Asam Garam Kehidupan: Hati yang bersih.

Pages

1 Aug 2016

Hati yang bersih.

Hendak membersihkan hati atau tundukkan hati pada Allah swt adalah amat payah. Hendak tunduk kepada perkara lahir itu mudah. Rukuk dan sujud itu mudah, tapi khusyuk itulah amat sukar. Membuang penyakit sombong, riak, gila puji, tamak, bakhil itu sulit sekali.

Ukuran untuk tahu hati kita bersih atau belum mudah saja. Bagaimana hati kita saat menerima pujian? Dan bagaimana pula hati atau perasaan kita di kala ditohmah, jika kita menerimanya dengan suasana berbeza bermakna belum khalis atau belum murni lagi hati kita.
Jika dipuji hati kita rasa seronok, terhibur dan berbuai-buai perasaan kita. Tapi bila dikeji, diumpat...aduh sakitnya, menderita jiwa dan perasaan kita.

Orang yang lurus hati dengan Allah, puji atau keji sama saja. Bahkan dia lebih suka menerima kejian kerana dia mendapat pahala dan membersihkan dosa. Dia bimbang dengan pujian, sebab pujian boleh merosakkan hatinya.

Saidina Ali saat menerima pujian menderita hatinya..ia berdoa..

" Ya Allah, ampuni dosaku di atas perkara yang mereka tidak tahu. Dan janganlah engkau bertindak ke atas diriku terhadap apa yang mereka katakan. Dan jadikanlah aku ini lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan.."

Antara lain untuk mengukur hati kita, bila kita ada duit atau tiada, bila ada duit, tenang, lapang hati kita. Bila tiada duit, resah gelisah, serba tak kena hati kita. Atau bila melihat kejayaan orang lain, bagaimana kita menerimanya.

Bila hati kita lurus dengan Allah, apa jua keadaan, hati kita tiada bezanya, susah atau senang, miskin atau kaya, dipuji atau dikeji, naik pangkat, turun pangkat...hati yang lurus dengan Allah akan menerimanya dengan rasa yang sama. Kerana dia yakin semuanya dari Allah.

Jadi.. jom suluh hati kita.

9 comments:

  1. Masya-Allah... nak jadi macam dia memang tak mampu kakak ni Azi. Memang biasa kita suka bagi sedekah kepada cleaner di Masjidilharam. Tapi siapa sangka dia org kaya-raya...subhanallah.

    ReplyDelete
  2. Kena sentiasa menyucikan hati dengan istighfar dan solat taubat

    ReplyDelete
  3. ALamak mak...... susahnya nak mensucikan hati. Tak pe jangan pernah jemu mendidik hati disamping mohon kepadanya kerana hanya Dia yg memegang hati hati ini. Lama lama kita akan mampu menundukkannya dengan izinnya Insyaallah. Pergh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perghh...bole tahan.😉😉😉

      Delete
  4. irda masih belajar mensucikan hati kak..takut sangat penyakit riak dan rasa diri bagus-bagus je..takut sangat...mintak sangat irda nak jadi orang kaya yang tawaduk..ampunkanlah dosa irda kak..kadang-kadang hati kita ni cepat je berubah ikut tempat..moga irda dan semua pembaca dapat berada dalam hati yang sentiasa ingat pada ALLAH..TERIMA KASIH KAK AZIMAH...atas ingatan dan tarbiah ini...

    ReplyDelete
  5. Amin, amin..in shaa Allah, bila kita berusaha, ada jalannya, yang penting bila terlalai kita sedar dan cepat2 beristigfar, istigfar selalu krn Nabi pun dlm sehari 70 kali istigfar biarpun baginda itu maksum. Akk pun masih bertatih2 mencari jln utk membersihkan hati..

    ReplyDelete
  6. Amin, amin..in shaa Allah, bila kita berusaha, ada jalannya, yang penting bila terlalai kita sedar dan cepat2 beristigfar, istigfar selalu krn Nabi pun dlm sehari 70 kali istigfar biarpun baginda itu maksum. Akk pun masih bertatih2 mencari jln utk membersihkan hati..

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign