Asam Garam Kehidupan: Baru betul-betul...

Pages

8 Oct 2015

Baru betul-betul...

Punyalah xcited dan tekun dia menghafal pelajaran bahasa arab dalam seminggu cuti sekolah baru ni. Sampai aku pun jadi terhafal sama. Tup, tup...isnin, selasa upkk tangguh sebab jerebu. Ok....lega katanya sebab ada masa lagi untuk menghafal.
Selasa malam rabu dia gigih menghafal mata pelajaran adab. Sambil  mengemaskan barang-barang yang perlu untuk perkampungan ilmu. Upkk petang, tapi sebab ada perkampungan ilmu tu, dia kena datang sekolah dari pagi.
Nak jadi cerita lagi, nasib baik sempat berwasap-wasap dengan kawan kul 5 pagi tu. Rupanya hari rabu semalam pun tangguh lagi. Ekceli kat Semenyih ni nampak cuaca dah ok, tak nampak dah jerebunya, tapi ditangguhkan supaya selaras seluruh negara. Semalam di Langkawi dan Sabah masih teruk jerebu katanya.

Dan rasanya bertubi-tubi pertanyaan dari kami para ibubapa yang ada anak nak upkk ni, terbentuklah satu grup wasap kafa An Najah atas usaha salah seorang ustazahnya. Petang semalam baru buat grup tu, tengok pagi ni ahlinya dah mencecah 99/100!
Dari grup ni baru tahu, konfem  pagi ni betul-betul  start upkk nya.

Semoga berjaya  dengan cemerlang anakku Nadhrah Hannani, in shaa Allah ibu doakan anak ibu yang sentiasa cuba mengembirakan hati ibu, sambil menghafal sambil tolong kopek ikan bilis, in shaa Allah..in shaa Allah berjaya dunia Akhirat.

1 comment:

  1. Gud luck Hannani.....insyaallah kalau rajin usaha, hasilnya pun cemerlang. Mak pun tak yah nak risau sangat.

    Tulah kan asyik bertunda jer pereksa tahun ni

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign