Asam Garam Kehidupan: Hebatnya ibuku Khadijah..

Pages

11 Nov 2015

Hebatnya ibuku Khadijah..

Bagaimana Ibuku Khadijah boleh selalu berpisah dengan anak-anak atas tiket perjuangan? Tegar sungguh hatinya, kuat sungguh semangatnya bila mengatakan kasih-sayang tidak diukur dengan harta, kesenangan dan keberadaan selalu dengan anak-anak, tetapi kasih-sayang dinilai bila mampu memperkenalkan Allah dan Rasul, sehingga Allah dan Rasul itu menjadi matlamat hidup mereka..

Siapa Ibuku Khadijah?
Maaf jika kalian rasa aku terlalu menyanjungnya. Tapi padaku dia memang wanita hebat. Dalam masa lima tahun setelah pemergian Almarhum suaminya, dia mampu mengembangkan empayar perniagaan hingga keluar negara, yang terbaru kafe bertaraf lima bintang di Turki, sebelumnya membangunkan ladang ternakan haiwan seperti lembu dan kuda di Australia sehingga diserahkan kepada mereka sebuah rumah sembelihan halal untuk terus dimajukan. Dalam masa yang sama pengisian rohani kepada staff GISB Holding sangat dititik-beratkan, sehingga bangun malam untuk mengerjakan ibadah sudah menjadi budaya hidup mereka.

Setelah ikrar lafaz taubat mereka dan kursus pemulihan mereka bersama para pegawai JAIS bulan Mei lepas, mereka memang bersungguh-sungguh mahu bergelanggang di tengah masyarakat dan sama-sama membangunkan sahsiah para remaja sehingga tertubuhnya beberapa pusat pemulihan dadah dan rokok yang sehingga kini masih beroperasi, dan yang amat mengharukan para remaja yang dipulihkan itu mahu terus bergelanggang bersama GISB Holding kerana merasakan diri mereka terbela iman dan islamnya.

Kini Ibuku Khadijah telah pergi.. tanggal 10 Muharram 1437H bersamaan 23 Oktober Khamis malam jumaat...menjadi saksi, sebuah pemergian abadi...pemergian yang sangat berbahagia kerana berjaya melaksanakan amanah yang ditinggalkan oleh almarhum suaminya...
Pemergiannya sangat kurasai, walaupun tika hayatnya jarang benar dapat bersua, walaupun tika hayatnya kurasa kasih-sayangku terhadapnya biasa-biasa saja, kini aku merinduinya seperti aku merindui arwah ibuku sendiri..

Aku yakin Ibuku Khadijah sedang sangat berbahagia di sana..Aku yakin dia pergi kepada cintanya dengan penuh redha dan bersedia, aku yakin  dia pergi meninggalkan kami setelah kami benar-benar bersedia lahir dan batin..

Pergilah bunda, kami redha...

7 comments:

  1. Setimpal dgn namamnya Azi
    Kekuatan mental dan fizikal serta kekentalan jiwa dlm perjuangan mahu berlandaskan Islam itulah yg menjadikan kita kagum dgn beliau. Moga rohnya tenang disana.

    ReplyDelete
  2. Dia mmg gigih, berani, bijak dan sgt kuat pergantungan hatinya dgn Allah.

    ReplyDelete
  3. ibuku masih ada. tapi dah sebulan aku tak berjumpa...

    ReplyDelete
  4. Peluang utk bbakti masih Allah buka.

    ReplyDelete
  5. Meremang bulu roma bila baca perjuangan Ibu Khadijah ni NA....Bagai seluruh hidupnya itu dihambakan dirinya utk Allah dan rasulnya....

    Masyaallah....sangat jauh dengan diri ku yg masih mencintai dunia...huhu

    ReplyDelete
  6. Mmg benar, seluruh hidupnya dihabiskan utk memperjuangkan Allah dan Rasul, amanatnya kpd kami..Islam takkan dikalahkan lagi, takutkan Allah dan cintakan Rasul dipasakkan benar2 di sanubari kami..jangan ada cinta dunia di hati kami, cuma saya je yg selalu kalah...

    ReplyDelete
  7. saya baru singgah sini...jadi masih belum faham siapa ibuku khadijah.....

    hebatnya perjuangan seorang isteri...

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign