Asam Garam Kehidupan: Ambil darah, gce dan x-ray.

Pages

13 Jun 2016

Ambil darah, gce dan x-ray.

Mak aiii, sebatang jarum jer...pun...sakittt, 5 ml darah kena sedut. Kalau 300 mata pedang mencincang badan, itu ibarat sakitnya saat sakaratul maut.

Lepas amik darah, kena check pergerakan jantung. Last kena gi x-ray.
Itulah catatan di Ramadhan 8 hari ni.
16/6 khamis ni kena jumpa doktor pakar bius plak, untuk tentukan bole ke saya buat rawatan colposcopy 24/6 nanti. Lepas tu baru tau sama ada saya positif atau negatif kanser. Huiii...seram jugak ni.

Ada gak saya google pasal kanser serviks ni, apa tanda-tanda awalnya. Hrmmmm...macam takde. Tapi yelah, kalau Allah nak bagi, tak mustahil kan. Perancangan Allah tu adalah yang terbaik kepada kita, walau apa pun jua, kena terima dengan hati yang positif.

Sebatang jarum dicucuk untuk mengambil
darah. Last buat masa pregnant tujuh tahun
dulu. Setiap kali nak amik darah macam ni
memang seriau semacam je. Sebatang jarum pun
sakit, inikan pula 300 mata pedang, ataupun ibarat kulit yang disiat hidup-hidup...

7 comments:

  1. InshaAllah kak...saya doakan moga resultnya nanti negatif lah.

    ye nak mencucuk nih time pregnant je, tu pun terpaksa kalau tak memang tak mahulah dicucuk, ngerii

    ReplyDelete
  2. Allahu... kita samalah Azi. Kakak seriau kalau tengok jarum nak masuk ke dlm kulit. Itu halus tu kalau kena 300 mata pedang masya-allah mampukan kita? Bekal tak cukup lagi Azi

    Apa pun moga semuanya berjalan lancar. Doa-doa-doa... kakak doakan dari jauh.

    ReplyDelete
  3. InshaAllah negatif NA. Kena pejam ja mata tak boleh tengok jarum. Nampak sangat tak boleh jadi doktor ni hehe..

    ReplyDelete
  4. Mak, aku mmg bercadang nak buat nasi ayam ko hari ni. Boleh pulak sama ek menu kita hihi...

    Aku tak tau nak komen apa mak, sebab aku pun jenis pengecut jugak. Bila ckp nak jumpa doktor je, jantung aku terus berdetup detap...

    Aku doakan moga resultnya negatif nanti ye mak....

    ReplyDelete
  5. Semoga resultnya negatif ye dan diberikan kesihatan yang baik :)

    Blogwalking Sini, jom baca artikle ini

    Pencarian Hp Baru HTC Or Lumia? article...

    ReplyDelete
  6. Semoga result negatif kak. Insyallah..

    ReplyDelete
  7. Negatif...negatif...negatif...biar keputusannya negatif...ameen..

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign