Asam Garam Kehidupan: Try sana, try sini, try dunia..

Pages

22 Sept 2015

Try sana, try sini, try dunia..

Entah kenapa setelah bertukar susu masa mengandungkan Umar Zikri dulu membuatkan perut saya alah lactose sampai sekarang. Minumlah susu apa pun, kecuali susu tin tu..perut saya memulas dan terus nak membuang. Ahad lepas teringin nak cuba apam balik cheese jagung, nak try lah kan, selalu beli yang biasa jr, rm2.50 sekeping, yang ni rm4.00, hrmmm...tak kena pun dengan selera, padan muka saya... muak semacam, tapi makanlah juga sepotong, penyudahnya saya cirit-birit dua hari, perut tak tahan cheese lah tu, hari ni saya amik cuti. A' ah...cuti sekolah pun tadika saya tu beroperasi juga, sebab ada budak day care. Tugas saya siapkan alat bantu mengajar, lukis-lukis kat dinding..

Saya ada baca pasal ESP shaklee tu, macam ok je, macam menarik testimoni dia. Yelah, untuk kesihatan, niat untuk ibadah. Kalau sakit sana, sakit sini, nak berkhidmat kat suami pun susahkan..

Ok...jom baca untuk renungan bersama..
Dunia ibarat laut yang dalam yang dipenuhi berbagai khazanah dan simpanan Tuhan yang berharga. Manusia dibenarkan mengambilnya tapi ramai manusia karam dan tenggelam di dalamnya.

Dunia ibarat madu yang manis. Ramai yang suka meminumnya. Tapi jarang orang yang tidak tersedak apabila meminumnya.

Dunia ibarat harimau yang ditunggang oleh manusia untuk menuju ke destinasi. Tapi jarang manusia yang sampai ke matlamatnya. Selalu mereka dibaham harimau di dalam perjalanan itu kerana bukan mudah untuk mengawal harimau.

Sekian adanya, terimakasih sudi singgah dan sudi baca..

8 comments:

  1. Anak anak suka apam balik cenggini NA....
    Okje masa mengandung tak minum susu NA....bukan apa dulu dulu tak reti minum susu. Kalau minum muak gitu.... Dah tak mengandung lagi ni barulah reti minum. Kesian anak anak....

    ReplyDelete
  2. Ni kes umar zikri la, tetiap mggu dia minta apam balik, mula beli dulu dia kata kuih dalam bungkus nasi lemak, puas saya mimikio nye, sekrg dia dh tau namanya, haaa..selalu lah dia memesannya.
    Jom kita try ESP shaklee nak, hi hi

    ReplyDelete
  3. Masih jauh lagi perjalanan.. moga tak tersalah arah, tersilap tujuan..
    Moga dipermudahkan dalam rutin harian kita semua.. ;)

    ReplyDelete
  4. Kakak pula dari dulu sampai dah tua ni tak boleh tinggal susu
    Rasa sebu aje perut kalau tak dapat sehari. Fresh milk pun jadilah..
    Bila dah tahu ada alahan kena cuba hindarkanlah Azi.. kesian pulak bila ada yg tergendala sana-sini bila dah sakit tu.

    ReplyDelete
  5. kiranya kalau lawas bagus tu dek ..kalau sembelit lagi bahaya..tak membuang

    ReplyDelete
  6. Dunia ni banyak manisnya..tapi kalau tak hati-hati, manisnya tu boleh jadi racun..

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign