Loji air Semenyih ditutup untuk pembersihan akibat pencemaran bau berpunca dari bahan kimia.
Mula dari hari jumaat lepas, tapi Alhamdulillah sempatlah juga menakung 2,3 tong air mandi dan beberapa bekas air tapis untuk minum. Petang ahad semalam bekalan air pulih semula, tapi airnya perlahan sangat. Sampai hari ni Isnin 26 septembar berita terbaru, catuan air sehingga hari Rabu.
Tabahla ye wahai teman-teman senasib sekitar Hulu Langat dan Putra Jaya, untuk 2, 3 hari ni kita belajar mandi setimba air untuk bersabun dan setimba lagi selepas bersabun, boleh gitew?? Hew,hew..
( pernah baca tak, Rasulullah mandi hadas besar guna air sebanyak sebotol mineral besar tu je )
Dengar kisahnya ada kawan-kawan setaman pegi jauh untuk mendobi. Duk Semenyih pegi Mantin nun cari kedai dobi. Tulah, risau gak baju anak-anak ni, dah bertimbun dah tu. Dah bertimbun tu nanti bila dah air jenuhnya nak membasuhnya. Sungguh basuh guna washing machine pun, kalau washing machine tu boleh menjerit, mau dia komplen letih rasanya.
Masak pun simple-simple je, takat nasi goreng, goreng ikan, goreng telur je. Nak beli pun terpikir-pikir camane diorang basuh sayur, basuh ikan, basuh ayam, eiii.. tak sanggup den.
Jom tengok gambar lori hantar air bersih ke sekitar kawasan kami.
Kesiannya ko mak...
ReplyDeleteAlhamdulilah....Kali ni mak tak kena. Jadinya mak mandi pun bertimba timba hihi....hish tak dapat nak bayangkan ni, camne nak mandi setimba weyh....
Hish ko ni kan.....dah tau tak de air, ngengada pulak nak bersabun
Kalo tk sabun rasa cam tak mandi la mak oiii.
DeleteKalo tk sabun rasa cam tak mandi la mak oiii.
DeleteHuh jauh juga nak ke mantin skdr nk mendobi ja..apa nak buat sikit sgt ujian takde air ni..dh keluh kesah
ReplyDeleteBtg juga dah kena,seksa juga..pengajaran bila tak ada air bkn main berwuduk pun sebesar paip buka air..sesekali Allah ajar hamba Nya dgn ujian2 mcm nilh..buka mata kita ni luas2...kn...km
Hihi, betulla ujian sikit dh keluh-kesah..camane nk meningkat iman..huhu
DeleteHihi, betulla ujian sikit dh keluh-kesah..camane nk meningkat iman..huhu
DeleteBtg hidung "typo
ReplyDeleteLetih bila takde air mcm ni kan kak, tp nak buat mcmmana, mandi sebaldi x cukup klu saya ni hehehe
ReplyDeleteNk mandi ok lagi, nk ek ek tu yg cemas.
DeleteNk mandi ok lagi, nk ek ek tu yg cemas.
Deletekenapa selalu sangat air loji ini tercemar, ya?
ReplyDeleteTak taula IM.
DeleteTak taula IM.
Deletebertabahlah ye kak azie..hari ni dah ada air ke blom?
ReplyDeleteAlhamdulillah tempat saya belum lagi jadi macam ni. setakat takde setengah hari tu ada lah. Itu pun dah siksa!