Asam Garam Kehidupan: Hadap jelah.

Pages

20 May 2016

Hadap jelah.

Banyak lagi procedure yang saya nak kena lalui sebelum tahu keputusan samada betul kanser atau tidak. Hari ni cuma check up biasa je, bak temuramah gitew, tanya anak berapa, umur berapa, ada rasa sakit ke tak, ada ahli keluarga yang ngidap kanser ke, ada amik minuman keras ke, dadah ke, rokok ke ( jangan marah kome, tu dah tugas doktor )...maka jawapannya opkosle idok, ngidu asap rokok pun dah nak termuntah, apatah lagi nak merokok..

Saya kena pergi lagi ke hospital Kajang tu 13/6 nanti untuk amik darah, check jantung dengan x ray.
16/6 jumpa doktor pakar bius sebab doktor tu nak pantau saya ada masalah ke dengan bius, pastu 24/6 kena admit hospital, 25/6 baru buat colposcopy tu, so dua harilah saya kena berumah di hospital,  tapi keputusannya tak taula bila bole tau.

Yang jenuh kalau ke hospital ni..terlampau ramai orang, saya sampai kul 8 pagi, amik nombor, tunggu punya tunggu kul 12.30 baru dapat jumpa doktor. Boleh je nak ke klinik swasta, sediakan kosnya dalam rm500 lebih, tapi kalau tak dapat keputusan yang pasti saya kena buat balik kat hospital kerajaan juga, dah kena ngadap dua kali proses yang sama. Tu kata doktor di klinik swasta yang saya buat pap smear tu, dia nasihatkan saya buat je di hospital kerajaan, hospital terdekat yang boleh buat colposcopy tulah dia hospital Kajang. Ermmm...takpelah lambat sikit pun. Yang penting saya kena hadap benda tu supaya kompem keadaan kesihatan saya nih. Memangla pada saya, saya rasa ok je, takde kencing manis, takde darah tinggi semua tu, tapi manalah tau ada yang tersembunyi kan.

Cuma semua procedure tu saya kena hadap dalam bulan Ramadhan nanti, cian tau mylarling..
Mulanya doktor tu nak buat lepas raya, tapi bila jumpa doktor pakar, dia suruh percepatkan, tu yang kena buat jugak dalam bulan puasa tu.

Sabo jelah kan, Allah uji tu Allah sayang, sihat pun dah lama, hak Dialah nak bagi sakit ke, redha..supaya datang rasa kehambaan tu..

Haa, nak tau mana saya korek kertas pembalut hadiah untuk hari guru tu, hi hi..skrol le gambar bawah tu. Bukti kretip tak kretipnya cikgu tadika veteran nih..mwehehe..

Korang...entri ni bukanlah tujuan nak cari simpati, cuma sebagai kenangan..kalau negetif tu bolelah gelakkan diri sendiri yang cepat je menggelabah tak tentu arah..kalau positif tu, mungkin saya bole tulis proses perubatan yang perlu saya lalui untuk manfaat kita bersama..in shaa Allah..
Haa, ramai kan, kat ruang ni rawatannya untuk
ibu dan anak, dengan rawatan untuk penyakit
puan, samada kanser ke, nak buat pap smear ke..
Saya dok nadah telinga dengo bermacam bunyi
dan nada tangis anak-anak yang jemu menunggu
lama, nasib baik saya takde anak kecik, he he..
Korbankan kulit buku, ala..kulit
buku mesyuarat agung pibg, haha
dah terpaksa, takde stok pembalut
hadiah, kertas warna pun dah lesap
dalam tong sampah, so..pikio punya
pikio, nilah dianya jadi pembalut
hadiah, bagi mekap sikit nampakle
canggih juga, ala..janganla gelak korang..

16 comments:

  1. SELAMAT HARI GURU NOR..TABAHLAH DGN UJIAN-NYA INSYAALLAH PASTI ALLAH PERMUDAHKAN URUSANNYA N TIADA MASALAH YG MERAGUKAN TU

    ReplyDelete
  2. pe pun aida doa kan agar semua nya positif baik.
    tiada yg tidak baik ye nanti dlm semua prosidur spital tu.
    moga kesihatan milik azimah :)

    ReplyDelete
  3. Yup sebagai kenangan. Boleh tulis proses kak Azimah lalui. Macam saya pun dalam proses perubatan untuk buku lali yang terseliuh. Tak sangka ambil masa. Ia macam perjalanan untuk buat rawatan. Buat renungan untuk saya juga apabila nikmat berjalan lancar ditarik balik.
    Semoga kak Azimah tabah dan sabar hadapi.

    -wina1979-

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum zimah
    semoga allah permudahkan urusan zimah
    apa pun mesti ada hikmah disebaliknya

    btw jgn lupa bagi add ya

    ReplyDelete
  5. Catat semua date tu dalam planner Azi jgn skip.
    Biar apa pun kita kena sabar dan ikut proecure. Cuma kalau ada yg boleh cepat itu lebih baik. Kakak doakan semoga baik-baiklah semuanya. Jgn stress tau. Ingat kita ada Allah.

    ReplyDelete
  6. InshaAllah tak da apa apa, nak tahu jugak sebab apa berlaku ini sebab tak keluarkan iud tu on time ?, kulit buku jadi wrapping paper haha

    ReplyDelete
  7. Iucd bkn penyebab kanser Fair, risiko iucd tu cuma radang atau mcm melecet je, tapi once kita consume antibiotik dia akn ok, tapi saya dah mkn antibiotik pun still ada pendarahan di luar waktu period, tu yg doktor nk check lbh lanjut.
    Kan, dah terdesak apa pun boleh terfikir nk buat. Kulit buku pun jadi, hihi

    ReplyDelete
  8. Iucd bkn penyebab kanser Fair, risiko iucd tu cuma radang atau mcm melecet je, tapi once kita consume antibiotik dia akn ok, tapi saya dah mkn antibiotik pun still ada pendarahan di luar waktu period, tu yg doktor nk check lbh lanjut.
    Kan, dah terdesak apa pun boleh terfikir nk buat. Kulit buku pun jadi, hihi

    ReplyDelete
  9. InshaAllah kak..saya doakan semuanya akan baik2 saja, tuliskan saja semuanya disini kak supaya boleh dikongsi bersama mana tahu boleh beri manfaat pada orang lain nanti kan.

    kreatif tu kak hehehe saya pun tak terfikir tu haa

    ReplyDelete
  10. saya pun sejak pakai implan, mulanya pendarahan tak terkawal sampai tak tahu bila period bila tidak, sehingga saya jumpa dokte dan dokte suruh saya makan habbatus sauda, sekarang alhamdulillah period kembali normal

    ReplyDelete
  11. Tak perlah mak....hadap ajelah dah gitu procedurenya nak buat mcm mana kan..

    Betul kata ko tu mak, kita ni hanya hambaNya, redho ajelah...Moga urusan ko dipermudahkan dan keputusannya nanti juga yg baik baik...

    ReplyDelete
  12. Tak perlah mak....hadap ajelah dah gitu procedurenya nak buat mcm mana kan..

    Betul kata ko tu mak, kita ni hanya hambaNya, redho ajelah...Moga urusan ko dipermudahkan dan keputusannya nanti juga yg baik baik...

    ReplyDelete
  13. semoga dipermudahkan...dan dihindari dari takdir yang buruk-buruk...
    kami pembaca blog akak akan terus doakan yang terbaik buat akak

    ReplyDelete
  14. Terimakasih untuk semua doa yang baik, galakan dan harapan yang membina.

    ReplyDelete
  15. Terimakasih untuk semua doa yang baik, galakan dan harapan yang membina.

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign