Alhamdulillah, dah masuk 5 Ramadhan, jumaat 10/6/2016, maknanya dah 5 hari ibu bercuti, lepak kat rumah ngan anak-anak. Masya Allah, bukan senang dah nak berkumpul reramai camni, lebih-lebih lagi di bulan berkat ni. Biasa tu, kalo abang besar ada, kakak takde, kakak ada, abang besar takde. Abang besar tu walau pun bila ada macam takde sebab banyak tidur dari jaga, banyak senyap dari cakap...tapi tetaplah ibu rasa kehadirannya. Yang best apa pun ibu masak untuk berbuka tu, semua licin licau, tak membazir, hajat nak ngulur ke surau pun belumlah kesampaian lagi, takpelah, raikan anak-anak ibu dulu sementara semua ada ni, esok kakak dah balik kolej, naik bas je, abang besar abah hantar hari ahad ni balik asrama. Hari Isnin 13/6 plak ibu ada appointment kat Hospital Kajang, alamakkk...
Apa ibu buat seminggu cuti? Ermm...
Bulan puasa ni, lepas subuh buat halaqah yasin. Pastu ibu on9 kat phone jer..pun, up entri, sambil bw ke rumah kawan-kawan rapat, ibu ni pemalu , jadi takla ramai kawan.
Dalam kul 9-11 pi surau tadarus, balik rumah sambung on9, pastu tidoq jap sementara tunggu zohor.
Pas zohor dalam kul 3 dah start buat juadah berbuka. Awainya?
Haah, kenalah awai sebab masak lebih sikit, ada kuih-kuihla, pencuci mulut bagai, kalo tak balik terawikh takde benda plak nak dikunyah.
Lagipun masak awai, siap awai. So sebelum berbuka tu bolelah duduk-duduk ngaji ke, istighfar ke, doa apa patut. Kan sebelum berbuka tu adalah salah satu waktu yang sangat mustajab berdoa. Jadi rugilah tak amik peluang yang jarang kita dapat ni.
Dan dah sempat alehkan anak tomato ke pasu lain, mudah-mudahan hiduplah dia, dan berbuah banyak-banyak.
Anak tomato dalam dua pasu kecik tu.. Dalam pasu besar tu anak cili, masih kecik lagi, nak kena beli pasu lagi nih gayanya, seronokla plak tengok pokok-pokok ni hidup, tak sabar tunggu dia besar, pastu berbuah. |
semoga nnti mghasilkan buah tomato yg sihat2 yea
ReplyDeleteHihi, harapnya mcm tulah, fresh je
ReplyDeleteItulah untungnya jadi cikgu:) Menyesal pulak dulu dah jadi cikgu kakak tukar karier.
ReplyDeleteKakak ada petua nak bagi pokok gemuk Azi...
Kakak ikut bapak kakak. Kita tak makan ajinomoto tapi pokok kalau letak ajinomoto nanti dia gemuk dan buah dia besar-besar. Cubalah..
Saya pulak anak2 masih kecik lagi. Belum banyak pengalaman tapi setakat ni kalau masak untuk berbuka belum lagi sampai tahap membazir. Masak cukup sampai ke sahur. Alhamdulillah.
ReplyDeleteseronoklah cuti sekolah anak2 dirumahkan, hari ni dah mula sekolah. oh abg besar sekolah dibentong ye, dekat dah dengan kampung saya tu,semalam pun saya gerak balik dari kampung, alhamdulillah jalan tak sesak sangat semalam.
ReplyDeleteharapnya tomato tu akan berbuah lebat nanti
Baguslah ko ni mak sempat lagi bertadarus kat surau....Aku landing atas sofa aje kerjanya hihi...
ReplyDeleteBila cuti cenggitu hidup pun tak kelam kelibutkan mak....minggu ni ko dah mengajo sempat ke masak tu?