Saya sangat terkesan dengan kisah kelebihan bersedekah yang saya syer di bawah. Memang banyak sungguh fadhilat bersedekah yang saya kira ramai kita telah maklum. Cuma pada saya kisah di bawah ni menunjukkan betapa sifat Rahman dan Rahim Allah pada hamba yang berdosa. Jom..kita hayati bersama.
Dahulu, di sebuah tempat ibadah, ada seorang lelaki yang tekun beribadah. Tujuh puluh tahun lebih dia tekun beribadah. Dia tidak pernah meninggalkan tempat ibadahnya, kecuali pada hari-hari tertentu yang telah ditetapkannya sendiri. Tetapi pada suatu hari dia telah digoda oleh seorang wanita sehingga dia terpedaya oleh pujuk rayunya.
Dia hidup bergelumang dosa selama tujuh hari seperti mana hubungan suami isteri. Tapi kemudiannya dia tersedar dan segera bertaubat dan dia meninggalkan tempat ibadahnya, mengembara sambil tak putus-putusnya melafazkan taubat dan mendirikan solat.
Akhirnya sekian lama mengembara dia sampai ke sebuah pondok yang didiami oleh dua belas orang fakir miskin. Dia ingin menumpang bermalam di situ kerana keletihan yang amat sangat.
Berhampiran pondok itu tinggal seorang pendeta yang setiap malam menghantar sepotong roti untuk fakir miskin tersebut. 12 potong roti untuk 12 orang fakir miskin, tetapi malam itu lelaki yang sedang bertaubat itu turut mendapat sepotong roti kerana disangka fakir miskin yang tinggal di situ.
Jadi salah seorang dari fakir miskin tersebut tidak mendapat roti. Lalu dia bertanya kepada pendeta yang memberikan roti tersebut. " Mengapa aku tidak mendapat roti seperti selalu?"
Lalu dijawab sipendeta, bahawa roti yang dibawanya telah habis kerana dia hanya membawa 12 potong roti seperti selalu. Mendengar hal itu, si lelaki yang bertaubat segera memberikan rotinya kepada lelaki yang tidak mendapat roti tadi. Keesokan harinya lelaki yang bertaubat itu meninggal dunia...
Di hadapan Allah, ditimbang amal ibadahnya yang selama 70 tahun dengan dosa yang dilakukan selama 7 hari itu. Ternya hasil timbangan tersebut: Amal ibadah yang dilakukannya selama tujuh puluh tahun itu dikalahkan oleh kemaksiatan yang dilakukan selama tujuh malam. Tetapi ketika dosa yang dilakukan selama tujuh malam itu ditimbang dengan sepotong roti yang pernah diberikan kepada fakir miskin yang sangat memerluksn, ternyata amalnya dapat mengalahkan perbuatan dosanya selama tujuh malam itu.
Sungguh besarnya rahmat dan kasih sayang Allah pada hambaNya yang ikhlas .Dan yang penting juga kita sebagai hamba tidak boleh sama sekali berputus asa dari Rahmat Allah. Pintu taubat sentiasa terbuka selagi mana nafas belum sampai ke ghalgharah.....
Subhanallah... itulah hebatnya bersedekah tetapi andai tidak istiqomah ada kala dah ada peluang depan mata tak terbuat sehingga akhirnya tersedar lalu menyesal. Pernah terjadi pada kakak ni Azi. Kesal tak guna kan..
ReplyDeleteBetul kata KZ, diberi peluang inshaAllah. Peringtan yang NA, biar beringat begini, inshaAllah
ReplyDeleteSatu nikmat sebenarnya kalau diberi peluang utk bersedekah. Tp tulah manusia namanya, kadang kadang peluang depan mata pun dilepaskan.
ReplyDeleteNak terbitkan ikhlas bukan mudahkan mak huhu....
Aku ckp diri sendiri ni mak...
Satu nikmat sebenarnya kalau diberi peluang utk bersedekah. Tp tulah manusia namanya, kadang kadang peluang depan mata pun dilepaskan.
ReplyDeleteNak terbitkan ikhlas bukan mudahkan mak huhu....
Aku ckp diri sendiri ni mak...