Asam Garam Kehidupan: "Dipeluk ngeri, didakap sepi"

Pages

15 Apr 2016

"Dipeluk ngeri, didakap sepi"

Tidak ada yang akan engkau dapat daripada dunia ini melainkan sedikit kesenangan sahaja. Sedikit kelazatan daripada makanan dan minuman. Sedikit kerehatan dalam tidur. Sedikit senda gurau dengan suami atau isteri. Sedikit senang hati dengan hijaunya padi dan gandum. Sedikit kegembiraan menanti gugurnya buah di dusun dengan harapan dapat menjualnya di pasar dengan mendapat untung yang lumayan.

Sedangkan masa berlalu begitu cepat, meninggalkan berbagai-bagai peristiwa di belakang seperti berangkatnya asap unggun api ke langit. Berlalunya segala duka gembira manusia tanpa ada kesan apa-apa kecuali hanya yang sempat dicatit orang. Orang yang dikagumi, hanya merupakan lagenda di dalam sejarah, orang yang dibenci , tidak sedikit pun memuaskan hati musuhnya bila ia telah pergi dari dunia ini.

Dunia ini tidak lebih dari sebuah bayang-bayang yang bergantung kepada matahari dan pokok. Memanjang di waktu pagi dan petang, memendek di waktu tengahari dan senja...hilang di waktu malam. Dunia ini indahnya hanya sekejap sahaja dan ia akan layu, buruk dan hancur menjadi bangkai.

Telah banyak orang merebutnya. Telah banyak orang merangkulnya. Telah banyak orang binasa oleh tipuannya. Alangkah bertuahnya kalau ada seorang yang mati dapat menggenggam seketul emas di tangannya untuk dibawa ke kubur dan  jasadnya tidak reput-reput sehingga kiamat. Adakah..? Tidak ada.. Sedangkan semasa hidup manusia berebut-rebut mencari harta dan kekayaan, namun semuanya akan ditinggal begitu sahaja di hari kematiannya...

Sehebat manapun kedudukan manusia tidaklah ia dapat lari dari kubur yang menunggunya. Tidak ada lagi di waktu itu yang disebut hasil kejayaannya. Kepintaran dan karisma hanya tinggal dalam ingatan orang untuk beberapa hari saja, setelah itu manusia yang masih hidup akan sibuk dengan urusan masing-masing.

Tinggallah kita seorang diri...dipeluk ngeri...didakap sepi.

11 comments:

  1. Orang dah ke bulan kan, yang dah mati menolong orang yang masih hidup letak satelite semua, bersyukur pun tak sampai ke situ setakat tepi dalam luar umah pun skit ja. Hari ini menentu di sana, inshaAllah.

    ReplyDelete
  2. Biar tinggi mana pun darjat dan kedudukan. Sado/sasa, cantik/mungil kematian tetap destinasi akhir di dunia yg akan dihadapi semua.

    Fikir inilah kakak ngeri mengenang bekalan nak dibawa belum cukup.

    ReplyDelete
  3. Kehidupan yg sementara..
    Amalan yg perlu dibawa utk kehidupan yg kekal selamanya..
    Terfikir dlm diri..
    Cukup sudah ke amalan aku 😟

    ReplyDelete
  4. Sama mcm komen shbt2 kt ats..

    ReplyDelete
  5. Letaklah dunia ini di hujung jari nescaya kamu akan selamat... Eh betul ke ni? Gitulah mak, semua atas dunia ni sementara tp tulah .....kadang kadang kita ni selalu diberi peringatan tp ttp ada masanya lagho

    ReplyDelete
  6. Bekerja/berusaha lah kamu seakan kamu akan hidup selamanya dan beribatlah kamu seakan kamu akan mati esoknya...

    Sedetik meningkat usia.. sedetik makin hampir kita kepenghujungnya...

    ReplyDelete
  7. Bekerja/berusaha lah kamu seakan kamu akan hidup selamanya dan beribatlah kamu seakan kamu akan mati esoknya...

    Sedetik meningkat usia.. sedetik makin hampir kita kepenghujungnya...

    ReplyDelete
  8. Tak makan pun epal hijau tu Fadya bila shopping nak green kaler pula, tapi tak makan kalau ada tu buat air atau tah la beli pun 1 atau 2 ja. Epal yg potong tu epal warna merah. epal hijau tu dikeluarkan oleh fadya main suka ja dia, tak elokkan epal hijau kan?

    ReplyDelete
  9. Aah, tk silap kalo amalkan akan lembapkan otak

    ReplyDelete
  10. Terkesan dengan entri kak :) Dunia hanya sementara. Tidak perlu diagungkan. Cuma perlu dilakukan yang terbaik dan seimbang antara keduanya. Moga kita sama2 berusaha ke arah itu. Huu

    ReplyDelete
  11. Dunia ne tpt persinggahan sementara. Jgn mengejar harta yang tidak dpt dibawa. Kejar la ilmu amalan sebagai bekalan di sana

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign