Hindu.
Kesian pada para muslimah yg berniqab kerana Allah, berusaha utk perbaiki diri jd hamba Allah yg baik. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Semoga Allah ampuni kekhilafan kita semua.
ReplyDeleteUrmmmmm NA bersabar ya..itu yg mampu saya katakn.. xmo lebih2, kang dpt dosa kering mengutuk, pedih weyhhhh kata2 tu...
ReplyDeleteselepas kita menyatakan kebenaran maka tetapkanlah hati menahan segala kemungkinan negatif yang datang.
ReplyDeletedari cara dia berkata-kata kita boleh nampak karektor dia sebenarnya.
hidayah milik Allah, kita cuma berusaha ....
NA....alah tak payah le nak ambik hati sangat...... Buat tak tau sudah. Senang kan Okje ckp? Cakap kan mmg senang hihi...... Manusia tgh marah mmg gitu, relaxlah...nanti lama lama sejuklah tu. Buat macam tak de apa yg berlaku. Memanglah tak best bila ada salah faham cenggini tapi nak buat macam mana? Benda dah berlaku....
ReplyDeleteKita enjoy ajelah hihi
Ye kita enjoy..bak kta okje tu..
ReplyDeleteohh..ini ke puncanya...aduss...cara tulis tu dalam keadaan marah...ish..ishh..nape tulis mcm tu sekali dalam group...semua org tahu 'sisi buruk' tu...sabar ye kak Azie...hurmm...biasanya pakaian berpurdah pun belum tentu baik hati budin dan sopan santun aduss
ReplyDelete