Asam Garam Kehidupan: Halaqah subuh.

Pages

7 Jun 2016

Halaqah subuh.

Alhamdulillah, dah berjaya untuk dua hari ni..
I
In shaa Allah hasrat hati ibu tu, nak buat camni sepanjang Ramadhan.

Halaqah yasin bersama anak-anak, moga-moga genap sebulan Umar Zikri boleh hafal surah yasin, boleh gitew nak? In shaa Allah kan.

Seronok bila semua anak-anak berkumpul ni. Tapi untuk minggu ni jelah. Minggu depan abang besar dah balik asrama, kakak balik kolej. Alhamdulillah, anak-anak ibu ni takdelah cerewet mana. Cuma abang besar tu, kalo masak lauk ayam makan nasinya sepinggan dadang, hihi...kalao tak tau sepinggan dadang tu ape, sila tanya yaya azura yea, hehe..

Semalam masak berbuka ala -ala Thai gitew, simple je..paprik, sayur goreng, telur dadar...laku licin licau tak cukup simpan untuk sahur pun. Simpan sahur? Hihi...maleh nak lontung-lontang pepagi jenak tu, puasa-puasa lepas masak bebanyak sekali masa berbuka tu, simpan separuh untuk sahur, ni agaknya bahana first day puasa, makan tak hengat anak-anak den tu. Tambah lagi semalam tetiba masa nak masak berbuka tu, sakit kepala nyak-nyak, rasa macam takleh celik mata tuh. Jadi sempat buat puding je untuk pencuci mulut, jadi makanlah apa yang ada.

Hari ni nak masak ala-ala kampung style plak. In shaa Allah ye anak-anak selagi ibu sihat, ibu masak untuk gembirakan anak-anak, raikan anak-anak yang letih berpuasa yea. Alhamdulillah tau, kita ni masih Allah rezekikan dapat berbuka puasa dengan aman tenteram, kenyang cukup semua, walaupun mungkin ala kadar je. Kalau korang rasa serba kekurangan, cubalah kenang anak-anak Syria yang duduk di kancah peperangan tu...

12 comments:

  1. alhamdulillah. boleh jadikan contoh Halaqah yassin bersama anak-anak.

    aRz pun berbuka simple-simple ja...selamat berpuasa kak azimah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, sok anak2 Arz dah besar boleh buat juga, tv al hijrah kata..betulkan yang biasa, biasakan yg betul..kan..
      Trmkasih arz ..Ramadhan kareem buat Arz sekeluarga.

      Delete
    2. Alhamdulillah, sok anak2 Arz dah besar boleh buat juga, tv al hijrah kata..betulkan yang biasa, biasakan yg betul..kan..
      Trmkasih arz ..Ramadhan kareem buat Arz sekeluarga.

      Delete
  2. Alhamdulilah. Sedap masakan ala thai. Simple je. Yang simple lagi sedap kadang2. Hihi. Syukur anak2 akak suka join halaqah subuh. Alhamdullilah. Moga mendapat keberkatan dalam setiap aktiviti keluarga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..betul, masak simple lagi sedap sebenarnya, anak2 suka, mak eh ni lagi suka sbb senang nk masak, hihi..
      In shaa Allah..moga siqah dan keluarga pun dlm keberkatan Ramadhan, aminnn

      Delete
    2. Alhamdulillah..betul, masak simple lagi sedap sebenarnya, anak2 suka, mak eh ni lagi suka sbb senang nk masak, hihi..
      In shaa Allah..moga siqah dan keluarga pun dlm keberkatan Ramadhan, aminnn

      Delete
  3. Betullah Azi seminggu ni meriahlah masak/makan di dapur. Tapi lepas tu dah tak adalah. Masak pun banyak tangan sampai punggung pun boleh berlaga kalau semua pakat nak masak utk berbuka:)

    Betullah Azi kalau baca hari-hari lama-lama boleh hafal. Teruskan selepas ramadhan juga.

    ReplyDelete
  4. Ya Allah, nilah saat2 bahagia seorang ibu kan, terasa betapalah berkatnya Ramadhan tu, duduk semeja mkn bersama, indahnya..
    Lepas seminggu nanti sunyi semula, ni blm tua sangat lagi, sok bila ank2 masing2 dah berkeluarga pastu tinggal makpak je kt umah,...sunyinya kan..
    In shaa Allah..cuma lps Ramadhan mgkn sempat sabtu ahad je kot..

    ReplyDelete
  5. Ya Allah, nilah saat2 bahagia seorang ibu kan, terasa betapalah berkatnya Ramadhan tu, duduk semeja mkn bersama, indahnya..
    Lepas seminggu nanti sunyi semula, ni blm tua sangat lagi, sok bila ank2 masing2 dah berkeluarga pastu tinggal makpak je kt umah,...sunyinya kan..
    In shaa Allah..cuma lps Ramadhan mgkn sempat sabtu ahad je kot..

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah..seronok dapat masak untuk familykan. saya pun buat macam tu jugak kak, masak terus untuk sahur,malas nak menumis bagai pagi2 buta tu.

    InshaAllah lama2 boleh hafal tu

    ReplyDelete
  7. Senangkan, tinggal nk panaskan je, lagipun rasa rugi kalo bln2 berkat camni kita tk amik peluang beramal apa patut, jadi kalo dok asyik nk masak sahur je, bila masanya nk buat yg lain tu.

    ReplyDelete
  8. Senangkan, tinggal nk panaskan je, lagipun rasa rugi kalo bln2 berkat camni kita tk amik peluang beramal apa patut, jadi kalo dok asyik nk masak sahur je, bila masanya nk buat yg lain tu.

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign