Asam Garam Kehidupan: Salam Ramadhan....Ramadhan kareem.

Pages

3 Jun 2016

Salam Ramadhan....Ramadhan kareem.

Rasanya menjelang Ramadhan ni semua kita ni dok pakat berazam, semoga tahun ni jadi Ramadhan yang terbaik buat kita, dok azam nak khatam quran 2 kali, 3 kali..dok azam nak tarawikh tiap malam, dok azam nak bersedekah setiap hari...amin, aminnn...semoga niat-niat yang baik tu semuanya diberi kekuatan oleh Allah untuk berjaya.✨✨✨✨.

Cuma tulah kita ni, terutamanya sayalah, huhu...awal Ramadhan tu kemain lagi semangatnya, berkobar-kobar bak gunung berapi🌋🌋....ngaji tekun, tarawikh gigih, sedekah usahakan...berganjak Ramadhan, semangat tu makin turun, makin suam, makin suam..akhirnya sejuk.....

Kenapa ek?

Bila saya baca-baca...tu disebabkan kita buat semua tu sebab mengejar fadhilat, atau pahala. Memang Allah janjikan pahala sekian, sekian...Allah tau kita ni hamba Dia yang lemah, nak kuatkan semangat kita, Allah janjikan ganjaran pahala berlipat ganda bila kita berbuat kebaikan di bulan berkat ni, tapi..bila kita mengejar fadhilat semata, macam tulah jadinya. Tak salah kita merebut ganjaran pahala yang dijanjikan tu, dan Allah pun tak pernah mungkir janji, Dia janji bagi, Dia akan bagi..

Cuma yang lebih baik...kita buatlah kerana kita yakin itu perintah Allah. Kita buat kerana kita sedar kita hamba. Sebagai hamba kita wajib patut setiap perintah Dia. Moga-moga dengan sentiasa sedar kita ni hamba, kita ikhlas patuh setiap perintah Dia. Bukan kerana nakkan fadhilat semata.

Ampun maaf kawan-kawan, janganlah ada yang terasa yea. Ni cuma untuk peringatan kita bersama. Selamat meraikan Ramadhan kepada semua yang singgah di sini.😁😁😁😁😁😁.

8 comments:

  1. Moga lebih bertaqwa kan..

    “Setiap amalan akan dilipatgandakan pahalanya, satu kebaikan akan berlipat menjadi 10 kebaikan sampai 700 kali lipat. Allah ta’ala berkata: ‘Kecuali puasa, maka Aku yang akan membalas orang yang menjalankannya karena dia telah meninggalkan keinginan-keinginan hawa nafsunya dan makannya karena Aku’.” (Shahih, HR. Muslim)


    Kecuali puasa tu ganjarannya is a surprise kejutan dariNya..masih rahsia pahala berapa dan apa wallahualam

    ReplyDelete
  2. Sama macam siqah kak. Mula2 ramadhan memang semangat, makin lama makin sendu. Huhu. Moga tahun nie akan bertambah semangat dan berterusan hendaknya..terima kasih kak untuk nasihat yang diberi :)

    ReplyDelete
  3. teringat kisah Rabiatul Adawiah. Dia beramal bukan kerana hendak Syurga tetapi kerana suka dan demi Allah SWT...

    ReplyDelete
  4. selamat menyambut ramadhan kak Azie

    ReplyDelete
  5. Salam ramadhan Zimah semoga lebih istiqomah di ramadhan nnt insya Allahh ya

    ReplyDelete
  6. Salam Ramadhan.. jum kita support sesama nanti xdela semangat diawal waktu je.. semangat awal Ramadhan, bersemangat tengah Ramadhan dan lebih bersemangat diakhir Ramadhan, Insyallah..

    ReplyDelete
  7. betul sangat.
    bila kita beramal sbb atas perintah Allah,
    lama2 akan sebati dengan diri, lebih istiqamah.
    bukan hanya pada bulan Ramadhan..

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign